Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PPR Melana Indah bakal didiami oleh 500 Keluarga dari Taman Sinaran

PPR Melana Indah bakal didiami oleh 500 Keluarga dari Taman Sinaran
PPR Melana Indah

Program Perumahan Rakyat PPR Melana Indah akan didiami oleh penduduk Taman Sinaran Kempas. Bekas penduduk setinggan di Taman Sinaran Kempas yang terdiri daripada 500 keluarga bakal mendiami Program Perumahan Rumah (PPR) Melana Indah di Taman Perling dalam masa tiga bulan lagi.

Perkara ini diumukan sendiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin. Keputusan ini dibuat bagi meringankan beban rakyat dan menyelesaikan masalah di kawasan itu yang sudah lebih 20 tahun hidup dibelenggu dengan masalah kemudahan awam di rumah mereka.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 1,450 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah. Daripada jumlah itu, sebanyak 500 unit akan diberikan kepada penduduk setinggan di Taman Sinaran Kempas dan majoriti mereka telah bersetuju untuk berpindah ke kawasan PPR yang terletak di Taman Perling itu.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Komuniti Taman Sinaran Kempas bagi memastikan cara atau kaedah terbaik bagi mendapatkan unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) itu.

Sebelum ini, penduduk setinggan di kawasan berhampiran landasan keretapi Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kempas itu telah diarahkan berpindah ke Taman Sinaran Kempas. Taman Sinaran Kempas adalah perumahan sementara bagi mereka sebelum mereka mendapatkan kediaman kekal yang disediakan.

Program Perumahan Rakyat PPR Melana Indah

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu program bantuan perumahan yang terdiri dari rumah untuk dibeli dan rumah untuk disewa. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah pihak bertanggungjawab mengendalikan program ini.

Kategori Program Perumahan Rakyat (PPR)

Terdapat dua kategori dalam Program Perumahan Rakyat (PPR) ini.

  • PPR Dimiliki : Rumah unit dijual pada harga RM35,000 seunit bagi penduduk Semenanjung Malaysia, manakala RM42,000 seunit bagi penduduk di Sabah dan Sarawak
  • PPR Disewa : Penghuni rumah ini perlu membayar sewa berjumlah RM124 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan.

Syarat Kelayakan untuk Memohon PPR Melana Indah

  • Mestilah merupakan warganegara Malaysia
  • Umur 18 ke atas
  • Mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum pernah memiliki rumah
  • Tertakluk pada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara Memohon Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) 

Terdapat beberapa kaedah untuk memohon rumah Program Perumahan Rakyat (PPR). Lazimnya, cara paling mudah dan pantas adalah melalui sistem secara atas talian.

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan satu lagi program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Program ini dilaksanakan bagi menangani masalah perumahan dalam golongan yang berpendapatan rendah.

Bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ini, ia terbahagi kepada dua jenis bantuan seperti berikut:-

  1. Bina Rumah Baru

Bantuan ini akan disalurkan kepada pemohon atau penerima yang tidak memiliki rumah atau rumah yang didiami oleh mereka sudah rosak dan usang, mereka yang mengalami kewangan untuk membaiki rumah dan rumah yang dimiliki tidak selamat didiami.

2. Membaik pulih rumah yang sedia ada

Bagi kategori ini, terdapat tiga elemen iaitu:-

  • penyelenggaraan
  • penambahbaikan
  • requisition

Kelayakan Untuk Memohon Rumah PPRT

  • Pemohon mestilah diiktiraf miskin tegar atau miskin yang telah didaftar di bawah Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  • Pemohon diluluskan dan disahkan layak memiliki oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau jawatankuasa yang setaraf di peringkat negeri.
  • Pemohon diiktiraf oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
PPR Melana Indah
PPR Melana Indah

Perkongsian PPR Melana Indah

Justeru, semoga perkongsian kami tentang PPR Melana Indah bakal didiami oleh 500 Penduduk Taman Sinaran ini dapat menjadi memberi info kepada masyarakat mengenai Bantuan Program Perumahan Rakyat (PPR) ini.

Jika ada dikalangan ahli keluarga yang ingin membuat permohonan rumah PPRT ini, kami sarankan untuk anda buat permohonan segera. Kongsikan maklumat ini kepada mereka yang layak dan insyaAllah pihak kerajaan akan menilai permohonan yang dibuat. Jika layak, maka segala urusan memilik rumah PPRT akan diteruskan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati