Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa

10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 12

Hai korang! Bila tiba bulan puasa, sudah tentu minuman sejuk menjadi pilihan ramai dirumah tambahan pula seharian cuaca panas terik. Anda mesti nak minum air yang menyegarkan tekak kan? Setelah seharian menahan dahaga, nikmatnya kalau dapat minum air sejuk-sejuk!

Resepi air viral, sudah satu kemestian untuk rasa minuman itu bila hendak berbuka. Bagaimana dengan korang? Jangan risau kalau di bazaar ramadhan tiada. Korang boleh buat sendiri air minuman viral khas untuk berbuka puasa. Lagi puashati, boleh buat lebih dan boleh minum lebih. Tapi jangan lupa jaga kesihatan ya. Kurangkan manis.

Jom cuba 10 resipi air viral untuk berbuka puasa yang sejuk, menyegarkan dan mudah untuk dibuat ini. Memang puas hati kalau dapat minum berbuka nanti.

Resepi Air Viral Untuk Berbuka

1. Air Sirap Bandung Soda Cincau

10 Resepi Air Viral 5
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 13

Bahan-bahan:

  • Cincau
  • Aiskrim soda (air gas)
  • Susu cair
  • Sirap
  • Ais

Cara-cara:

  1. Potong cincau ikut suka.
  2. Masukkan aiskrim soda.
  3. Masukkan susu cair sambil kacau taknak bagi dia berketul berbintik-bintik.
  4. Masukkan ais, masukkan sirap dan kacau2 sebati.
  5. Siap untuk diminum! Tunggu waktu berbuka dulu..

2. Jus Tembikai Susu

10 Resepi Air Viral 3
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 14

Bahan-bahan:

  • Tembikai – separuh
  • Susu pekat – setengah tin
  • Air panas
  • Air suam
  • Ais

Cara-cara:

  1. Tembikai separuh.
  2. Kisarkan tembikai, letakkan air sedikit.
  3. Dah siap tuangkan dalam jug.
  4. Bancuhkan susu pekat setengah tin dengan air panas. Kemudian campurkan dalam air tembikai tadi.
  5. Dah siap tambah kan dengan air suam sikit.
  6. Siap! Cantik kan kejadiannya.

3. Cha Bang Ang

10 Resepi Air Viral 4
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 15

Bahan-bahan:

  • setengah cawan gula merah
  • air
  • susu cair
  • susu segar
  • susu pekat manis
  • ais
  • cincau
  • biji selasih

Cara-cara:

  1. Panaskan setengah cawan gula merah dengan 1 cawan air kacau sampai mendidih.
  2. Kemudian campurkan 1 tin susu cair 1 tin fresh milk dan 3 sudu susu pekat manis.
  3. Masukkan ais dan tuang sirap gula merah, cincau dan biji selasih. Lepas itu baru kita tuang adunan susu. Siap! Minum sejuk-sejuk.

4. Laici Lemonade

10 Resepi Air Viral 6
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 16

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici 
  • lemon
  • madu
  • daun pudina
  • air
  • ais

Cara-cara:

  1. Campurkan 1 tin laici dan airnya, perah lemon dan masukkan potongan lemon.
  2. Letakkn air campuran madu, letak daun pudina, dan masukkn air kosong beserta ais. Sedia untuk dihidang.

5. Jagung Susu

10 Resepi Air Viral 7
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 17

Bahan-bahan:

  • air
  • kordial jagung
  • jagung tin
  • susu cair
  • sirap
  • garam
  • Optional- aiskrim vanila

Cara-cara:

  1. Masukkan 1 cawan air ke dalam pengisar.
  2. Masukkan 1 sudu kordial jagung, 3 sudu jagung dalam tin, setengah cawan susu cair.
  3. Masukkan garam sikit dan sedikit sirap nak bagi pekat warnanya. Optional letak 1 scoop aiskrim vanila dekat atas.

6. Koktel Buah Naga

10 Resepi Air Viral 8
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 18

Bahan-bahan:

  • buah naga
  • susu pekat
  • air laici
  • biji selasih
  • ais
  • susu cair

Cara-cara:

  1. Letak 2 3 sudu susu pekat kacau smpi sebati, masuk air laicidan buah naga, boleh tambah biji selasih kalau nak.
  2. Masukkan ais dan 1 tin susu cair.

7. Thai Green Tea Cincau

10 Resepi Air Viral 9
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 19

Bahan-bahan:

  • thai green tea
  • air panas
  • coffe creamer
  • pekat manis
  • ais
  • susu cair
  • Optional- cincau

Cara-cara:

  1. 4 sudu thai green tea + 1 cawan air panas dan biarkan sehingga kembang selama beberapa minit.
  2. Tapis dan 1 sudu coffe creamer dan 5 sudu susu pekat manis.
  3. Tuangkn ais dalam cawan lepastu tuang adunan green tea dan diikuti susu cair. Optional suka tambah cincau. Siap!

8. Coconut Shake Gula Melaka

10 Resepi Air Viral 10
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 20

Bahan-bahan:

  • air kelapa
  • susu
  • ais
  • aiskrim gula melaka
  • syrup caremel

Cara-cara:

  1. Kisar air kelapa, susu, ais dan aiskrim gula melaka sampai hancur dan hidang.
  2. Letak 1 scoop aiskrim gula melaka dan syrup caremel optional dan sedia utk dihidang.

9. Air Tembikai Lemon Laici

10 Resepi Air Viral 11
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 21

Bahan-bahan:

  • 1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
  • 1 tin laici
  • 1 botol air lemon houseboom

Cara-cara:

  1. Tak gunakan gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
  2. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
  3. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.

10. Air Laici Susu

10 Resepi Air Viral 12
10 Resepi Air Viral Di Bulan Puasa Untuk Berbuka Puasa 22

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair atau susu sejat
  • air gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • ais batu secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam jug, jika suka boleh letakkan sedikit biji selasih
  2. Hidangkan dingin

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati