[adinserter block="13"]

Cara Daftar PADU dan Kemaskini Maklumat Sebelum 31 Mac 2024

Daftar padu

Susulan pemansuhan klasifikasi kumpulan B40, M40 dan T20, kerajaan membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) bagi membolehkan penyampaian bantuan, termasuk subsidi bersasar dan pembentukan dasar yang lebih berkesan dan adil.

Kewujudan PADU ini seterusnya membolehkan kerajaan beralih daripada pendekatan B40-M40-120 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil bagi mengelak keciciran (yang sepatutnya boleh tercicir, mereka yang tidak sepatutnya dapat menerima bantuan).

Berkenaan Pengenalan Sistem PADU Oleh Kerajaan Malaysia

Apakah Itu PADU?

Padu

PADU adalah Pangkalan Data Utama yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap seluruh Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber mengenai profil rakyat.

Apakah Objektif PADU?

Tujuan penubuhan PADU adalah untuk menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan tepat dengan data semasa bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.

Ia juga sebagai penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data yang akan membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Tujuan Penubuhan Sistem PADU

Berikut adalah matlamat dan tujuan sistem PADU:

  • Untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Untuk mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Untuk memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Bagi merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Urusan Pendaftaran dan Kemaskini Data di PADU

Tarikh Pendaftaran PADU Bermula

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024 bersamaan hari selasa.

Untuk pengemaskinian, anda boleh mengemas kini maklumat mulai 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan.

Tempoh Pendaftaran dan Kemaskini PADU

Untuk malam apa pada semua baru sahaja selesai perasmian daripada perdana menteri malaysia iaitu datuk seri anwar ibrahim. Kini rakyat Malaysia boleh mengemaskini data dan maklumat masing-masing dan perlu daftar sebelum 31 Mac 2024.

Siapa yang Harus Mendaftar?

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat anda ke dalam sistem PADU dan mengesahkan 39 maklumat peribadi yang diperlukan.

Pendaftaran baharu, kemas kini dan semakan dalam sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada bayaran dikenakan.

image 11

Prosedur Pendaftaran dan Kemaskini Sistem PADU Rakyat Malaysia

Cara Mendaftar dan Mengemaskini Maklumat Padu Online

Berikut adalah cara-cara mendaftar dan mengemaskini maklumat anda dalam sistem PADU:

Cara Daftar PADU dan Kemaskini Maklumat Sebelum 31 Mac 2024

Daftar dan Kemaskini Maklumar Asas

  • Layari laman rasmi PADU. Klik butang “DAFTAR SEKARANG”. Isian maklumat pendaftaran hendaklah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan.
  • Semasa proses pendaftaran anda akan menerima nombor OTP bagi mengasahkan maklumat diri anda.

Urusan Pengesahan Akaun

  • Kemudian, anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit.
  • Permohonan semula diperlukan seandaninya anda tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau telah tamat tempoh pengisian.

Ketetapan Kata Laluan

  • Bagi penetapan kata laluan hendaklah ditetapkan melengkapkan kombinasi huruf besar kecil simbol istimewa. Tetapkan kata laluan yang anda ingat, penting untuk digunakan semasa log masuk.

Proses pendaftaran ini akan melibatkan urusan pengesahan identiti untuk melindungi maklumat peribadi anda. Berikut adalah langkah pengesahan individu:

Padu

Cara Daftar dan Kemaskini PADU di Kaunter

Demi memudahkan urusan rakyat Malaysia, proses pendaftaran dan pengemaskinian PADU bukan sahaja boleh dilakukan secara dalam talian, malah ia juga boleh dilakukan secara lansung melalui kaunter PADU.

Padu

Untuk pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

  1. Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
  2. Maklumat bank
  3. Maklumat pendapatan
  4. Maklumat komitmen
  5. Pendidikan tertinggi
  6. Maklumat pekerjaan
Padu daftar manual

Daftar Padu Dapat Kad TNG Percuma

Kerjaaan Malaysia mengumumkan 3,000 pendaftar pertama dalam Pangkalan Data Utama (PADU) akan menerima kad NFC Touch ‘n Go secara percuma.

Selain itu, mereka juga bakal mendapat diskaun daripada pasar raya terkemuka, Mydin namun jumlah diskaunnya akan diumumkan selepas ini.

Tawaran-tawaran itu adalah sebahagian daripada usaha untuk merancakkan pendaftaran dan kemas kini maklumat dalam sistem PADU yang dilancarkan pada 2 Januari 2024.

41 KOMEN

  1. That’s a great recommendation! Alongside platforms like Colegia, I’ve also found that exploring practical tools can really boost learning. For example, 3D printing and painting resources help students understand concepts in a more hands-on way. I usually use curaslicers to explore different printing techniques, and it has been a valuable addition to my learning process.

  2. Terima kasih atas perkongsian panduan lengkap mengenai pendaftaran PADU ini. Saya juga baru sahaja melengkapkan profil simulador de pensión de jubilación pendapatan dan pekerjaan seperti yang disarankan, dan mudah-mudahan kelayakan saya untuk bantuan seperti STR akan diproses cepat.
    Jika anda bercadang untuk merancang kewangan jangka panjang selepas persaraan, simuladorjubilacion.com.es menawarkan alat simulasi hasil-persaraan dan panduan pengurusan kewangan yang sangat berguna. Harap ia dapat membantu mereka yang merancang kehidupan pasca kerja. Salam sejahtera!

  3. At https://spottifyapk.software/, we understand the growing demand for a premium music experience without the high costs. That’s why we offer modified Spotify APK files that grant users full access to premium features, including ad-free listening, unlimited skips, and the ability to download tracks for offline playback. Our platform is user-friendly, regularly updated, and designed to make downloading and installing Spotify APKs simple and secure for everyone.

  4. Vportal.me is your gateway to smarter learning. Whether you’re a student preparing for exams, a professional upgrading your skills, or someone with a passion for knowledge, VPortal.me brings you a world of easy-to-understand lessons, expert-crafted courses, and powerful study tools all in one place. With 24/7 access to quality educational content, VPortal.me helps you learn at your own pace, anytime, anywhere.

  5. I highly recommend Colegia.me to students who are eager to take their learning to the next level. This platform offers a wide range of high-quality educational resources that are both accessible and engaging, making it easier for learners to deepen their understanding and stay motivated. Whether you’re looking to strengthen your academic foundation or explore new subjects, Colegia provides the tools and support needed to achieve your goals with confidence.

  6. Untuk mendapatkan dan menyegarkan PADU di kaunter, rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam keselesaan kedua-dua pilihan di web dan secara peribadi. Kebolehsuaian ini menjamin keterbukaan untuk semua. Selain itu, sambil mempertimbangkan sistem sekolah seperti APDM, menawarkan banyak pilihan log masuk mengambil perhatian khusus keperluan pelanggan yang berbeza di seluruh Malaysia, meningkatkan pengalaman dan produktiviti pelanggan.

  7. Saya isteri Nak daftar padu TAPI Bila Saya masuk Saya adalah KIR dan Nak masukkan Nama suami dan anak-anak tiri.. TAPI xboleh sebab dia cakap maklumat tak sama Nama dan ic padahal check banyak Kali sepadan..sekarang ni Saya Nak tau PADU ni hanya boleh daftar ATAs Nama yang terima bantuan Sara hidup atau sesiapa je boleh.. pening jap.. tolong jawap soalan saya

  8. Alhamdulilah…successful dlm pendaftran …tunggu 3 hari berkerja untuk pengesahan…buat yang mana faham …maklumlah saya bab bab IT kurang ilmu sikit…harap semua pengisian saya betul dan memudahkan pihak yg berwajib utk PADU dapat membantu saya/rakyat yang betul betul memerlukan bantuan dari segala apa cara sebanyak sedikit dapat
    memebantu kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi yg mencabar sekarang…INSYAALLAH moga dipermudahkan utk semua pendaftar PADU

  9. Saya dah berapa Kali (melebihi 10 kali) tetapi selepas mengisi maklumat nama, no kp, poskod Dan email saya TIDAK dapat untuk klik SETERUSNYA Dan terus BERHENTI disitu SAHAJA.
    Saya menggunakan talian UNIFI. HARAP DAPAT BANTUAN.

  10. 1) Saya tersilap taip maklumat pendapatan gaji bulanan saya 12 bulan kebelakang, sepatutnya saya taip RM1200 tapi saya tertaip RM1500 sebab bulan januari 2024 ini gaji saya dah bertukar ke RM1500..
    (SOALAN SAYA ADAKAH SAYA PERLU UBAH ATAU KEMASKINI MAKLUMAT GAJI SAYA SEBAB SAYA TAK DAPAT NAK UBAH DI DALAM SISTEM ONLINE) ?????

    2) Saya daftar PADU ini mengikut alamat seperti dalam kad pengenalan saya , dan isteri saya pun daftar PADU mengikut alamat seperti dalam kad pengenalan juga. Alamat semasa saya sekarang mengikut alamat isteri kerana saya menetap di rumah mertua saya.
    (ADAKAH SAYA PERLU UBAH ALAMAT SEMASA SAYA KERANA DALAM PENDAFTARAN ALAMAT SAYA MENGIKUT ALAMAT SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN)

    • SAYA NAK DAFTAR TETAPI BILA TEKAN SETERUSNYA DIMINTA KITA MASUKKAN FORMAT NOMBOR YANG BETUL. PENING KERANA TELAH TERSEDIA KOD 60 JADI KITA MASUKKAN NO TELEFON KITA BERMULA 019 TAK BETUL GAMAKNYA. CUBA LAGI MASUKKAN HANYA 19 KERANA 60 DAH SEDIA ADA. BANYAK KALI DAH CUBA AKHIRNYA FEDUP. KADANG SIBUK MASUK PADU KELUAR PULA IKLAN SHOPEE. BENDA MUDAH TAPI TAK MESRA PENGGUNA. HARAP DIPERBAIKI. KAMI NI GOLONGAN PESARA TAK SUKA YANG REMEH BEGINI. NAK MASUKKAN NO HP JE PUN.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati