Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Perkenal Beras Putih Malaysia Madani dengan Harga RM30 Bagi 10KG

Kerajaan Perkenal Beras Putih Malaysia Madani dengan Harga RM30 Bagi 10KG

Berita gembira untuk rakyat Malaysia! Kerajaan umum beras putih Malaysia Madani dengan harga RM30 bagi sekampit beras 10KG. Ini adalah merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan keseimbangan dan meringankan beban para rakyat dengan menjaga kualiti harga beras putih oleh kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Beras Putih Madani pada harga siling RM30 bagi kampit 10 kilogram berkuat kuasa 19 Februari dan akan tiba di pasaran bermula 1 Mac.

Berkenaan Beras Putih Malaysia Madani dengan Harga RM30 Bagi 10KG

Apa itu Beras Putih Malaysia Madani?

Beras putih Malaysia Madani adalah merupakan beras keluaran daripada kerajaan Malaysia untuk mewujudkan kemampuan dan meringankan beban rakyat dengan dijual harga yang sangat murah dan berpatutan.

Untuk beras putih Malaysia Madani ini disediakan dalam 3 jenis kampit iaitu 10kg, 5kg dan 1kg. Perkara ini dijangka dapat membantu para rakyat untuk memenuhi keperluan harian dan mendapatkan makanan asas dengan mudah.

Berapa Harga Beras Putih Malaysia Madani?

image 105
Kerajaan Perkenal Beras Putih Malaysia Madani dengan Harga RM30 Bagi 10KG 4

Untuk masa ini, kerajaan telah menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar:

  • RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg)
  • RM15.50 (5kg)
  • RM3.50 (1kg)

Hal ini telah dijelaskan dan ia berkuatkuasa pada 19 Februari 2024.

Bila Beras Putih Malaysia Madani Boleh Didapati?

Berdasarkan kenyataan, beras putih Madani boleh didapatkan di pasaran seawal 1 Mac 2024 di pasaraya.

Pengerusi jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup (Nacool), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengatakan dalam tempoh 10 hari itu kerajaan memberi kepada pemain industri beras untuk membuat penyelarasan dari segi pembungkusan dan juga pemasaran beras putih Malaysia Madani.

Sebab Pengenalan Beras Putih Malaysia Madani

Kerajaan perkenalkan Beras Madani sebagai mekanisma membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat. Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkaitan dengan usaha tersebut.

image 106

Antara yang dibincangkan adalah mengenai cadangan penetapan harga siling penjualan Beras Madani. Untuk sekarang, harga jualan beras import tidak tersenarai di dalam harga kawalan, manakala beras tempatan pula kurang di pasaran .

Melalui inisiatif ini, kerajaan akan memperkenalkan Beras Madani dengan penetapan harga siling seperti dinyatakan di atas bagi mengurangkan kos sara hidup pada masa ini. Pengenalan beras Madani ini diyakini dapat menyelesaikan pelbagai masalah seperti harga beras yang tidak tetap dan lain-lain.

Melalui usaha ini, penetapan harga siling beras madani akan membolehkan kerajaan mengawal harga makanan ruji beras di pasaran dalam Malaysia.

Soalan FAQs Berkenaan Beras Putih Malaysia Madani

Apakah itu Beras Putih Madani?

Beras yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia hasil kerjasama dengan pengeluar beras.

Bila dipasarkan beras putih madani?

Kerajaan telah maklumkan bahawa ia akan mula dipasarkan mula 1 Mac 2024.

Berapa harga beras putih madani?

Untuk berat 10kg dijual RM30, bagi 5 kg dijual RM15.50 dan 1kg dengan RM3.50

Dimana beras putih madani dijual?

Di pasaraya seperti yang dinyatakan oleh kerajaan.

Berapa harga siling beras putih madani?

Harga siling beras 1kg adalah RM30.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati