Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

WOW! Bantuan 150 Ribu Komputer Riba Untuk Pelajar

Bantuan 150 Ribu Komputer Riba Untuk Pelajar

Bantuan 150 Ribu Komputer Riba Untuk Pelajar. Seramai 150,000 murid di 500 buah sekolah rintis akan menerima komputer riba bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.

Bagi merealisasikan bantuan 150 ribu komputer riba untuk pelajar, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang RM150 juta yang akan disalurkan ke Tabung Cerdik.

Bantuan 150 Ribu Komputer Riba Untuk Pelajar

Bantuan 150 Ribu Komputer Riba Untuk Pelajar

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemberian komputeri riba kepada 150,000 murid itu adalah seiring dengan norma baharu di mana pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul juga berkata, bagi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendapat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), kerajaan akan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba.

Kerajaan juga, kata Tengku Zafrul, memperuntukkan RM50 juta untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education Network (MYREN) kepada 500Mbps hingga 10Gbps bagi memastikan kesalinghubungan internet di institut pengajian tinggi.

2021 ternyata memahami keperluan golongan muda atau belia yang memainkan peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna mengadaptasi teknologi terkini.

Tiada permohonan khusus diperlukan setakat ini. Kemunkinan besar, info lanjut bakal kita terima awal tahun 2021 nanti.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati