Perkara paling banyak digunakan selain dari dapur memasak adalah microwave. Biasa orang gunakan microwave untuk memanaskan lauk tetapi mereka mungkin tidak perasan terdapat percikan-percikan makanan yang melekat di microvawe tersebut. Kesan daripada percikan tersebut mengakibatkan microwave menjadi kotor, sekaligus menjadi tempat pembiakan bakteria.
Waktu cuti anda ambillah masa sebentar untuk membersihkan menggunakan tips seorang pengguna twitter, Nawal Hudaa ini. Jom cuba!
Bahan-bahan
- Semangkuk air
- Lemon ( dihiris nipis)
Cara Bersihkan Microvawe
- Ambil mangkuk isi air separuh.
- Letak lemon sebiji. Perah jus & hirisan lemon
- Masuk microwave on for 5 minutes
- Tunggu 2 minit sebelum buka sbb taknak bagi wap air dia keluar.
- Lap microwave dengan kain bersih. Bau pun harum semerbak lemon gitu.
Mudah bukan? sekejap je masa yang diperlukan untuk bersihkan microwave ini. Paling penting kebersihan pun terjaga. Pastikan anda kreatif dan sentiasa ada masa untuk bermain dengan anak-anak.
Selamat mencuba!
Kredit : Nawal Hudaa