Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lama Anak-Anak Berkurung, Jom Bawa Mereka Bercuti Di Tempat Menarik Ini!

image 13

Bercuti Di Tempat Menarik! Semenjak PKPB dilaksana, anak-anak hanya duduk di rumah sudah tentu mereka berasa bosan kerana sudah terlalu lama berkurung. Memandangkan bermula 7 disember 2020 kerajaan telah memberi kebenaran untuk rentas negeri, bolehlah merancang membawa mereka bercuti di tempat-tempat menarik ini.

Lama Anak-Anak Berkurung, Jom Bawa Mereka Bercuti Di Tempat Menarik Ini!

JapaMala Resort, Pahang

Japmala Resort, Pulau Tioman Main Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Terletak di dalam lokasi yang tersembunyi jauh dari kesibukan kota, JapaMala Resort yang terletak di Pulau Tioman ini adalah sebuah penginapan menakjubkan yang diselubungi oleh keindahan alam semula jadi rimba hijau.

Berkeluasan 11 ekar, JapaMala Resort yang merupakan sebuah ‘eco-luxe’ resort dibina dengan penuh teliti tanpa memberi kesan kepada alam semula jadi di sekelilingnya.

Lama Anak-Anak Berkurung, Jom Bawa Mereka Bercuti Di Tempat Menarik Ini!
Lama Anak-Anak Berkurung, Jom Bawa Mereka Bercuti Di Tempat Menarik Ini! 28

Sebagai penginap di resort ini, anda dapat menikmati waktu santai penuh privasi di pantai peribadi tanpa gangguan, dari sini juga anda dapat menikmati panorama indah matahari terbenam yang memukau mata. Pada waktu malam, dari resort ini anda sekeluarga dapat melihat keindahan ribuan bintang yang berkerdipan di langit.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah menyelam skuba, menikmati rawatan spa, bermandi-manda di kolam renang dan sebagainya.

Alamat: JapaMala Resort, Pulau Tioman, Pahang

Telefon: +603 2630 8324

Facebook: JapaMala Resort (Tioman Island)

Instagram: japamala_resort

Laman Web: japamalaresorts.com

Chalet Su, Terengganu

Chalet Su Terengganu Main Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Terletak hanyalah 15 minit dari bandaraya Kuala Terengganu adalah sebuah penginapan menarik dalam harga bajet, Chalet Su. Siapa kata untuk dapatkan penginapan yang best perlu keluarkan belanja yang banyak?

Chalet ini menyediakan sebanyak 12 buah bilik penginapan dan juga sebuah homestay yang kesemuanya menyajikan pemandangan lautan biru. Tahap keselesaan, kebersihan dan kemudahannya cukup tip-top!

Chalet Su Terengganu Area Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Antara kemudahan yang disediakan untuk para penginap adalah ruang bbq, pantry, tempat meletak kereta dan pondok-pondok rehat.

Dah puas bersantai di chalet? Anda boleh juga merancang untuk ke Pulau Kapas yang terletak hanyalah 10 minit dari chalet ini. Tak perlu bersusah-payah, segala urusan untuk anda ke sana seperti perkhidmatan bot, penginapan di kawasan pulau dan sebagainya boleh diuruskan oleh pihak Chalet Su.

Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: +6017 6797672 / +6012 2394490

Facebook: Chalet Su Terengganu / Chalet Su & Spa

Instagram: chaletsuterengganu

Desa Damai Chalet, Melaka

Desa Damai Chalet - Main Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Siapa yang tidak suka sentiasa ditemani bunyi ombak yang menyegarkan deria telinga? Untuk menikmati salah satu keindahan dunia ini, bookinglah Desa Damai Chalet.

Di sini terdapat 4 buah chalet kayu dengan reka bentuk rumah tradisional yang masing-masing lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat menambahkan keselesaan. Tahap kebersihannya? Cukup sempurna.

Desa Damai Chalet - Room Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Tidak jauh dari sini, terdapat restoran makanan laut yang boleh anda cuba untuk menghilangkan rasa lapar sebelum melakukan banyak aktiviti yang ditawarkan di sekitar seperti lawatan ke pusat penetasan penyu atau berkelah di tepi pantai.

Malas bergerak jauh dari chalet? Anda boleh menggunakan kemudahan bbq yang disediakan pihak chalet atau berehat di gazebo yang ada untuk menikmati pemandangan dan bayu laut.

Alamat: Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Melaka

Telefon: +6019 234 8966 / +6019 352 9351

Facebook: Desa Damai Chalet

Instagram: desadamaichalet

Suara Rimba Hulu Langat Chalet, Selangor

Suara-Rimba-Hulu-Langat-Chalet Main Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Ingin bercuti tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak? Dari hanya RM100 semalaman, anda boleh memilih untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di Suara Rimba Hulu Langat Chalet.

Cukup banyak aktiviti yang boleh dilakukan di chalet yang terletak berdekatan dengan kawasan sungai ini. Antara yang boleh anda rancang untuk lakukan adalah berbbq dan bermandi-manda di kolam renang dengan sepuas hati sehingga lewat malam. Yang bestnya, kolam ini menggunakan air sungai yang segar.

Suara Rimba Hulu Langat Chalet Area Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Selain ini semua, anda turut dapat melihat dengan dekat banyak haiwan yang dibiarkan bebas di sekitar resort seolah-olah menginap di dalam zoo mini. Antara haiwan jinak yang ada adalah seperti itik, ayam, burung merak, anak pelanduk dan sebagainya. Sangat menarik bukan?

Alamat: Suara Rimba Hulu Langat Chalet, Tanah Rizab Asli, Sg Lopo, Hulu Langat, Negeri Sembilan

Telefon: +6013 604 4440

Facebook: Suara Rimba Hulu Langat Chalet

The Cedar at Bidor, Perak

The Cedar at Bidor Resort Image
Bercuti Di Tempat Menarik

The Cedar at Bidor adalah sebuah villa yang besar berlokasi di Bidor, Perak. Terletak di atas tanah yang berkeluasan 4 ekar di tengah-tengah hutan hijau, anda dapat merasai ketenangan sebenar bercuti di dalam lokasi yang penuh privasi.

Villa ini mampu memberikan keselesaan kepada sehingga 20 orang penginap pada satu-satu masa. Lengkap dengan 8 buah bilik tidur beserta 8 buah bilik mandi dan 2 tandas. Kemudahan lain yang disediakan adalah ruang makan outdoor, dapur, kids playroom, pool table, ruang tamu / ruang karaoke, kawasan bbq dan kolam renang infiniti.

The Cedar at Bidor Resort Room Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Cukup lengkap fasiliti yang disediakan, tapi ini bukanlah segalanya. Kedudukan villa ini juga antara faktor utama yang menjadikannya pilihan penginapan ramai. Dari villa ini, anda dapat menikmati pemandangan indah mentari terbenam atau terbit sambil menyaksikan kehijauan hutan hujan dan Sungai Gepai.

Ingin melakukan aktiviti luar? Anda boleh melawat kawasan Air Terjun Gepai yang terletak hanya 5 minit dari sini.

Alamat: Lot 1852, Jalan Paku, Kampung Chang, 35500 Bidor, Perak

Telefon: +6012-683-9979

Facebook: The Cedar at Bidor

Instagram: thecedarbidor

Laman Web: thecedarbidor.com

Casa Tanjung Jara, Terengganu

Casa Tanjung Jara Malaysia Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Casa Tanjung Jara adalah sebuah penginapan tepi pantai yang luas, cukup sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga besar atau untuk membuat reunion.

Lokasinya yang terletak berhadapan dengan kawasan pantai di mana angin laut sentiasa bertiupan dan bunyi ombak dapat didengari setiap kali terjaga dari tidur menjadikan penginapan ini pilihan yang tepat untuk anda yang ingin mendapatkan ketenangan jiwa.

Casa Tanjung Jara Malaysia Room Area Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Mengenai penginapan yang ditawarkan, anda boleh memilih sama ada untuk menginap di villa 3 bilik yang memiliki dapur serta halaman berkolam renang, atau lodge dengan 8 buah bilik yang lengkap dengan surau dan ruang makan.

Alamat: Jalan Pantai Teluk Bidara, Kampung Gok Kapur, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

Telefon: +6019 959 1355

Facebook: Casa Tanjung Jara

Rumah Kebun Semungkis

Rumah Kebun Semungkis - Main Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Rumah Kebun adalah rumah percutian yang terletak di Kampung Semungkis, Hulu Langat. Dikelilingi oleh pokok-pokok yang tumbuh mekar, di sinilah anda sekeluarga dapat menghirup udara bersih yang dapat mengembalikan kesegaran segenap tubuh badan setelah berbulan lamanya tenggelam dalam asap kota.

Tidak hanya menjanjikan suasana luar yang sempurna untuk ketenangan jiwa, villa penginapannya juga sungguh mengujakan. Mengetengahkan konsep kedesaan dan minimal, atmosfera ini menambahkan lagi kedamaian penginapan.

Rumah Kebun Semungkis Gambar Kawasan
Bercuti Di Tempat Menarik

Yang menariknya lagi, pihak Rumah Kebun menyediakan dapur yang berkonsep terbuka. Dapurnya juga serba lengkap dengan pelbagai kemudahan memasak. Fasiliti lain yang disediakan adalah ruang makan outdoor, bbq pit, dan kolam renang yang diairi oleh air sungai yang mengalir segar iaitu Sungai Semungkis.

Sambil bermandi-manda di dalam kolam, anda boleh memejamkan mata dan menikmati bunyi deruan sungai dan kicauan burung yang menyegarkan halwa telinga.

Sesudah bermain air, aktiviti seterusnya yang boleh anda rancang untuk lakukan adalah mendaki untuk menuju ke kawasan air terjun atau memberi makan kambing dan ayam kampung yang ada di sekitar. Bercutilah di sini sekiranya anda merindukan suasana kampung ya?

Facebook: RumahKebun

Emel: [email protected]

Alamat: Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2 Hulu Langat, Langat, Selangor, 43100

Cottage Homes PD, Negeri Sembilan

Cottage Homes PD Resort Image
Bercuti Di Tempat Menarik

Penuh dengan warna-warni, penginapan ini pasti dapat menaikkan lagi mood percutian anda bersama keluarga. Cottage Homes PD adalah sebuah pilihan yang tepat sekiranya anda membawa anak-anak kecil.

Penginapan yang ditawarkan adalah Mini Banglo Daisy Cottage, Bluebell Cottage, Studio Suite Cottage dan Sunflower Cottage. Dari warna pink hinggalah biru, memandang sekitar kawasan rumah penginapan ini, tak ubah seperti berada di taman tema yang ceria. Dekorasi dalamannya? Tidak ubah seperti berada di IKEA.

Cottage Homes PD Gambar Bilik
Bercuti Di Tempat Menarik

Bukan sahaja sedap dipandang mata, kelengkapan fasilitinya juga dapat membuat anda tersenyum. Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang (dewasa dan kanak-kanak), meja makan dan kerusi di ruangan patio, air filter cuckoo, bbq pit, sun lounger, kawasan untuk beraktiviti, parking yang luas dan juga gazebo.

Alamat: Cottage Homes PD, Kg Sawah Sunggala Port Dickson

Telefon: +6011 1149 5235

Facebook: cottagehomespd

Instagram: cottagehomespd

Caravan Serai, Pahang

Caravan Serai Pahang - 1
Bercuti Di Tempat Menarik

Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai , dan dikelilingi bukit-bukit hijau.

Anda boleh pilih untuk bermalam dibawah bintang di dalam kemah Delux Safari atau merehatkan diri di dalam bilik Caravan Suite.

Caravan Serai Pahang - 2
Bercuti Di Tempat Menarik

Antara aktiviti yang disediakan adalah treasure hunt, team building, karaoke, volleyball dan berenang di Riverpool.

Alamat :  Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

Telefon : +603 7972 3655

Facebook: Caravan Serai

Instagram: Caravan Serai

 Terrapuri Heritage Village, Terengganu

Terra Puri Heritage Village Terengganu - 1
Bercuti Di Tempat Menarik

Pernahkah anda melihat rumah kampung melayu tradisional Terrenganu? Di Terrapuri Heritage Village bukan saja and boleh melihat keunikan seni bina klassik orang utara, anda juga boleh menginap di sebuah rumah  kampung Terengganu klassik.

Terrapuri apabila diterjemah ke bahasa kita bermaksud “bumi istana”. Terrapuri Heritage Village ini terletak di kampung mangkuk Setiu, Terrenganu.

Terra Puri Heritage Village Terengganu - 2

Anda dapat melihat pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas dihadapan anda dan pada hari yang terang, anda boleh melihat Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Untuk menambah kepada senarai panjang sebab-sebab anda patut menginap di resort ini ialah 5 minit dari resort ini terdapat kawasan penyu terlindung dan jika anda bernasib baik anda mungkin dapat melihat penyu bertelur.

Anda juga boleh memilih untuk menyertai lawatan memancing atau scuba diving yang diaturkan oleh ejen yang didapati dikawasan berdekatan dengan resort ini.

Alamat : Kampong Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu

Telefon : +609 624 5020 | +609 631 2081

Facebook: Terrapuri Heritage Village

Instagram: Terrapuri Heritage Village

Laman Web: terrapuri.com

Fishing Bay Resort, Johor

The Fishing Bay Resort Johor - 1

Fishing Bay Resort ini terletak di Mersing dan mempunyai keluasan 1.2 hektar. Tempat ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari tempat percutian menarik di tepi pantai.

The Fishing Bay Resort Johor - 2

Aktiviti di sini juga banyak, tetamu dapat menikmati sukan pantai seperti memancing, berkayak, snorkeling, dan anda juga boleh mengambil bot ke Pulau Gajah untuk meneroka Gua yang boleh dijumpai di atas pulau itu.

Alamat : 525 Teluk Buih Air Papan, 86800 Kampung Kayu Papan, Malaysia

Telefon : +607 799 6753 | +6012 712 6753

Facebook: Fishing Bay Resort

Instagram: Fishing Bay Resort

Laman Web: fishingbayresort-mersing.com

Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan

Eagle Ranch Resort Negeri Sembilan - 1

Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy.

Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.

Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga.

Eagle Ranch Resort Negeri Sembilan - 2

Tempat ini juga menampilkan berbagai aktiviti yang menarik seperti paintball, flying fox, rapelling, go kart dan memanah.

Antara destinasi pelancongan yang berdekatan adalah Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang.

Alamat : Eagle Ranch Resort, 544, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson

Telefon : +06 6610 495 | +06 6610 829

Facebook: Eagle Ranch Resort

Instagram: Eagle Ranch Resort

Laman Web: eagleranch.com.my

Villa Danialla, Kelantan

Villa Danialla Kelantan - 1

Mencari alasan untuk bercuti ke Kelantan? Selepas melihat kecantikan Villa Danialla yang terletak di Bachok ini cukup sebab untuk anda ke sana.

Bebas dari hiruk-pikuk Bandar, Villa Danialla sesuai untuk mereka yang mencari resort menarik di Kelantan yang terletak di tepi pantai.

Dari pantai ini anda akan dapat lihat laut cina selatan terbentang luas di hadapan anda.

Villa Danialla Kelantan - 2

Ada sepuluh jenis bilik yang berlainan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian.

Pihak resort juga boleh menolong anda membuat daytrip ke pulau perhentian dari resort ini yang termasuk aktiviti snorkelling.

Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan

Telefon:  +6013 961 6000

Facebook: Villa Danialla

Instagram: Villa Danialla

Laman Web: villadanialla.com

Kerajaan sudah beri kelonggaran rentas negeri untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi jangan leka, kita masih belum menang. Sila ikut SOP yang telah ditetapkan. bersama kita memutuskan rantaian Covid-19 agar dapat hidup secara normal semula.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati