Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sambung Sarjana (Master)? 22 Perkara yang Perlu Anda Tahu!

22 Perkara yang Perlu Anda Tahu sebelum Sambung Sarjana (Master)
Sambung Sarjana

22 Perkara yang Perlu Anda Tahu sebelum Sambung Sarjana (Master) ini adalah bertujuan untuk berkongsi kepada sesiapa yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana (master). Sehubungan itu, di bawah ini terdapat 22 perkara yang perlu anda tahu sebelum anda sambung master.

a6dabcbbaf43360bcba87b56a560061e
Sambung Sarjana

22 Perkara yang Perlu Anda Tahu sebelum Sambung Sarjana (Master)

  1. Anda boleh sambung belajar dalam bidang yang lain selain bidang waktu Degree.yes you can img
  2. Anda perlu menghadiri penerangan oleh pihak Universiti dan anda perlu fahamkan buku tersebut dengan supaya tidak terlepas perkara-perkara yang penting .Setiap proses dalam pembikinan kajian memerlukan masa yang lama. Mohon semak buku ini dan rancang sebaiknya.
  3. Anda bersendirian semua orang akan buat assignment sendiri. Dan anda akan presention di hadapan kelas sendiri. Belaja anda perlu belajar sendiri. Sebab anda dah mula masuk ke alam kajian bersendirian. Tidak dapat dinafikan, anda masih boleh belajar secara berkumpulan kerana dengan cara itu lebih banyak anda memperoleh segala maklumat yang telah dibincangkan bersama rakan-rakan anda tambah lagi apabila waktu peperiksaan sudah hampir.
  4. Ada terlebih banyak sangat waktu yang panjang. Bayangkan dalam satu semester hanya ada 4 subjek. Satu subjek 3 jam seminggu. Setiap minggu ada satu kelas sahaja. Kalau ambil full time memang banyak masa.
  5. Adakalanya, banyak buang masa ketika dahulu kita seorang yang kurang berdisiplin, ketahuilah peluang untuk anda berlengah juga tinggi. Apatah lagi, yang full time study dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
  6. Boleh dikatakan assignment dan presentation setiap minggu pasti ada. Dari situ anda perlu berubah menjadi seorang yang lebih rajin dan bertanggungjawab.
  7. Ada 3 pilihan mode pembelajaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masa dan kebolehan masing-masing.
    1. Mode Full Research : Kajian Sepenuhnya. Boleh sambung Ph.D dan terus sebab ada kajian.
    2. Mode Coursework : Belajar semua subjek yang diwajibkan bagi sesuatu kos dan menulis artikel/mini research adalah untuk mendapatkan sijil Sarjana. Perlu buat kajian terlebih dahulu, baru anda boleh sambung Ph. D
    3. Mix mode : Belajar beberapa sahaja subjek ditambah dengan penulisan tesis untuk mendapatkan sijil Sarjana. Anda boleh sambung Ph.D terus.
    4. Full time study : 2 – 3 tahun
    5. Part time study : 2 – 4 tahun
  8. Kita boleh tukar mode pembelajaran di sepanjang perjalanan menggapai segulung ijazah Sarjana. Tak semestinya kita tetap dengan pilihan pertama kita.
  9. Ambil coursework sahaja, dan tidak perlu risaukan sangat pasal kemampuan anda. Akan tetapi, bagi anda yang mengambil research. Lebih baik anda mula tesis dengan awal agar penulisan anda tidak tertangguh dan tidak risau.
  10. Cari tajuk kajian pada semester satu dan cari penyelia. Anda harus rajinkan diri berkenalan dan minta pendapat para pensyarah. Sebab segala informasi dan maklumat dapat dibincagkan dengan baik.
  11. Seterusnya, anda akan mahu habiskan seawal yang mungkin. Finish what you’ve started. Anda akan fikir hendak mencari kerja tetapi selalunya belajar tidak tamat lagi, jadi anda terpaksa siapkan juga.
  12. Pergi kursus menulis dan format tesis.
  13. Ambil short sem untuk terus menulis research proposal atau sambung menulis.
  14. Walaupun anda ambil Full Time, anda harus mencuba mencari kerja supaya dapat bermotivasikan diri anda dan menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
  15. Rajinkan diri ke perpustakaan agar anda dapat segala input dan bahan rujukan yang lebih banyak.
  16. Selain daripada bekerja untuk membayar duit yuran, anda boleh memohon pinjaman MARA atau PTPTN. Biasiswa kerajaan MyBrain pun ada. Penerangan untuk cara memohon banyak boleh cari di google.
  17. Kalau ada duit lebih, bolehlah beli printer sendiri. Kalau dah tak nak guna lagi, boleh jual semula. Printer penting juga sebenarnya untuk siapkan thesis.
  18. Keluarlah dari bilik dan join program universiti. Walaupun anda yang paling tua di situ, sebab banyak lagi ilmu yang boleh anda dapat selain daripada pengalaman. Bersenam, berenang dan sebagainya.
  19. Disiplin fokus.
  20. Jangan malu bertanya dan minta bantuan usahakan berkawanlah dengan kawan yang lebih baik dan pandai.
  21. Selalu baiki niat dan kembalikan semangat “Kenapa aku mahu sambung belajar?”. Ada yang mahu mencapai cita cita, ada yang mahukan untuk kepuasan diri, ada yang atas permintaan ibu bapa. Apa pun, kalau hilang diri, cepat-cepat cari.
  22. Anda mungkin menangis kerana terasa susah sangat dengan fasa hidup yang baru ini. Anda mungkin rasa hilang (lost) beberapa kali. Dan adakalanya anda rasa mahu putus asa. Tetapi pengalaman ini akan menjadi suatu titik tolak baharu dalam kehidupan anda. Anda akan lihat kebaikan yang banyak hadir selagi mana anda senyum dan bersangka baik dengan ujian dari Tuhan. Jadi teruskan kejayaan selagai nyawa dikandung badan. Semoga segala pengorbanan anda dirahmati oleh Allah swt.

SUMBER : laman Pascasiswazah

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu 22 Perkara yang Perlu Anda Tahu sebelum Sambung Sarjana (Master) dapat memberikan informasi terkini buat semua. Semoga berjaya dan Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati