Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Kosong KTMB Mei 2024

JAWATAN KOSONG KTMB MEI 2024

Keretapi Tanah Melayu (KTMB) adalah merupakan sebuah syarikat keretapi kebangsaan yang bertanggungjawab bagi perjalanan keretapi dalam negara .KTMB kini sedang membuka jawatan kosong KTMB Mei 2024 bagi permohonan oleh para calon yang berminat.

Dengan pemberitahuan jawatan kosong KTMB Mei 2024 ini menyeru kepada para calon untuk memulakan kerjaya dibawah syarikat Kebangsaan yang berfungsi dalam bidang pengankutan. Calon juga dapat merasai sesuatu yang baharu sekiranya diterima permohonan. Rujuk beberapa perkara dan isi lengkap berkenaan syarat-syarat, iklan jawatan kosong dan panduan membuat permohonan secara atas talian.

Berkenaan Jawatan Kosong KTMB Mei 2024

Keretapi Tanah Melayu (KTMB) kini mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan, bersemangat dan mempunyai kemahiran untuk berkhidmat di HQ KTMB dan beberapa lokasi bagi jawatan berikut:

  • JURUTEKNIK (GRED: J07G10)
  • TECHNICAL ASSISTANT (JOB GRADE: J05AG07)
  • JURUTEKNIK (PUSAT KAWALAN ELEKTRIK) (GRED: J07G10)
  • JURUTEKNIK (GRED: J07G10)
  • OPERATOR JENTERA BERAT LANDASAN (GRED: R08G12)
  • TUKANG K2/MEKANIK (JURUELEKTRIK TALIAN ATAS/BEKALAN KUASA) (GRED R06G12)
  • JURUTEKNIK UKUR & PELAN (GRED: J07G10)
  • ENGINEER (NETWORK SYSTEM) (JOB GRADE: J03G05)

Dibawah adalah merupakan maklumat dan keperluan jawatan dalam bentuk jadual seperti berikut:

PerkaraMaklumat
Kelayakan AkademikMinimum – Diploma
Maksimum – Ijazah
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Lokasi dan Kekosongan– JABATAN SEMBOYAN & KOMUNIKASI
(UNIT ATP)
– JABATAN ELEKTRIFIKASI
– JABATAN KEJURUTERAAN LANDASAN
– SIGNALLING & COMMUNICATION DEPARTMENT
(COMMUNICATION UNIT, HQ & BKT MERTAJAM)
– JABATAN KEJURUTERAAN LANDASAN

Tarikh Permohonan Jawatan Kosong KTMB Mei 2024

JAWATAN KOSONG KTMB MEI 2024

Untuk pengetahuan semua pihak, boleh mohon bermula hari ini dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 19 Mei 2024. Selain itu, diminta kepada para calon untuk segera membuat permohonan dan mengikuti kaedah permohonan yang betul.

Mohon ambil perhatian juga berkaitan senarai tugas dan syarat kelayakan permohonan jawatan yang ditetapkan oleh pihak KTMB.

Tugasan Kerja Bagi Jawatan Kosong KTMB Mei 2024

Berikut adalah merupakan senarai tugas kerja untuk jawatan bagi jawatan kosong KTMB Mei 2024:

  • JURUTEKNIK (GRED: J07G10)
    • Merekod, mengemaskini dan mendaftar inventori peralatan KTMB.
    • Menyediakan dokumen lengkap berkaitan aktiviti penyenggaraan seperti penyediaan laporan aktiviti harian, mingguan dan bulanan atau yang berkaitan.
  • TECHNICAL ASSISTANT (JOB GRADE: J05AG07)
    • To plan, supervise and monitor Overhead Catenary System (OCS)/ Power Supply (PS)/ Store and Machinery maintenance activity including routine or corrective maintenance.
    • To ensure OCS/ PS/ Machinery maintenance is being done according to technical
      specifications, requirements and safe for train operation.
    • To ensure all safety procedures are strictly being followed by all supervision while
      working close to or adjacent to Electrification System.
  • JURUTEKNIK (PUSAT KAWALAN ELEKTRIK) (GRED: J07G10)
    • Memastikan Sistem SCADA sentiasa berfungsi dalam keadaan baik.
    • Membantu Pembantu Teknik ECC untuk kerja-kerja pensuisan.
    • Mengendalikan proses Sekatan Kepada Tren Elektrik dan pengasingan.
  • JURUTEKNIK (GRED: J07G10)
    • Menyediakan satu sistem kerja yang selamat.
    • Mengatur kerja Pemilikan Landasan.
    • Bersedia untuk kerja kerja kecemasan.
  • OPERATOR JENTERA BERAT LANDASAN (GRED: R08G12)
    • Mengendali jentera penyenggaraan Sistem Elektrifikasi yang berteknologi tinggi dengan cekap dan mengutamakan keselamatan.
    • Membuat pemeriksaan harian, mingguan dan berjadual bagi kelancaran kerja
      dan jentera.
  • TUKANG K2/MEKANIK (JURUELEKTRIK TALIAN ATAS/BEKALAN KUASA) (GRED R06G12)
    • Memasang / menyenggara serta menguji peralatan Sistem Elektrifikasi bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.
    • Membantu Juruteknik menjalankan kerja-kerja pensuisan untuk aktiviti pengasingan bekalan kuasa elektrik Sistem Elektrifikasi 25kV.
  • JURUTEKNIK UKUR & PELAN (GRED: J07G10)
    • Melukis dan menyediakan Lukisan Kejuruteraan dengan menggunakan perisian AutoCad, PowerPoint dan yang berkaitan.
    • Melaksanakan kerja ukur aras dan pemprosesan data.
  • ENGINEER (NETWORK SYSTEM) (JOB GRADE: J03G05)
    • Design and deploy functional networks (LAN, WLAN, WAN).
    • Configure and install software, servers, routers and other network devices.

Senarai tugas ini telah disediakan oleh pihak KTMB sendiri. Oleh itu, para calon perlu tahu berkaitan tugasan kerja yang diberikan.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan KTMB

Untuk para pemohon yang berminat dalam mengemukakan permohonan jawatan kosong KTMB Mei 2024, anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan permohonan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur lebih 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mempunyai kelayakan akademik bermula dari Diploma dan Ijazah.
  • Mahir dalam bidang pengurusan, kejuruteraan dan lain-lain.

Rujukan Info Penuh Bagi Iklan Jawatan Kosong

Mohon kepada para pemohon mengambil perhatian berkenaan makluman rasmi daripada pihak KTMB berkenaan tawaran kerja kosong yang diumumkan melalui laman rasmi KTMB. Bagi para pemohon, anda boleh membuat semakan lebih lanjut dan terperinci melalui rujukan pautan dibawah:

Cara Mohon Jawatan Kosong KTMB

Permohonan hendaklah dibuat melalui LINK E-Recruitment KTMB tidak lewat dari 19 Mei 2024 Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Unit Perancangan & Pengambilan Bakat, Jabatan Modal Insan Keretapi Tanah Melayu Berhad di talian 03-2263 1273/1137.

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati