Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Hilangkan Gastrik Ketika Bulan Puasa

Cara Hilangkan Gastrik Ketika Bulan Puasa

Persoalan yang banyak timbul oleh mereka yang mempunyai sakit gastrik adalah bagaimana ‘ Cara Hilangkan Gastrik Ketika Bulan Puasa?’. Sakit gastrik adalah merupakan sakit yang dirasakan di dalam usus. Seseorang boleh merasa terbakar dan pedih apabila serangan gastrik tiba.

Kesan asid dalam perut yang menyerang usus dalaman membuatkan seseorang itu merasa sakit dan hilang tumpuan. Berikut adalah merupakan penjelasan dan cara hilangkan gastrik ketika bulan puasa.

Penjelasan dan Cara Hilangkan Gastrik Ketika Bulan Puasa

Untuk menghilangkan gastrik mungkin memerlukan beberapa rawatan dan pengambilan ubat. Kebiasaannya anda boleh dapatkan ubat sakit gastrik di mana-mana kedai serbaneka atau klinik berhampiran. Fungsinya adalah untuk memberi kelegaan kepada pesakit.

Namun terdapat cara yang asli untuk digunakan, cara hilangkan gastrik ketika bulan puasa adalah dengan pengambilan beberapa makanan yang diyakini mempunyai khasiat dan baik untuk usus. Makanan-makanan jenis ini baik untuk anda amalkan sewaktu bersahur dan berbuka. Berikut adalah merupakan jenis makanan yang boleh ada amalkan sebagai cara hilangkan gastrik ketika bulan puasa:

1. Pengambilan Sayur-Sayuran

Cara Hilangkan Gastrik Ketika Bulan Puasa

Dengan mengambil sayur-sayuran akan membantu mengurangkan asid dalam perut dan membantu sistem pencernaan dengan baik. Berikut adalah merupakan jenis sayur yang baik untuk mereka yang menghidap gastrik:

  • Timun
  • Kentang
  • Brokoli
  • Kentang
  • Kubis Bunga
  • Asparagus
  • Kacang Hijau
  • Brokoli

Hasil kajian juga mendapati, sumber serat sangat baik kerana mengandungi sulforaphane tinggi sebatian yang diyakini dapat membunuh bakteria.

2. Amalkan Pemakanan Halia

Umum sudah mengetahui Halia memang sangat baik untuk perut seperti masalah kembung perut. Selain itu, Hali juga dapat membantu masalah pesakit gastrik sebagai cara hilangkan gastrik ketika bulan puasa.

Halia bersifat antiradang semula jadi dan mampu merawat secara berkesan masalah pedih ulu hati dan masalah melibatkan gastrousus lain. Anda boleh mengamalkan penggunaan halia dengan menghiris halia ke dalam masakan, blend sebagai air, atau minum bersama teh halia ketika bersahur nanti.

3. Pemakanan Oat

Oat merupakan makanan yang tinggi serat sangat membantu dalam mencegah gastrik ulser. Ia diakitkan dengan pencegahan risiko asid refluks dengan mengawal menjadikannya lebih rendah. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan pengambilan roti gandum yang dapat mengurangkan simpton.

Untuk makan oat, anda boleh dapat dimana-mana pasaraya maknan yang berasaskan oat. Sesuai untuk bersahur kerana oat juga membekalkan sumber tenaga dan melambatkan rasa lapar selain membantu mencegah gastrik.

4. Amalkan Pengambilan Buah-Buahan Bukan Sitrus

Pengambilan buah-buahan sangat baik untuk kesihatan. Dalam konteks untuk cara hilangkan gastrik ketika bulan puasa pula anda perlu mengambil buah-buahan selain daripada jenis sitrus seperti lemon, limau atau kiwi kerana ia jenis asid yang tinggi. Perkara masam tidak baik untuk penghidap gastrik.

Anda boleh memilih jenis buah-bauah seperti dibawah:

  • Tembikai
  • Pisang
  • Epal
  • Buah pir
  • dan lain-lain

5. Pengambilan Daging Tanpa Lemak dan Makanan Laut

Cara Hilangkan Gastrik Ketika Bulan Puasa

Kesan daripada pengambilan jenis makanan ini akan membantu mengurangkan kesan tindak balas asid refluks. Penting untuk ambil makanan daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan dan makanan laut lain yang rendah lemak tapi tinggi protein.

Disyorkan kepada anda elakkanlah daripada pengambilan lemak haiwan yang boleh memburukkan kesan gastrik. Bagi lemak ikan pula, ia kaya dengan Omega 3 dan baik untuk kesihatan.

6. Ambil Makanan Mengandungi Lemak Sihat

Cara Hilangkan Gastrik Ketika Bulan Puasa

Berbeza dengan lemak jahat yang boleh memberi kesan buruk pada gastrik anda. Lemak sihat sangat baik untuk kesihatan yang mana jenis lemak sihat adalah seperti walnut, avokado, biji rami, minyak bijan dan minyak zaitun.

Ini juga boleh digunakan sebagai cara untuk gantikan lemak tepu kepada lemak yang lebih sihat. Makanan dengan lemak sihat seperti asid omega 3 yang ada pada salmon, sardin, biji chia dan lain akan dapat membantu anda mengurangkan kesan radang pada lapisan perut.

7. Ambil Makanan Antibakteria dan Kaya Flavonoid

Untuk melawan sakit gastrik anda perlu melakukan beberapa langkah yang baik. Bakteria yang menyebabkan anda sakit perut adalah H.pylori. Ia adalah bakteria yang kalah dengan makanan kaya Flavanoid seperti bawang putih, bawang merah, kranberi dan saderi.

Untuk makanan antibakteria pula adalah seperti madu, kunyit dan halia.

8. Amalkan Makanan dan Minuman Probiotik

Cara Hilangkan Gastrik Ketika Bulan Puasa

Untuk melawan bakteria jahat, anda juga boleh menggunakan jenis makanan probiotik. Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang bertindak melawan bakteria dalam perut. Ia juga boleh mengembalikan keseimbangan sistem imun badan anda.

Dapatkan jenis makanan probiotik seperti:

  • Yogurt
  • Kefir
  • Kimchi

Selain itu, ada juga di jual susu yang kaya probiotik yang dipanggil sebagai susu kultur, Baik untuk anda amalkan setiap hari untuk memastikan kesihatan perut terjaga. Demikianlah senarai cara hilangkan gastrik ketika bulan puasa yang anda boleh amalkan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati