Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pendaftaran Vaksin Covid19 : Pendaftaran Mula Di Buka Pada Bulan Mac

Pendaftaran Vaksin Covid19
Pendaftaran Vaksin Covid19

KINI TIBA GILIRAN MALAYSIA MENERIMA VAKSIN COVID19 TIDAK LAMA LAGI

Seperti yang telah diketahui ramai, virus covid-19 sudah hampir satu tahun melanda seluruh negara.

Covid-19 atau coronavirus adalah sejenis virus yang mampu merebak dengan pantas.

Sejenis jangkitan yang menyerang melalui saluran pernafasan dan setakat ini masih belum ada rawatan khusus yang mampu menghapuskan virus covid-19 ini.

Kesembuhan juga bergantung pada kekuatan imunisasi badan untuk melawan virus.

Pendaftaran Vaksin Covid19
Pendaftaran Vaksin Covid19

Kini, masa yang ditunggu ramai sudah hampir tiba. Akhirnya vaksin sudah dibawa ke Malaysia.

Diharap sektor-sektor utama seperti pendidikan seperti sekolah juga dapat dibuka dengan selamat setelah mendapatkan vaksin ini, berikut adalah cadangan buat guru agar menjadi penerima vaksin covid-19 sekaligus dapat bantu lindungi murid.

Tetapi sebelum itu, kita perlu sedia maklum cara-cara untuk melakukan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin ini.

Pendaftaran Vaksin Covid19 Akan Mula Dibuka Pada 1 Mac Ini

Pendaftaran untuk mendapatkan vaksin covid19 akan mula dibuka pada 1 Mac ini menurut,

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pendaftaran itu boleh dibuat melalui lima kaedah.

Kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin covid19 di negara ini.

Dua kaedah secara dalam talian adalah:
  • Pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera
  • Laman sesawang khas

Manakala bagi pendaftaran secara manual,

Tiga kaedah yang membolehkan orang ramai mendaftar iaitu:
  • Menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian)
  • Hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ia juga perlu dinyatakan dengan menandatangani borang persetujuan itu, penandatangan perlu memahami perkara-perkara berikut:

Borang Persetujuan Vaksinansi Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) menerbitkan borang persetujuan vaksinasi covid-19 yang menyatakan persetujuan antara penerima vaksin dan akan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko.

Antaranya,

  • Memerlukan penandatangan yang menyatakan sejarah kesihatan setiap individu
  • Bagi yang pernah mengalami kesan sampingan teruk selepas menerima imunisasi sebelum ini
  • Mempunyai sejarah alahan teruk, sedang atau bercadang untuk hamil dan sekiranya sedang menyusukan bayi

Proses Pendaftaran Vaksin Covid19

Sebelum vaksin didaftarkan, ia akan dipastikan selamat, berkualiti dan berkesan serta mematuhi keperluan regulatori, piawaian dan garis panduan antarabangsa.

Proses pendaftaran:
  • Permohonan disaring
  • Penerimaan pendaftaran
  • Penilaian produk
  • Penilaian dibentang ke jawatankuasa penilaian produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
  • Produk dibentangkan ke pihak berkuasa kawalan dadah
  • Penjanaan nombor pendaftaran
Maklumat janji temu seperti:
  • Mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama merangkumi 18 langkah.
  • Bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan,
  • Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 Digital akan diberikan manakala,
  • Penerima vaksin jenis dua dos proses tamat di Langkah 18.

Berikut Adalah Proses Vaksinasi Covid-19:

Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera atau secara manual, talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)

Langkah 2 : Terima tarikh janji temu

Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 5 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 6 : Konsultasi dan mengisi borang kebenaran

Langkah 7 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)

Langkah 8 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 9 : Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)

Langkah 10 : Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19

Langkah 11 : Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)

Langkah 12 : Hadir ke PPV

Langkah 13 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 14 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 15 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)

Langkah 16 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan

Langkah 17 : Terima Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi pendaftaran manual)

Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan

Untuk maklumat lanjut tentang vaksinasi, (sila klik dipautan berkaitan)

Anda boleh dapatkannya di buku Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

“Sila amalkan kebersihan diri setiap masa seperti kerap mencuci tangan
dengan menggunakan air sabun atau hand sanitizer;

Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask)”

Bersama-sama kita putuskan rantaian virus penyakit berjangkit covid-19 ini sehingga tamat.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati