Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Peluang Kerjaya Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 2023/24

Peluang Kerjaya Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 2023/24
Program Protege Ready To Work TNB

Assalamualaikum, hari ini admin ingin kongsikan satu makluman penting mengenai Peluang Kerjaya Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 2023/24. Kita ketahui TNB merupakan peneraju dalam industri perusahaan penjanaan elektrik utama negara, TNB juga menghantar dan mengagihkan semua tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sehingga 31 Disember 2022, TNB membekalkan elektrik kepada kira-kira 10.6 juta pelanggan. , menawarkan peluang pekerjaan yang menarik untuk warga Malaysia.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Untuk membuat permohonan, pemohon boleh baca keseluruhan artikel ini lebih lanjut agar anda tidak terlepas sedikit maklumat. Pastikan anda mematuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dan lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat sahaja.

Sertai telegram rasmi bagi saluran kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:

Maklumat Peluang Kerjaya Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 2023/24

Apa itu Protege- RTW

  1. Program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
  2. Antara instrumen penting di bawah program PROTÉGÉ-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan
  3. Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan. 

Senarai Lengkap Jawatan Yang Dibuka

JAWATAN KOSONGBUTIRAN TUGAS
Protege – RTWMelibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan.

Tarikh Tutup Permohonan Program Protege Ready To Work TNB

Untuk makluman kepada semua pemohon, dimaklumkan secara rasmi dalam iklan peluang kerjaya tnb telah umumkan tarikh tutup permohonan pada 30 September 2023.

technology 4256272 640 3
Program Protege Ready To Work TNB

Syarat Kelayakan Permohonan Program Protege Ready To Work TNB

Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan (Awam/Kimia/Elektrik/Elektronik/Mekanikal/Mekatronik) dan lain- lain bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia dan selari dengan keperluan bisnes TNB/ Anak Syarikat/ pemain industri bekalan elektrik.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang masih belum mendapat  pekerjaan dan keutamaan diberikan kepada graduan yang telah menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia/Protege bersama TNB/ Anak Syarikat sebelum ini. 

Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai cara permohonan, anda boleh ikuti langkah lanjut permohonan dibawah.

Kelebihan Sertai Program Dibawah TNB

  • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan Cuti  Tahunan
  • Potongan PERKESO & EiS
  • Bayaran balik rawatan perubatan

Langkah Permohonan Jawatan Protege TNB

photo 2023 09 10 12 04 03
Peluang Kerjaya Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 2023/24

Lihat Pautan Iklan TNB

Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:

Jika anda telah selesai membuat semakan iklan, maka anda hendaklah membuat permohonan terus agar anda tidak terlepas untuk mendapat pengalam bekerja dibawah TNB.

Step Mudah Untuk Isi Permohonan

Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.

  • Anda dikehendaki untuk melayari laman web rasmi TNB LAMAN RASMI TNB
  • Untuk memohon sila daftar masuk (login) atau jika anda belum mendaftar sebagai pencari kerja, sila daftar terlebih dahulu.
  • Sila lengkapkan borang online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan (rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan
  • Pastikan anda telah melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan juga mengikuti syarat yang diberikan sebelum menghantar permohonan
  • Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
  • Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
  • Sila ke link di bawah bagi mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon.

Admin doakan kepada semua pemohon dan calon untuk dipermudahkan urusan untuk memohon Peluang Kerjaya Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 2023/24 kerana program kali ini dianggarkan ambilan sangat besar.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati