Asuh Pintar 2021: Bantuan yuran RM100 sebulan kepada Taska, Nurseri merupakan pemakluman daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) bagi tahun 2021.
Asuh Pintar 2021: Bantuan yuran RM100 sebulan kepada Taska, Nurseri
Isi Kandungan
Asuh Pintar adalah bantuan yuran Taska atau Nurseri sebanyak RM 100 sebulan untuk anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah dan bantuan ini dibayar terus ke Taska atau Nurseri tersebut.
Pada tahun 2020, sebanyak 683 permohonan telah diterima di seluruh Negeri Selangor melibatkan peruntukan sebanyak RM645,000.
Tarikh tutup permohonan Asuh Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.
Contohnya, permohonan untuk manfaat bulan Mac 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2021.
Syarat Kelayakan Asuh Pintar
Ibu bapa yang ingin memohon Asuh Pintar perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia serta dilahirkan dan menetap di Selangor; atau
- Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 Tahun (pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung/Pengerusi Taman Perumahan tempat di mana pemohon menetap).
- Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM 5000 ke bawah.
- Suami dan isteri mestilah berkerja.
- Mempunyai anak berumur 4 Tahun dan ke bawah.
- Permohonan terhad kepada 2 orang anak sahaja.
- Taska tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Ibu dan bapa tersebut adalah pengundi berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Senarai Taska/Nurseri Berdaftar
Untuk menerima bantuan ini, pemohon perlu menghantar anak-anak mereka ke Taska atau Nurseri yang telah berdaftar dengan JKM.
Senarai Taska atau Nurseri yang berdaftar boleh dirujuk melalui pautan.
Jika nama Taska atau Nurseri terbabit wujud di dalam senarai terbabit, pemohon boleh membuat permohonan untuk bantuan Asuh Pintar.
Cara Memohon
Ibu bapa yang berminat untuk memohon bantuan Asuh Pintar perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web.
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Kemudian, klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
- Semak semua maklumat sebelum mendaftar.
- Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar permohonan.
- Cetak borang permohonan tersebut.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke email [email protected] atau ke alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Dokumen Sokongan
Selepas menghantar permohonan secara online, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan berikut dalam tempoh 2 minggu selepas membuat permohonan iaitu:
- Salinan Sijil Lahir/MyKid anak.
- Salinan MyKad Ibu.
- Salinan MyKad Bapa.
- Salinan Perakuan Anak Angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (Jika diperlukan).
- Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Gaji Ibu.
- Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Gaji Bapa.
- Cop Pengesahan Taska Tempat Anak Belajar (Perlu dicop pada borang permohonan).
- Bagi pemohon yang tidak dilahirkan di Selangor, berikut adalah dokumen tambahan yang perlu dilampirkan:
- Salinan Bil Air/Bil Elektrik/TM/Astro/muka depan Buku Merah Ibu.
- Cop pengesahan bermastautin (Perlu dicop pada borang permohonan).
Pertanyaan & Info Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak YAWAS di talian 03-5481 8800 atau melayari laman web untuk info lanjut.
Penutup
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.