Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Emas Tengah Murah, Sebelum Beli Lihat Perkongsian Ini Dahulu

Emas Tengah Murah
Emas Tengah Murah

Emas Tengah Murah? Emas adalah hiasan pada wanita. Ramai wanita sangat menggemari memiliki emas. Emas tidak mempunyai susut nilai yang tinggi berbanding nilai matawang. Ramai juga yang menyimpan emas untuk simpanan masa hadapan. Jika anda mahu membeli emas diwaktu emas tengah murah sila baca perkongsian ini dahulu agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Emas Tengah Murah, Sebelum Beli Lihat Perkongsian Ini Dahulu

Waktu awal pandemik, ramai orang berebut beli emas sebab pelabur tak pasti dimana pasaran pelaburan yang baik buat mereka ‘letak dan simpan’ duit mereka. Emas Tengah Murah jadin jom tengok!

EMAS TENGAH MURAH

Maka emas jadi pilihan kerana sifat emas itu sebagai pelindung kewangan yang baik.

Jika berminat nak menyimpan emas waktu harga tengah turun ini. Pandangan saya :

1. Cari ilmu tentang emas, jangan beli emas sebab semua orang beli emas. Nanti kita akan lemas.

2. Sebaiknya jangan beli yang 1gram sahaja. Nilai upah dan susutnya lebih tinggi.

Ada duit himpun beli 10gram dan keatas atau belajar beli 1 dinnar sebagai permulaan.

3. Emas lebih baik tentunya emas 999 berbanding emas 916. Elakkan beli emas yang bercampur dengan emas putih. Ia tiada nilainya nanti.

4. Jika anda ingin menyimpan dan beli emas perhiasan. Baik lupakan saja, nilai susut emas perhiasan ini adakalanya sampai 30%! Ya, sebanyak itu. Jika nak menyimpan, belilah emas bar yang susut nilainya bawah 5%-10% waktu nak jual balik.Jika beli sebab sayangkan bini, itu cerita lain.

EMAS TENGAH MURAH

5. Emas bukan seperti saham, beli waktu rendah dan jual waktu tinggi. Emas kita himpun untuk penuhi matlamat kewangan kita.

“Saya himpun emas nie nak beli tanah kebun 5 ekar. Dah cukup jual beli kebun”

“Saya himpun emas ini untuk kahwin”. Dah cukup nilai hantaran . Maka kahwinlah

“Saya simpan emas nie sebab duit biasa selalu bocor”.

6. Menyimpan emas ini adalah ketagihan luar biasa, jika anda bermula menyimpan. Anda akan semakin sayang dan akan kekal menyimpan.

7. Emas adalah aset anti inflasi, ketika terjadinya inflasi harga emas juga akan meningkat.

8. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika tetiba harga turun kita tetap belum rugi sekali kita belum jual. Maka simpanlah emas dengan baik.

9. Jika anda beli dari syarikat A dan nak jual di Syarikat B, susut nilainya juga luar biasa tinggi. Anda akan terkejut nanti.

10. Fahami nilai perbezaan atau peratusan spread emas yang kita beli agar bila kita nak jual nanti kita tak rugi. Semakin kecil peratusan harga beli tolak harga jual, ia semakin baik.

Kesimpulannya, sebelum mahu membeli emas anda buatlah kajian dan ‘survey’ dahulu. jangan terlalu ikut orang jika anda tiada ilmu mengenai emas.

kredit: Azizul Azli Ahmad

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati