Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Loan Beli Rumah Untuk Berniaga Online?

Loan Beli Rumah
Berniaga Online Boleh Ke Buat Loan Beli Rumah?

Nak loan beli rumah? Ramai peniaga online mengeluh mereka tidak mampu untuk buat loan rumah atau apa sahaja loan dengan bank dengan alasan mereka tiada slip gaji dan caruman kwsp.Pemuda ini kongsi bagaimana dengan berniaga secara online tetapi mampu untuk membeli rumah, kereta dan sebagainya.

Berniaga Online Boleh Ke Buat Loan Beli Rumah?

loan beli rumah 1
loan beli rumah

Mari lihat perkongsian Hafizzy Aziz:

Ramai wasap tanya pasai camna nak beli rumah kalau berniaga sendiri ja, xdak slip gaji, epf kwsp xdak bagai. Senang. Ni banyak bani melayu x mau amik taw. Dengaq tax, gelabah bewak.

-Bagi yang belum mendaftar syarikat untuk perniagaan online perlu berbuat demikian dahulu agar perniagaan anda ini wujud di Malaysia dan pelanggan pun tidak menganggap anda scammer.

2. Akaun bank syarikat (current akaun)

 – Perlu wujudkan akaun bank Syarikat khas untuk perniagaan online anda. Jangan gunakan akaun peribadi anda kerana berkemungkinan akaun anda akan di block jika terlampau banyak sangat transaksi.

Binaan Pagar dan Tembok Ini Dapat Cantikkan Rumah Cikgu 17

3. Aliran duit sale harian kena aktif.

– Duit perniagaan perlu aktif keluar dan masuk di dalam akaun Syarikat. Kini semua transaksi secara online lebih mudah. Jika ada yang membayar secara cash, perlu masukkan duit tersebut ke dalam Bank.

4. Simpan segala resit-resit pembelian.

– Apa sahaja barang yang anda beli untuk perniagaan, resit perlulah disimpan untuk rujukan akan datang.

5. Upah akauntan bt akaun untung rugi. (setahun)

– Jika anda tidak pandai membuat akaun untung rugi, upah sahaja akauntan yang kini ramai berkhidmat secara online dan bayaran juga berpatutan.

6. Genap setahun, declare pendapatan anda di Lembaga Hasil.

– Ini sangat penting, inilah yang banyak membantu anda untuk mendapatkan kelulusan dari bank. Tidak perlu takut dengan income tax.

7. Itulah slip gaji anda wahai bani melayu.

8. Jangan dengki dengan rezeki orang lain.

9. Jangan malas.

Sapa kata buat meniaga online tidak boleh capai impian. Usaha mau kuat. Kena percaya Allah sungguh-sungguh. Abaikan suara-suara langau di sekeliling yang nak jatuhkan kita.

Semoga bermanfaat.Kredit : Hafizzy Aziz

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati