3,600 TABLET UNTUK PELAJAR YANG LAYAK , SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

tablet

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bantuan khas pemberian 3.600 tablet untuk pelajar-pelajar terpilih yang dari keluarga kurang bernasib baik.

Pemberian Samsung Galaxy Tab A akan diberikan kepada pelajar yang layak dan lulus permohonan bagi memudahkan mereka meneruskan PdPR.

 

100 tablet akan diedarkan kepada setiap DUN untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti melalui permohonan. Pelajar yang layak akan diberikan tablet ini mengikut DUN kawasan masing-masing. Keutamaan diberikan kepada pelajar IPT, Pelajar Tingkatan 6, Tingkatan 5 dan pelajar sekolah menengah, rendah dan seterusnya mengikut urutan keperluan dan kelayakan.

CARA MEMOHON :

  1. Muat turun borang di SINI
  2. Sertakan bersama borang perakuan pendapatan
  3. Lengkapkan borang dan lampiran yang diminta
  4. Hantar borang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN masing-masing

Sebarang soalan dan pertanyaan lanjut boleh kunjungi Pusat Khidmat DUN mengikut kawasan anda.