Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Pembayaran Gaji 2021

Tarikh Pembayaran Gaji 2021
Tarikh Pembayaran Gaji 2021

Tarikh Pembayaran Gaji 2021 ini adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 yang bertajuk Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan bagi Tahun 2021.

Tarikh Pembayaran Gaji 2021

Tujuan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan:

  1. Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2021; dan
  2. Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tarikh Pembayaran Gaji 2021
Tarikh Pembayaran Gaji 2021

Peraturan Pembayaran Gaji

Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)

  1. Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
  2. Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;
  3. Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.
    Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
  1. butiran peribadi;
  2. nombor akaun bank; dan
  3. nombor rujukan:
    1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
    2.  Cukai Pendapatan;
    3. Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;
  • Memastikan semua arahan bagi potongan gaji adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan.
    Kesilapan dan kegagalan dalam memberi maklumat tersebut mengakibatkan:
    1. potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul;
    2. menyebabkan berlakunya kelewatan semasa penyediaan kertas pencen penjawat awam.
  • Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) disokong dengan dokumen berikut:
    1. salinan kad pengenalan baharu; dan
    2. dokumen yang membuktikan nombor rujukan potongan
  • Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui baucar bayaran berasingan bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian/Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.’

Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

  1. Menetapkan tarikh pemprosesan larian gaji bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  2. Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui baucar bayaran berasingan boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Pengarah JANM Negeri/Cawangan/Ketua Akauntan Kementerian.

Pembayaran Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari

  1. Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan
  2. Tarikh pembayaran gaji adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

HAL-HAL LAIN

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, Perbendaharaan 2
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8886 1624/1612/1622/1611

TARIKH KUAT KUASA

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

PEMAKAIAN

Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi. Peruntukan surat pekeliling ini juga dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Tarikh Pembayaran Gaji 2021 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"
Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Anda Mungkin Meminati