Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES) 2021

SKIM PEMBIAYAAN AGROPRENEUR MUDA (AGRO-YES)

Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES) ini disediakan khusus untuk golongan usahawan muda yang mencari sumber pembiayaan bagi aktiviti perusahaan mereka. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukan sebanyak RM21 juta bagi pembiayaan khas Agropreneur Muda ini sebagai produk Agro-Youth Entrepreneur Scheme (Agro-YES).

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, semua Agropreneur Muda yang telah menjalankan projek pertanian dan beroperasi lebih 12 bulan layak memohon untuk mendapatkan pembiayaan sehingga RM200,000. Menurutnya lagi, setiap permohonan melalui Agrobank ini hanya dikenakan kadar faedah yang sangat minimum, iaitu sebanyak dua peratus dalam setahun.

Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES)

Objektif Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES)

Program ini dilaksanakan berdasarkan beberapa objektif utama, antaranya ialah

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agro makanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.

Skop Program Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES)

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan usahawan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :

  • Tanaman
  • Perikanan
  • Ternakan
  • Industri Asas Tani
  • Pemasaran
  • Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  • Agropelancongan

Kriteria Kelayakan Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES)

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan skim pembiayaan ini, iaitu:

  • Pemohon merupakan individu berwarganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan;
  • Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
  • Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan.
    (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
    – Bagi Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian
    Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM.
    – Bagi Syarikat Sendirian Berhad
    Sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah dikehendaki berdaftar dengan UAM.
  • Pemohon hendaklah terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut;
  • Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
  • Projek baru adalah TIDAK dibenarkan di bawah program ini.
  • Projek yang akan dibiaya hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan.

Maklumat Pembiayaan Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES)

Permohonan yang telah memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas dan telah diluluskan akan memperoleh pembiayaan seperti berikut:

  • Had Pembiayaan: RM50,000.00 sehingga RM200,000.00
  • Kadar Keuntungan: Kadar keuntungan semasa adalah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan.
  • Tempoh Pembiayaan: Tempoh maksimum pembiayaan adalah 7 tahun (84 bulan).

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES)

Para usahawan muda yang telah melepasi kesemua kriteria kelayakan tersebut dan berminat untuk memohon Skim Pembiayaan Agropreneur Muda ini bolehlah mengemukakan permohonan anda pada masa sekarang ini juga. Pendaftaran boleh dilakukan dengan cara:

  • Isi borang pendaftaran di cawangan Agro Bank yang berhampiran dengan lokasi anda.

Dapatkan “Risalah Program Pembiayaan AGRO-YES” di sini


Di sini admin nak kongsikan risalah program pembiayaan AGRO-YES ini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program pembiayaan ini, anda boleh hubungi:

  • Pusat Panggilan Agrobank: 1-300-88-2476
  • Laman Sesawang: www.agrobank.com.my

Sebagai peringatan mesra, sila patuhi Garis Panduan (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara ketika berurusan di cawangan Agrobank.

Semoga perkongsian Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES) ini dapat memberi pendedahan dan panduan kepada golongan usahawan muda di luar sana untuk mengembangkan lagi perusahaan yang dimiliki. Anda juga digalakkan untuk berkongsi info yang bermanfaat ini kepada ahli keluarga, kenalan ramai, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang layak untuk memohon.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021 ataupun Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati