Makluman jawatan kosong JAIS Mei 2024. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah merupakan sebuah Jabatan agama Islam di Selangor yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan agama islam. Untuk pengetahuan tuan/puan, JAIS kini sedang membuka jawatan kosong JAIS Mei 2024 untuk permohonan oleh mereka yang berminat.
Anda boleh ikuti penerangan lebih lanjut berkenaan dengan tawaran kerja yang dibuka oleh JAIS berkenaan dengan syarat, skop kerja dan cara permohonan.
Berkenaan Jawatan Kosong JAIS Mei 2024
Isi Kandungan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan, bersemangat dan mempunyai kemahiran untuk berkhidmat di HQ JAIS dan beberapa lokasi bagi jawatan berikut:
- Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (Pengurus)
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 (Penolong Pengurus)
- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Pembantu Pengurus)
Berikut adalah penerangan berkenaan tawaran jawatan kosong JAIS Mei 2024 yang dibuka:
Perkara | Maklumat |
---|---|
Kelayakan Akademik | Minimum – SPM Maksimum – Ijazah |
Taraf Jawatan | Tetap/Kontrak |
Lokasi dan Kekosongan | JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR |
Tempoh Permohonan Jawatan Kosong JAIS Mei 2024
Bagi mohon jawatan kosong JAIS, anda boleh mohon bermula 14 Mei dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 28 Mei 2024. Kemudian, diminta kepada para calon untuk segera membuat permohonan dan mengikuti kaedah permohonan yang betul.
Mohon ambil cakna juga berkaitan senarai tugas dan syarat kelayakan permohonan jawatan yang ditetapkan oleh pihak JAIS.
Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan JAIS
Bagi para pemohon yang hendak mengemukakan permohonan jawatan kosong JAIS Mei 2024, anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur lebih 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Merupakan rakyat Selangor
- Memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam iklan.
- Mahir dalam bidang agama dan berkaitan.
Rujukan Info Penuh Bagi Iklan Jawatan Kosong
Kepada para pemohon, anda perlu mengambil perhatian berkenaan makluman rasmi daripada pihak JAIS berkenaan tawaran kerja kosong yang diumumkan melalui laman rasmi JAIS. Jadi, disini disediakan pautan berkenaan dengan jawatan hal ehwal islam. Boleh buat semakan lebih lanjut dan terperinci melalui rujukan pautan dibawah:
Cara Mohon Jawatan Kosong JAIS
Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:
- Laman web rasmi Jabatan Agama Islam Selangor.
- Kaunter Jabatan Agama Islam Selangor di alamat:
- Jabatan Agama Islam Selangor,
Aras Bawah (G),
Bangunan Sultan Idris Shah,
40676 Shah Alam
- Jabatan Agama Islam Selangor,
- Kaunter Unit Pengurusan Sumber Manusia di alamat:
- Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 1, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Iris Shah,
40676 Shah Alam
- Jabatan Agama Islam Selangor,
Boleh juga print sendiri borang permohonan kerja melalui pautan:
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
- Sekeping gambar berukuran pasport,
- alinan kad pengenalan,
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
- Salinan sijil kelahiran pemohon
- Sijil-sijil persekolahan dan lain-lain
- Dokumen yang berkaitan.
Nota : Semua Salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan keatas. Nama dan jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sebelah atas kiri sampul
surat
Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika :
- tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
- tidak lengkap atau tidak terang;
- tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
- tidak besertakan gambar; dan
- tidak ditandatangani.
Permohonan hendaklah dihantar kepada Alamat seperti berikut :
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5,
40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
Sebelum atau pada 28 Mei 2024 (Selasa) jam 12.00 tengahari.
Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).
Diharapkan kepada semua calon membuat permohonan jawatan kosong JAIS dengan lengkap dan mengikuti panduan yang betul. Sekiranya anda dipanggil, persiapkanlah diri anda dan lakukan yang terbaik semasa urusan temuduga. Kami dari sistem guru online, mendoakan yang terbaik kepada para pemohon agar dipermudahkan segala urusan permohonan kerja anda.