Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9

Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9
Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9

Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9.

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah subhanahu wataala telah memberi kita kesihatan dan kekuatan untuk membaca perkongsian kali ini.Hari ini,admin nak kongsikan sedikit cara bagaimana nak buka akaun SPA9 dengan kaedah paling senang dan mudah kepada semua pengguna dan pemohon.

Majoriti dan kebanyakan dari kita telah mengetahui  untuk menjawat jawatan seorang kakitangan awam atau bekerja dibawah sektor kerajaan, pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9), sistem di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang merupakan satu platform saluran antara rakyat dengan kerajaan yang mana sesiapa berminat dan layak untuk bekerja bawah kerajaan mestilah mengisi permohonan di (SPA9).

SPA kini menggunakan SPA9 sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) bermula 28 September lalu.

hand 2722107 640
Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9

Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9

Pengetahuan Umum Untuk Semua

Apa itu SPA? Bagaimana pula cara memohon SPA, SPA merupakan singkatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sebuah portal kerajaan yang memberi peluang kepada pemohon yang layak bermula daripada lulusan SPM untuk berkhidmat di bawah kerajaan. Sebahagian pengguna mungkin sudah maklum berkaitan SPA tersebut.

Namun begitu, masih ramai lagi pengguna yang tidak mengetahui kewujudan portal ini. Sementalah lagi soalan seperti “Apa itu SPA?” “Tak pernah tahu.” masih berada di benak pengguna.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan sebuah portal kerajaan yang berfungsi dalam melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib. Malah, rata-rata pengguna berpendapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya untuk pemohon yang ingin bekerja sahaja. Tanggapan itu salah sama sekali.

SPA bukan sahaja satu portal yang menjurus kepada alam pekerjaan semata-mata malah turut menyediakan satu latihan bertaraf diploma iaitu kursus Latihan Separa Perubatan untuk lepasan SPM dan seangkatan dengannya.

Spa9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian bagi memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam am persekutuan, perkhidmatan kehakiman dan perundangan serta pentadbiran kerajaan negeri sembilan, melaka, pulau pinang dan perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah spa.

SPA9 telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.

Menerusi kenyataan SPA, jika sebelum ini pemohon sudah membuat pendaftaran pekerjaan melalui SPA8i, anda tidak perlu membuat pendaftaran baru untuk SPA9 ini.

Namun, bagi pemohon yang ingin memohon kerja tetapi masih belum membuat pendaftaran di SPA8i, anda perlu membuat pendaftaran baru melalui SPA9.

Pendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama

Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9
Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9

CARA DAFTAR SPA 9

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Skrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di atas
  3. Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *
    diiisi.
  4. Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untuk
    mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan
    penetapan semula kata laluan(reset).
  5. Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
  6. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
    menghantar pendaftaran tersebut.
  7. Klik “Daftar”.
    • Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
    • Untuk mendaftar, Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran
CARA LOGIN SPA9 UNTUK KALI PERTAMA

Setelah anda berjaya mendaftar, sila log masuk kali pertama dengan mengikut langkah ini:

Skrin Log Masuk akan dipaparkan seperti di atas:

  1. Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon
  3. Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang
    dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
  4. Klik “Log Masuk”.
    • Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”.
    • Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata
      Laluan”.

*Rujuk manual penuh di bawah:

Manual Permohonan

Baca juga:

Senarai Penerima Bantuan BMT RM800 Januari 2023

Cara Mudah Semak Status Pembayaran STR Fasa 1-Kategori Bujang

Pendaftaran Pekerjaan dalam SPA9

  •  Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
  •  Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
  • Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu
  1. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  2. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
  3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
  4. Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA9.
  5. Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan

dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

Panggilan temuduga bagi latihan Separa Perubatan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun. Panggilan temuduga akan dihebahkan sekitar bulan Jun dan panggilan kedua dilakukan pada bulan November. Oleh itu, para pemohon digalakkan sentiasa peka kepada tarikh-tarikh penting permohonan.

Sedikit nota tambahan berkaitan Latihan Separa Perubatan. Pelajar lepasan SPM digalakkan untuk memohon bahagian Separa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Pelajar akan menjalani latihan secara teori dan praktikal selama 3 tahun di Kolej Kementerian Kesihatan di bawah tajaan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan itu sahaja, pelajar akan terus diserap masuk untuk bekerja di bawah kementerian tersebut. Hal ini dapat menjamin pekerjaan untuk para pelajar. Tambahan lagi, asrama turut disediakan. Malah, pelajar akan diberi elaun bulanan sebanyak RM800.00 dan ke atas untuk sara diri sepanjang pengajian di kolej-kolej kesihatan yang terpilih.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan dan aduan boleh rujuk di talian HOTLINE SPA di 03-8091 9000.

Semoga Perkongsian Ini Bermanfaat 

Sekian daripada admin berkaitan dengan perkongsian bagaimana cara nak buka akaun SPA9 dengan mudah, diharap dengan perkongsian kaedah dan cara buka akaun ini dapat diambil manfaat sepenuhnya oleh pembaca dan kongsikan kepada sahabat handai yang tidak mengetahui tentang Cara-Cara Mudah Buka Akaun SPA9 dan juga yang tidak mengetahui apa itu spa9. Jikalau anda berkongsi kepada orang lain yang anda kenal atau tidak tidak dikenali Allah dan juga peroleh manfaat iaitu berkongsi ilmu bermanfaat bah kan boleh jadi

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati