Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Mohon Kerja Part Time Chatime Yang Mempunyai Lebih 90 Cawangan Dalam Malaysia

kerja part time chatime

Peluang kerja part time Chatime dibuka untuk mereka yang berminat bagi seluruh cawangan dalam negara Malaysia. Seperti kebiasaan rakyat Malaysia, sememangnya telah mengenali rangkaian kedai menawarkan minuman berasaskan kopi dan teh yang kini cawangan ini sedang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan diseluruh negara.

Untuk itu telah disediakan Peluang pekerjaan bagi full-time dan part-time di mana-mana cawangan Chatime yang anda boleh mohon dan boleh bekerja secara sambilan melalui permohonan kerjaya anda boleh lakukan dengan kadar segera.

Ketahui lebih lanjut berkenaan dengan syarat dan cara permohonan anda boleh merujuk ke bahagian bawah yang kami lampirkan dengan maklumat yang lengkap berserta lokasi seluruh cawangan Chatime Malaysia.

Kerja Part Time Chatime Dibuka Untuk Semua

KERJA PART TIME CHATIME
kerja part time chatime

Pengenalan Chatime

Chatime merupakan rangkaian kedai minuman yang terkenal di seluruh Malaysia. Kedai ini dikenali kerana menyediakan pelbagai jenis minuman berasaskan teh dan kopi, termasuk air manis yang enak, serta perisa air boba yang semakin popular di kalangan generasi muda.

Jawatan Kerja Part Time Yang Ditawarkan

Bagi mereka yang berminat untuk menjana pendapatan sambil menikmati pengalaman bekerja dalam industri minuman, Chatime menawarkan pelbagai jawatan part time. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

JawatanPenerangan
Barista (Staff Chatime)Part-time (RM7.00 – 8.50/jam)
Kerja Part Time Chatime Dibuka Untuk Semua
KERJA PART TIME CHATIME

Syarat Kelayakan Kerja Part Time Chatime

Untuk memohon kerja part time di Chatime Malaysia, calon perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan umum seperti dibawah:

  • Berumur 18 tahun keatas
  • Warganegara Malaysia
  • Kelayakan minima adalah PT3 dan SPM.

Chatime juga mengalu-alukan individu yang berminat untuk menyertai mereka walaupun tidak mempunyai pengalaman.

Pemakaian Pekerja Chatime

Untuk setiap cawangan Chatime di seluruh Malaysia telah ditetapkan untuk memakai dan mengenakan pakaian yang seragam bagi pekerja sama ada pekerja full-time Dan part-time adalah perlu untuk mengenakan baju yang telah disediakan oleh pihak Chatime.

Pemakaian yang seragam bagi pekerja boleh dirujuk melalui, lampiran contoh yang anda boleh rujuk di bawah:

KERJA PART TIME CHATIME

Kelebihan Bekerja di Chatime

Bekerja di Chatime membawa pelbagai kelebihan. Ini termasuk peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam perkhidmatan pelanggan, pembuatan minuman yang inovasi, dan peluang untuk bekerja lebih lama.

Berikut adalah kelebihan bekerja yang disediakan:

  • Caruman KWSP
  • Persekitaran kerja yang selesa
  • Boleh bekerja secara sambilan
  • Pekerja akan diberikan latihan terlebih dahulu dan akan diberi bimbingan
  • Layak memohon cuti

Panduan Mohon Kerja Fulltime dan Part Time Chatime

Rujukan Lokasi Chatime Malaysia untuk Kekosongan Jawatan

Calon yang berminat boleh merujuk kepada senarai lokasi Chatime yang berdekatan dengan mereka untuk mengetahui jawatan kosong yang ada. Bagi maklumat terkini, disarankan untuk sentiasa merujuk kepada laman web rasmi Chatime. Berikut adalah senarai lokasi yang anda boleh rujuk:

Cara Mohon Fulltime dan Kerja Part Time Chatime

lokasi chatime

Proses permohonan untuk fulltime dan kerja part time Chatime adalah sangat mudah. Calon boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buat Carian Lokasi Cawangan Kerja: Perlu untuk para calon membuat carian cawangan bagi mendapatkan maklumat tempat dan nombor telefon. Melalui pautan google map chatime, anda boleh temui chatime yang berhampiran dengan anda dan segera hubungi.
  2. Hubungi Melalui WhatsApp Atau Talian Nombor Telifon: Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, calon boleh menghubungi Chatime melalui WhatsApp di nombor yang disediakan di google map.
  3. Sediakan Diri Anda: Pastikan anda bersedia untuk menghadiri temuduga jika diperlukan dan sedia bekerja dengan baik.

Dengan lebih daripada 90 cawangan Chatime di seluruh Malaysia, peluang untuk bekerja di sini adalah terbuka luas. Bagi mereka yang gemar minuman berkualiti dan ingin memperoleh pengalaman kerja yang bermakna, Chatime mungkin menjadi destinasi terbaik untuk kerja part time. Semoga berjaya!

Soalan FAQs Berkenaan Kerja Part Time Chatime Seluruh Malaysia

Apakah bayaran yang ditawarkan untuk jawatan part time di Chatime?

Bayaran untuk jawatan part time di Chatime berbeza bergantung pada jawatan dan cawangan. Sebagai contoh, barista part time di Chatime Malaysia menerima RM 8.50 setiap jam. Namun, bayaran ini boleh berbeza mengikut cawangan ke cawangan lain.

Adakah pakaian seragam diberikan kepada pekerja part time di Chatime?

Ya, seragam biasanya disediakan kepada pekerja part time di Chatime. Seragam ini termasuk apron dan baju yang sesuai dengan imej dan identiti jenama Chatime. Pekerja dikehendaki memakai seragam ini semasa berkhidmat di premis Chatime.

Adakah saya boleh mohon kerja full time selepas bekerja sebagai pekerja part time di Chatime?

Ya, Chatime boleh memberi peluang kepada pekerja part time yang berprestasi untuk memajukan kerjaya mereka dengan menjadi pekerja full time jika jawatan tersebut tersedia. Pengurusan cawangan Chatime boleh pertimbangkan permohonan anda.

Adakah saya perlu mempunyai pengalaman sebelum ini untuk memohon kerja part time di Chatime?

Walaupun pengalaman sebelum ini adalah satu kelebihan, Chatime juga mengalu-alukan individu yang tiada pengalaman sebelum ini untuk memohon. Akan diberi latihan yang diperlukan kepada pekerja baru untuk memastikan mereka berjaya dalam perkhidmatan pelanggan dan pembuatan minuman.

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan part time di Chatime?

Anda boleh merujuk laman web rasmi Chatime Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan. Pelbagai jawatan kebiasaannya dibuka, maklumat tersebut selalunya dikemaskini secara berkala, jadi pastikan untuk anda sentiasa membuat semakan untuk jawatan kosong.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati