Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Masak Halia Mudah dan Sedap

ayam masak halia

Ayam masak halia adalah salah satu hidangan khas Asia Tenggara yang terkenal dengan rasa yang menyegarkan haruman wangi berasal daripada halia. Dalam hidangan ini, potongan ayam dimasak dengan halia segar, bawang putih dan bahan-bahan lainnya yang mampu menghasilkan sajian yang lazat dan memikat selera.

Hidangan ini biasanya memiliki rasa pedas yang ringan dan sedikit manis serta diiringi dengan aroma halia. Hidangan ini sering disajikan dengan nasi putih hangat dan sayuran sebagai pelengkapnya. Dengan kombinasi yang sempurna antara bahan-bahan dan rempah membuatkan hidangan ini menjadi hidangan popular dan kegemaran ramai.

Resepi Ayam Masak Halia Goreng

aaym masak halia goreng

Tanpa membuang masa, marilah kita lihat resepi untuk menghasilkan hidangan ini di bawah. Mulakan dengan menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu.

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • Ayam
  • Kunyit
  • 2 ulas bawang putih yang dikisar
  • 1 inci halia yang dikisar
  • 1 inci halia yang dihiris
  • 3 ulas bawang putih yang dihiris
  • 1 biji cili merah yang dihiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak bijan
  • Daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam ke dalam mangkuk yang berisi ayam yang telah dicuci.
  2. Goreng ayam yang telah disalut dengan serbuk kunyit dengan minyak panas.
  3. Angkat ayam yang telah digoreng dan tapis minyak dari ayam tersebut.
  4. Masukkan bawang putih, halia, cili merah hiris dan sos tiram kemudian gaul sebati.
  5. Masukkan ayam goreng dan sedikit minyak bijan.
  6. Masukkan daun bawang dan gaul sebati.
  7. Hidangan siap.

Resepi Ayam Masak Halia Simple

ayam halia simple

Anda boleh cuba resepi di bawah ini sebab ia sangat mudah dan simple untuk disediakan. Hidangan ini juga boleh anda sediakan untuk menu makan malam bersama keluarga. Cara penyediaan amat mudah.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sos tiram pedas
  • Sedikit kicap manis
  • Air
  • Stok ayam
  • Gula
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Bawang holland
  • Daun bawang

Cara penyediaan:

  • Masukkan minyak masak dan panaskan minyak dalam kuali.
  • Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit air kemudian gaul.
  • Masukkan stok ayam, gula, bawang holland, cili besar dan cili padi.
  • Masukkan ayam yang telah dicuci bersih dengan air.
  • Hidangan siap untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Masak Halia Style Cina

resepi ayam halia cina

Di bawah ini merupakan resepi ayam masak halia style cina. Sesiapa yang berminat dengan masakan versi cina, boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih hiris halus
  • 4 cm halia hiris halus
  • Minyak masak
  • 1 dada ayam saiz besar
  • Kicap cair
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit garam
  • Air
  • Bawang holland
  • Daun bawang

Cara penyediaan:

  • Masukkan hirisan bawang putih dan hirisan halia ke dalam kuali.
  • Tumis hingga naik bau.
  • Perap ayam dengan sedikit kicap cair dan tepung jagung.
  • Masukkan ayam yang telah diperap bersama bahan-bahan yang telah ditumis dan tumis sehingga separuh masak.
  • Masukkan sos tiram, kicap cair, gula dan sedikit garam.
  • Tambahkan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan bawang holland dan daun bawang sebagai hiasan.
  • Hidangan siap.

Resepi Ayam Masak Halia Khairul Aming

ayam masak halia khairul aming

Untuk mereka yang sukakan resepi makanan dari Khairul Aming, anda mesti cuba resepi di bawah ini. Resepi dan cara penyediaan sangat mudah untuk diikuti. Bahan-bahan juga mudah untuk didapati. Tapi, kenalah sediakan bahan-bahan terlebih dahulu.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Sedikit garam
  • Sos tiram
  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit air
  • Halia
  • Pati ayam
  • Setengah sudu sos tiram
  • Gula
  • Cili
  • 3 sudu air tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih dengan air ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan sos tiram, garam dan minyak masak.
  3. Gaul ayam bersama bahan-bahan tadi.
  4. Masukkan ayam ke dalam air fryer dengan suhu 200 degree selama 20 minit.
  5. Masukkan sedikit minyak masak untuk menumis bawang merah dan bawang putih.
  6. Masukkan air dan halia.
  7. Masukkan pati ayam, setengah sudu sos tiram, gula, cili dan air dari tepung jagung untuk pekatkan kuah ayam.
  8. Tuang kuah di atas ayam yang telah dikeluarkan dari air fryer.
  9. Hidangan siap.

Demikianlah perkongsian resepi hari ini dan saya berharap para pembaca dapat menyediakan hidangan yang lazat ini di rumah. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Apakah langkah asas yang diperlukan untuk menghasilkan ayam masak halia ini?

Ayam masak halia adalah hidangan Melayu yang menggabungkan ayam dengan halia, bawang, bawang putih dan rempah-rempah lain. Resepi ini mempunyai banyak variasi tetapi ianya mumpu untuk menumis bawang-bawangan terlebih dahulu bersama halia kemudian memasukkan ayam dengan serai, cili dan ketumbar.

Bagaimanakah mengubah rasa ayam masak halia untuk menjadi pedas?

Untuk memberikan rasa pedas dalam hidangan ini, anda boleh menambahkan lebih banyak cili atau menggunakan jenis cili yang lebih pedas seperti cili padi. Anda juga boleh menambahkan lada hitam sesuai dengan selera anda.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk memasak ayam masak halia?

Masa memasak boleh berbeza bergantung dengan jumlah dan dan jenis daging yang digunakan seta kekuatan api. Secara umumnya. hidangan ini dimasak selama 30 hingga 40 minit.

Bolehkah saya menggunakan daging lain untuk memasak menu ini?

Ya, anda boleh menggantikan jenis daging ayam dengan daging lain seperti lembu, kambing mahupun seafood. Waktu memasak dan cara penyediaan mungkin berbeza berdasarkan jenis daging yang digunakan.

Adakah versi vegetarian untuk menu ini?

Anda boleh menggantikan daging dengan tauhu, tempeh dan jenis protein lain jika anda seorang vegan. Anda boleh menyediakan bahan kuah dengan halia, bawang dan rempah-rempah lain yang tidak berasaskan produk haiwan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati