Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Masak Ungkep Simple dan Ringkas

ayam masak ungkep

Ayam masak ungkep adalah hidangan khas Indonesia yang dimasak dengan bumbu rempah yang kaya dengan rasa yang tersendiri. Proses pengungkepan atau dikenali sebagai proses menutup rapat ayam dengan rempah-ratus secara mendalam dapat menghasilkan rasa yang khas dan lazat.

Dalam perkongsian resepi pada hari ini, bumbu rempah seperti kunyit, ketumbar dan bawang merah digunakan untuk menciptakan cita rasa yang kaya dan menarik selera orang ramai.

Asal Usul Ayam Masak Ungkep

asal usul ayam masak ungkep 1

Sejarah Ayam Masak Ungkep

Asal-usul ayam masak ungkep berasal dari tradisi masakan jawa, Indonesia. Teknik memasak ungkep sendiri merupakan cara tradisional dalam memasak di Indonesia, di mana bumbu-bumbu dan remaph-rempah dibakar terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memasak, memberikan aroma dan rasa yang khas pada hidangan.

Ayam masak ungkep merupakan salah satu hidangan yang paling popular di mana daging ayam direndam dalam bumbu rempah dan kemudiannya dimasak dengan cara direbus atau digoreng.

Resepi Ayam Masak Ungkep Simple

ayam masak ungkep simple

Resepi di bawah ini adalah resepi yang amat mudah dan sangat ringkas untuk peminat ayam masak ungkep ni. Sediakan bahan-bahan terlebih dahulu dan ikuti sahaja langkah-langkah di bawah.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serbuk jintan manis
  • Cili padi
  • Halia
  • Serai
  • Ketumbar
  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Campur serbuk kunyit dan garam ke atas ayam yang telah dicuci bersih.
  2. Potong bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang telah dipotong tadi ke dalam pengisar dan kisar bahan-bahan hingga halus.
  4. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak untuk menumis bahan tumisan.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali.
  6. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan gaul rata.
  7. Masukkan ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam tadi ke dalam kuali bersama bahan-bahan tumisan.
  8. Masukkan sedikit air dan biarkan ayam masak selama 15 minit.
  9. Masukkan sedikit santan dan gaul hingga sebati.
  10. Masukkan garam, asam jawa dan gula.
  11. Hidangan siap.

Resepi Ayam Ungkep Goreng

ayam masak ungkep 3 bahan

Untuk mereka yang nak sediakan resepi ini tapi versi goreng, anda boleh ikuti bahan-bahan yang disediakan serta langkah penyediaan seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang putih
  • Minyak masak
  • 3 sudu makan air
  • Cili padi
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara penyediaan:

  1. Cuci ayam yang telah dipotong dengan air bersih kemudian masukkan serbuk kunyit, bawang putih, sedikit minyak dan air.
  2. Gaul hingga semua bahan yang dimasukkan mengenai ayam.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap dengan bahan-bahan tadi ke dalam kuali.
  4. Keluarkan ayam dari kuali.
  5. Panaskan kuali dan isikan minyak kemudian masukkan ayam tadi ke dalam.
  6. Angkat dan tapis minyak dari ayam tersebut.
  7. Masukkan bawang putih, cili padi, gula, garam dan ajinamoto ke dalam lesung.
  8. Lenyekkan bahan-bahan yang telah dimasukkan ke dalam lesung kemudian masukkan minyak panas ke dalamnya.
  9. Hidangan siap disajikan berserta sambal.

Resepi Ayam Masak Ungkep Ranggup

ayam ungkep ranggup

Berikut merupakan langkah penyediaan yang mudah untuk menghasilkan ayam masak ungkep yang ranggup memikat hati. Macam biasa, sediakan bahan-bahan terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ketumbar
  • Halia
  • Kunyit
  • Lengkuas
  • Garam
  • Lada hitam
  • Daun salam
  • Ajinamoto
  • Tepung gandum
  • Tepung tapioca
  • Garam
  • Kunyit
  • Ketumbar
  • Air secukupnya
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan bawang merah, bawang putih, ketumbar, halia, kunyit, lengkuas, garam, lada hitam, ajinamoto dan daun salam.
  2. Sediakan satu mangkuk berisi 5 sudu makan tepung gandum, 1/2 sudu makan tepung tapioca, garam, lada hitam, kunyit, ketumbar dan air yang secukupnya.
  3. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan ayam ke dalam bancuhan tepung tadi dan panaskan kuali.
  5. Masukkan minyak ke dalam kuali dan goreng ayam yang disalut tepung tadi.
  6. Tambahkan air ke dalam sisa bancuhan adunan tadi dan tuang ke dalam kuali yang berisi ayam.
  7. Angkat ayam setelah bertukar warna keemasan dan tapis minyak ayam.
  8. Hidangan siap untuk disajikan.

Sekian sahaja perkongsian menu pada hari ini dan diharapkan melalui penulisan ini anda semua mendapat manfaat dan jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Apa itu ayam masak ungkep?

Ayam masak ungkep adalah hidangan ayam yang dimasak dengan cara diungkep atau direbus dalam bumbu rempah yang kaya dengan rasa sehingga hasilnya sangat beraroma dan lazat.

Bagaimanakah cara membuat ayam masak ungkep ini?

Siapkan bumbu rempah yang terdiri daripada bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan rempah-rempah lainnya kemudian, ungkepkan atau perapkan rempah tersebut ke dalam ayam agar bumbunya meresap.

Apakah perbezaan ayam ungkep dan ayam goreng?

Perbezaan utamanya adalah cara masakan. Ayam ungkep dimasak dengan direbus atau di perap dalam bumbu manakala ayam goreng digoreng dalam minyak panas hingga bertukar kecoklatan.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk memasak ayam ungkep?

Masa yang diambil untuk memasak ayam ungkep adalah 45 minit hingga 1 jam.

Apakah bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan ayam masak ungkep?

Bahan-bahan utama untuk menghasilkan menu ini adalah ayam, bawang merah, bawang putih, halia, serai, garam, gula dan minyak.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati