
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BPR
Sertai ADAM (Akademi Pendidikan Malaysia)
Seperti yang anda sedia maklum, permohonan BPR 2021 telah dibuka bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 untuk permohonan baharu dan kemas kini permohonan lama. Namun begitu, anda perlu memastikan anda layak untuk membuat permohonan sebelum mendaftar akaun baharu.

SYARAT KELAYAKAN BPR 2021 :
- ISI RUMAH
- Kahwin; atau
- Ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak; atau
- Bujang (termasuk OKU) berumur 60 tahun ke atas
- BUJANG
- Bujang atau ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak; dan
- Jumlah pendapatan kasar bulanan Rm2500 ke bawah
- Had umur :
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
- Warganegara Malaysia (MYKAD) yang menetap di Malaysia
- Lelaki/perempuan yang menjadi ketua keluarga,tinggal serumah, bekerja dan menetap di Malaysia berpendapatan kasar bulanan isi rumah RM5000 ke bawah
- Pasangan; warganegara Malaysia, mempunyai MYKAD, jika bukan warganegara perlu mempunyai id selain dari MYPR/MYKAS
- Anak; anak kandung termasuk anak tidak sah taraf, jika anak angkat wajib mempunyai dokumen sah dari JPN sahaja, mempunyai MYKID/MYKAD, tidak bekerja atau tiada punca pendapatan (17 tahun ke bawah atau 18 tahun ke atas bagi pelajar sepenuh masa IPT
Sekiranya anda menepati syarat dan kriteria di atas, anda boleh mula membuat permohonan baharu atau kemas kini akaun sedia ada bermula 15 Januari 2021 yang lalu sehingga 15 Februari 2021.