Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Banyak Jawatan MARA Januari 2025

Jawatan MARA Januari 2025
Pengambilan Banyak Jawatan MARA Januari 2025 3

Makluman terkini jawatan MARA Januari 2025! Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi membuka peluang kerjaya bagi anda yang berminat menyertai perkhidmatan awam pada Januari 2025. Ini adalah masa yang tepat untuk mengorak langkah dan merebut peluang jawatan kosong yang ditawarkan. Jika anda sedang mencari pekerjaan yang stabil, mempunyai prospek kerjaya yang cerah serta ingin berkhidmat untuk negara, inilah peluang terbaik untuk anda mohon dan sertai pasukan MARA.

Maklumat Jawatan MARA Januari 2025

Jawatan MARA Januari 2025

Berikut adalah senarai jawatan kosong MARA yang anda boleh mohon berdasarkan kelayakan serta minat anda:

  1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9
  2. Akauntan Gred WAS
  3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred ES
  4. Penolong Pegawai Latihan Gred ES
  5. Pembantu Makmal Gred C1
  6. Juruteknik Komputer Gred FT1
  7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
  8. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1
  9. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
  10. Pembantu Khidmat Am (Pembantu Operasi & Pemandu Kenderaan) Gred H1

Setiap jawatan mempunyai tanggungjawab, kelayakan serta skop kerja yang berbeza. Oleh itu, pastikan anda memilih jawatan yang bersesuaian dengan latar belakang pendidikan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.

Tempoh Permohonan Jawatan MARA Januari 2025

Untuk makluman semua pemohon, tempoh permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 2 Februari 2025. Sila rujuk iklan rasmi MARA untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh, syarat, serta prosedur yang tepat. Sebaiknya, buat permohonan anda dengan segera agar tidak terlepas peluang untuk mengisi kekosongan ini.

Syarat Mohon Jawatan MARA Januari 2025

MARA menetapkan beberapa syarat asas kelayakan bagi memastikan kualiti perkhidmatan awam sentiasa pada tahap terbaik. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Calon bagi lantikan di bilangan 1 hingga 4 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Calon bagi lantikan di bilangan 5 hingga 10 hendaklah lulus enam (6) mata pelajaran dengan dua (2) daripadanya di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) termasuk subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pastikan anda memenuhi kesemua syarat tersebut untuk memastikan permohonan anda dipertimbangkan.

Cara Mohon Jawatan MARA Januari 2025

Bagi anda yang berminat untuk memohon jawatan kosong ini, sila rujuk panduan di bawah:

  1. Hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja mengikut kelayakan yang dimiliki dan tepat dengan bidang yang diiklankan.
  2. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link rasmi yang disediakan berikut:
  3. Sebarang permohonan yang lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  4. Permohonan akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan didapati tidak tepat atau dimanipulasi. Pihak MARA akan melakukan semakan terperinci semasa hari temu duga.

Pastikan anda melengkapkan segala dokumen dan maklumat dengan betul sebelum menghantar permohonan. Bertindak segera supaya anda tidak terlepas peluang keemasan untuk berkhidmat bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Semoga berjaya dalam permohonan anda!

3 KOMEN

  1. Saya merupakan pelajar lepasan Diploma In Office Management dari Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar. Saya adalah fresh graduate pada bulan 12 tahun 2024. Di sini saya ingin memohon jawatan kosong bagi setiap jawatan yang saya telah senaraikan dibawah :

    1. Penolong Pegawai Latihan (Gred E5)
    2. Pembantu Makmal (Gred C1)
    3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N1) 4. Pembantu Setiausaha Pejabat (Gred N1)

  2. Saya merupakan pelajar lepasan Diploma In Office Management dari Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar. Saya adalah fresh graduate. Saya telah graduate pada bulan 12 tahun 2024. Di sini saya ingin memohon jawatan bagi Penolong Pegawai Latihan (Gred 5).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati