Anemia adalah salah satu penyakit gangguan darah. Hal ini kerana, dengan kurangnya jumlah sel darah merah dalam badan manusia.
Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit kurang darah. Penyakit kurang darah dengan penyakit darah rendah adalah dua penyakit yang berlainan.
Berkenaan Anemia serta Cara Merawat Penyakit Anemia
Isi Kandungan
Apakah Itu Anemia?
Anemia ialah keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah didalam saluran darah. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil sebagai hemoglobin. Protein ini membantu sel-sel darah merah membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan manusia.
Jika tubuh kekurangan kandungan zat besi dari makanan, hemoglobin akan terganggu. Oleh itu, paras hemoglobin yang normal bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL.
Punca-Punca Penyakit Anemia
- Kehilangan Darah – Kehilangan darah boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan penggantian darah. Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan keadaan lain.
- Kekurangan penghasilan sel darah merah didalam sum-sum tulang. Ini mungkin disebabkan oleh:
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin. Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi. Kemusnahan sel darah merah yang berlebihan yang mungkin berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
- Kekurangan Nutrien – Selain protein, beberapa mikronutrien lain seperti zat besi, vitamin C, vitamin E, vitamin B12, vitamin B6, Kuprum, Riboflavin, dan asid folik adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah dan haemoglobin. Kekurangan salah satu daripada nutrien ini boleh menyebabkan anemia.
Penerangan Tentang Penyakit Anemia
Simptom Anemia yang Serius
- Warna putih pada bagian dalam kelopak mata bawah
- Kuku jari kaki dan tangan rapuh
- Mempunyai keinginan makan makanan yang tidak berkhasiat
- Berasa pening apabila berdiri
- Warna kulit pucat
- Sesak nafas
Jenis-Jenis Anemia
1. Kekurangan Zat Besi – Kekurangan zat besi umumnya disebabkan oleh kekurangan serapan zat dari makanan yang berkhasiat atau akibat daripada kemalangan yang menyebabkan pendarahan sehingga zat besi yang tersedia ada didalam badan turut keluar bersama darah.
2. Kekurangan Vitamin – Vitamin seperti vitamin B2, B9 atau folat dan vitamin C
3. Anemia Aplastik – Keadaan ini terjadi apabila badan berhenti untuk memproses sel darah merah baru yang sihat. Hal ini disebabkan oleh kerosakan atau kelainan pada sum-sum tulang anda. Kerosakan pada sum-sum tulang akan melambatkan atau mematikan proses pengeluaran sel darah merah yang baru.
4. Anemia Sel Sabit – Anemia jenis ini disebabkan oleh keturunan. Hal ini disebabkan oleh kerosakan genetik pada gen pembentuk hemoglobin dalam darah anda.
5. Thalasemia – Ia juga termasuk dalam salah satu jenis anemia yang berpunca daripada keluarga. Thalasemia terjad apabila tubuh membentuk hemoglobin yang tidak normal. Akibatnya, sel-sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak dapat membawa oksigen yang cukup ke seluruh badan.
6. Anemia Kekurangan Glukosa-6 Fosfat Dehidrogen (G6PD) – Terjadi ketika sel-sel darah merah kehilangan enzim penting yang disebut sebagai G6PD. Hal ini akan menyebabkan sel-sel darah merah pecah dan mati ketika bersentuhan dengan zat-zat tertentu didalam aliran darah. Ini juga termasuk dalam jenis kekurangan darah yang disebabkan oleh keturunan.
7. Anemia Hemolitik Autoimun (AHA) – Penyakit kurang darah akibat dari proses penghancuran sel darah merah yang lebih cepat daripada proses pembentukannya. Penyakit ini memerlukan tindakan dengan segera supaya tidak berlakunya masalah pada jantung seperti gangguan degupan jantung atau jantung gagal untuk berfungsi.
8. Anemia Sideroblastik – Jenis ini disebabkan oleh lebigan zat besi. Selain itu, ia juga disebabkan oleh sum-sum tulang yang mengeluarkan sel-sel darah berbentuk cincin bukan seperti sel-sel darah yang berbentuk cakram iaitu sel darah yang normal dan sihat yang juga dikenali sebagai eritrosit.
Cara Mengatasi Anemia
Risiko untuk kekurangan zat besi boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi. Selain itu, digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.
Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk :
- Ayam
- Kekacang seperti kacang merah dan kacang pea
- Ikan
- Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi)
- Jem kacang
- Kacang soya
- Roti
- Oat
- Kismis
- Sayuran hijau seperti bayam
Ubat Anemia paling Berkesan
Antara cadangan ubat tambah darah selain daripada melalui makanan yang berkhasiat ialah
- Sangobion
- Etabion
- Tonik Durol
- Nature’s Plus Iron
Soalan FAQs Tentang Anemia
Adakah Bahaya Penyakit Anemia?
Jika anemia sangat teruk, ia akan menyebabkan :
– Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
– Masalah semasa mengandung seperti kelahiran pramatang dan kerencatan pertumbuhan janin di dalam kandungan.
Mengapakah Sel Darah Merah Kurang?
Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.
Adakah Penyakit Anemia Boleh Membawa Maut?
Jika dibiarkan tanpa rawatan, boleh menimbulkan pelbagai komplikasi yang akan diakhiri dengan kematian.
Apakah Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Anemia?
Makanan tenusu dan makanan yang kaya dengan tanin (seperti kopi, teh, dan coklat) harus dihadkan kerana ia boleh mengganggu proses penyerapan zat besi.
Adakah Anemia itu Kanser?
Anemia boleh menjadi gejala kanser darah.