Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Biasiswa Lepasan SPM : Senarai Biasiswa Yang Boleh Dimohon Tahun 2022

biasiswa spm

Biasiswa Lepasan SPM : Senarai Biasiswa Yang Boleh Dimohon Tahun 2022. Tahniah diucapkan buat para pelajar lepasan SPM yang telah mendapat keputusan semalam. Berita baik, Bagi anda yang mula memikirkan langkah seterusnya selepas SPM, kami ingin kongsikan beberapa senarai biasiswa terkini 2022 yang boleh membantu sokongan anda dalam melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa biasiswa terkini 2022 yang sudah mula dibuka permohonannya, bagi membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka sama ada di dalam mahupun luar negara. Ikuti perkongsian biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan dan pihak syarikat tempatan dan luar negara khas kepada anda yang sedang melangkah kearah lebih tinggi.

Senarai Biasiswa Terkini 2022

Senarai Biasiswa Terkini 2022

Senarai Biasiswa Biasiswa PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2022

PETRONAS telah membuka permohonan untuk biasiswa di bawah program khas PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) untuk tahun 2022. Peluang diberikan kepada lepasan SPM 2021 yang memenuhi kriteria untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat selanjutnya sama ada di dalam mahupun luar negara.

Tarikh Buka Permohonan

16 Jun 2022 (10.00 pagi)

Tarikh Tutup Permohonan

22 Jun 2022 (5.00 petang)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Biasiswa PESP 2022

Maklumat Lanjut

Boleh layari laman sesawang PESP untuk maklumat lanjut, atau anda boleh baca panduan mengenai biasiswa PESP 2022 di bawah:

64

jpa logo

Senarai Biasiswa Biasiswa JPA-JKPJ 2022

Di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terdapat satu biasiswa penajaan melanjutkan pelajaran di bawah program khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ) untuk Tahun 2022.

Tawaran penajaan ini adalah terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan diberi tajaan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Tarikh Buka Permohonan

16 Jun 2022

Tarikh Tutup Permohonan

26 Jun 2022 (5.00 petang)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di bawah:

Permohonan Biasiswa JPA-JKPJ 2022

jpa mara lgo

Senarai Biasiswa Program Khas JPA-MARA 2022

JPA telah membuka tawaran penajaan di bawah satu program khas bagi pelajar lepasan SPM 2021 untuk melanjutkan pelajaran. Tajaan ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2022.

Penajaan adalah dibuka kepada pelajar Bumiputera yang cemerlang dalam SPM tahun 2021 bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negaa iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan India dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan Perubatan.

Tarikh Buka Permohonan

16 Jun 2022

Tarikh Tutup Permohonan

26 Jun 2022

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Biasiswa JPA-MARA 2022

download

Senarai Biasiswa Khazanah Watan

Biasiswa Khazanah Watan adalah satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang buat individu rakyat Malaysia bagi menyambung pelajaran di peringkat Asasi, Sarjana Muda dan Sarjana di universiti tempatan yang terpilih. Bagi lepasan SPM, anda boleh mohon biasiswa Khazanah Watan 2022 bagi peringkat Asasi (Foundation), tertakluk kepada syarat kelayakan yang digariskan.

Tarikh Buka Permohonan

10 Jun 2022

Tarikh Tutup Permohonan

30 Jun 2022

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Biasiswa Khazanah Watan 2022

download

Senarai Biasiswa Khazanah Global

Biasiswa Khazanah Global pula adalah satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang buat individu rakyat Malaysia bagi menyambung pelajaran di peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di universiti luar negara yang diluluskan Yayasan Khazanah..

Tarikh Buka Permohon

10 Jun 2022

Tarikh Tutup Permohon

30 Jun 2022

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Biasiswa Khazanah Global 

yayasan uem logo

Senarai Biasiswa Yayasan UEM 2022

Yayasan UEM telah membuka permohonan untuk biasiswa di bawah yayasan tersebut bagi menaja pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pelajar yang terpilih bakal menghadiri program pra-universiti di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) yang terletak di Lembah Beringin sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda di universiti luar negara.

Tarikh Buka Permohon

16 Jun 2022

Tarikh Tutup Permohon

26  Jun 2022

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Biasiswa Yayasan UEM 

bnm

Senarai Biasiswa Bank Negara – Biasiswa Kijang 2022

Bank Negara Malaysia (BNM) turut menawarkan biasiswa terkini 2022 untuk pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program pra-universiti di kolej pra-universiti yang diluluskan BNM di bawah program Biasiswa Kijang. (Senarai Universiti/Kolej Diluluskan BNM)

Pelajar yang ditaja di bawah program Biasiswa Kijang 2022 ini akan mendapat akses untuk belajar dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang dan Sains Komputer. Biasiswa merangkumi yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan juga elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.

Tarikh Buka Permohonan

16 Jun 2022

Tarikh Tutup Permohonan

26 Jun 2022

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Biasiswa Kijang BNM 2022

video tnb

Senarai Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Biasiswa TNB Prime)

Yayasan Tenaga Nasional yang bernaung di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuka permohonan untuk tajaan bagi pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran ke peringkat Asas/Persediaan sehingga Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara ataupun di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di bawah program Biasiswa TNB Prime.

Tarikh Buka Permohonan

1 Jun 2022 (10.00 pagi)

Tarikh Tutup Permohonan

Akan dikemaskini kelak

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Biasiswa TNB Prime 2022

pnb scholarship

Anugerah Biasiswa PNB Global 2022

Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuka peluang bagi pelajar yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya di universiti terbaik di luar negara di bawah program Anugerah Biasiswa PNB Global (PNB Global Scholarship Award 2022). Tawaran adalah terbuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2021. Pelajar yang berjaya dipilih akan menghadiri kolej asasi di dalam negara sebelum menyambung peringkat Sarjana Muda di universiti luar negara.

Tarikh Buka Permohon

13 Jun 2022

Tarikh Tutup Permohon

24 Jun 2022

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Anugerah Biasiswa PNB 2022

Biasiswa Shell Tahun 2022

SHELL sudah mula membuka permohonan atas talian bagi program tajaan untuk pelajar lepasan SPM menerusi program Biasiswa SHELL 2022. Tawaran ini adalah untuk calon-calon yang akan ditaja pengajian A-Level dan peringkat Sarjana Muda di kolej dan universiti berprestij di dalam dan luar negara. SHELL mencari pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan, sains dan juga komersial.

Tarikh Buka Permohonan

16 Jun 2022

Tarikh Tutup Permohonan

30 Jun 2022

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan Biasiswa SHELL 2022

“Selamat Maju Jaya”

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya memperolehi kecemerlangan dalam SPM baru-baru ini. Semoga perkongsian mengenai biasiswa-biasiswa yang sedia ada ini dapat membantu mereka melanjutkan pelajaran ke arah yang lebih tinggi.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati