Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Negeri Umum Penjawat Awam Kelantan Naik Gaji Ikut Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri Umum Penjawat Awam Kelantan Naik Gaji Ikut Kerajaan Persekutuan

Pengumuman terkini, kerajaan negeri umum penjawat awam Kelantan naik gaji selaras ikut kerajaan Persekutuan. Jelas Kerajaan Kelantan sedia untuk menaikkan gaji penjawat awam selaras dengan keputusan dibuat oleh kerajaan Persekutuan bermula Disember ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan kelantan akan turut melaksanakan penjawat awam Kelantan naik gaji ikut penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.

Berkenaan Kerajaan Negeri Umum Penjawat Awam Kelantan Naik Gaji Ikut Kerajaan Persekutuan

Penjelasan Kerajaan Negeri Kelantan

Kerajaan Negeri Umum Penjawat Awam Kelantan Naik Gaji Ikut Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Kelantan akan ikut Persekutuan (kenaikan gaji penjawat awam) dan Kerajaan negeri juga akan selaraskan menurut kata Menteri Besar Kelantan kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada Selasa.

Sebelum ini dilaporkan pada 1 Mei oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun 2024.

PM juga berkata, kadar itu tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara. Menurut Kerajaan Malaysia, Pada tahun ini, Kerajaan akan umumkan kenaikan skim gaji penjawat awam melebihi 13 peratus.

Ia adalah kenaikan terbaik dalam sejarah kerajaan Malaysia, jelas PM ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu 1 Mei 2024.

Kesan Baik Penjawat Awam Kelantan Naik Gaji

Dengan pengumuman kerajaan negeri berkenaan penjawat awam Kelantan naik gaji, ia akan memberi kesan positif kepada para penjawat awam negeri Kelantan yang selama ini telah mencurahkan bakti dan usaha untuk berupaya membantu kerajaan Negeri Kelantan dalam pentadbiran dan melicinkan sistem pentadbiran negeri.

Berikut adalah beberapa kesan baik yang akan berlaku dengan penjawat awam Kelantan naik gaji:

  • Kuasa beli rakyat Kelantan meningkat. Dengan pengumuman kerajaan negeri yang ikut sama menaikkan gaji penjawat awam selaras dengan kerajaan, ia akan memberi kuasa beli yang tinggi dari kalangan penjawat awam yang akan mempunyai lebihan wang berbanding sebelum ini. Kemungkinan akan meningkatkan jualan-jualan di pasaraya, pasar-pasar dan industri pernigaan yang pelbagai.
  • Dapat membantu menampung kos sara hidup yang meningkat. Bagi mereka yang menjawat jawatan gred rendah akan menerima kelebihan besar dengan meningkatkan bayaran gaji. Pengkelasan taraf keluarga di Kelantan adalah gaji dibawah RM3000 adalah dikelaskan sebagai B40. Sekiranya kenaikan gaji ini membantu rakyat menerima gaji lebih RM3000 dan cecah RM4000 sebulan, kita akan menyaksikan ramai rakyat akan berpindah ke kelas M40.
  • Ekonomi rakyat Kelantan mula meningkat. Dengan berita penjawat awam Kelantan naik gaji ini akan memberi kesan positif terutama kepada peniaga yang akan mula menyasarkan jualan mereka daripada golongan penjawat awam.

Senarai Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Negeri Kelantan

tarikh bayar gaji penjawat awam kelantan 2024

Berikut adalah senarai tarikh pembayaran gaji penjawat awam negeri Kelantan untuk tahun 2024:

  • Januari: 23 Selasa
  • Februari: 22 Khamis
  • Mac: 22 Jumaat
  • April: 23 Selasa
  • Mei: 23 Khamis
  • Jun: 12 Rabu
  • Julai: 19 Jumaat
  • Ogos: 22 Khamis
  • September: 23 Isnin
  • Oktober: 23 Rabu
  • November: 22 Jumaat
  • Disember: 19 Khamis

Kerajaan negeri Kelantan menetapkan tarikh-tarikh diatas sebagai tarikh rasmi bagi pembayaran gaji penjawat awam Kelantan.

Bagaimana Mohon Kerja Kerajaan Kelantan

laman spnk kelantan

Dengan pengumuman mengenai penjawat awam Kelantan naik gaji ini akan menarik minat ramai calon yang mencari pekerjaan dibawah kerajaan negeri kelantan. Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimanakan untuk membuat permohonan kerja, para calon mestilah membuat isian permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPNK).

Berikut adalah merupakan beberapa langkah untuk membuat permohonan bagi jawatan kerajaan negeri Kelantan:

  • Layari laman web SPNK.
  • Semak dibahagian pengumuman kekosongan jawatan kosong yang diumumkan.
  • Sekiranya ada, anda boleh membuat permohonan dengan daftar akaun baharu.
  • Link untuk permohonan biasanya disediakan dibahagian iklan dengan merujuk siaran rasmi.
  • Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan untuk jawatan kosong negeri melalui MAIK.
  • Anda kena selalu merujuk laman web MAIK untuk kekosongan.
  • Permohonan perlu dikemukakan secara borang permohonan.

Bagi anda yang ingin bekerja dibawah kerajaan negeri, anda boleh memilih dengan merujuk kaedah dan panduan permohonan yang betul.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati