Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Kuih Bahulu Simple dan Lembut

Kuih bahulu
Resepi Kuih Bahulu

Kuih bahulu adalah salah satu kuih tradisional yang tidak pernah lekang ditelan zaman. Popular di kalangan masyarakat Melayu, kuih ini tidak hanya menawan lidah tetapi juga menghidupkan nostalgia pada zaman dahulu. Kekayaan rasa dan keunikan rekaan kuih ini menjadikannya antara kuih paling dinanti-nantikan di pelbagai majlis dan perayaan.

Asal-usul ini turut melahirkan pelbagai cerita dan memori yang memperkukuhkan lagi status dan keisitimewan. Penulisan hari ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang sejarah kuih bahulu, variasi kuih ini serta cara penghasilannya. Kuih ini tentunya mempunyai makna sehingga ia terkenal di rantau Asia Tenggara khususnya di Malaysia.

Dari teknik pembuatan tradisional hinggalah teknik dan variasi moden, kita dapat melihat bagaimana kuih ini terus berkembang dan masih lagi menjadi antara kuih tradisional yang digemari ramai.

Asal Usul Kuih Bahulu

sejarah kuih bahulu

Asal-usul kuih bahulu ini telah lama diperdebatkan namun ianya dipercayai telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka di Asia Tenggara. Kuih ini kemudiaanya menjadi popular dan tersebar luas di kalangan masyarakat Melayu.

Ia tidak hanya menjadi hidangan lazim semasa perayaan tetapi juga menjadi hidangan istimewa semasa bertemu keluarga atau menjemput tamu mahupun minum petang. Tahukah anda bahawa kuih ini juga menjadi produk yang penting semasa zaman pemerintahan Empayar Melaka?

Kuih ini dijadikan sebagai hadiah atau barang dagangan antara pedagang dari pelbagai bangsa dan budaya yang datang ke pelabuhan Melaka. Sejak dari situlah, kuih tradisional ini terus berkembang dan menjadi sebahagian daripada warisan seni makanan yang penting di rantau Asia Tenggara.

Resepi Kuih Bahulu Pandan

bahulu pandan 1

Gambar di atas merujuk kepada variasi daripada kuih bahulu yang dihidangkan dengan aroma dan rasa pandan yang segar. Daun pandan atau pewarna perisa pandan yang dicampurkan ke dalam adunan kuih menjadikan kuih ini berwarna hijau lembut yang memikat perhatian dan aroma khas yang membangkitkan selera.

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara menghasilkannya:

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 1 mangkuk gula
  • 1 telur ayam
  • 1 sudu kecil esen pandan
  • Sedikit pewarna hijau

Cara pembuatan:

  1. Pukul semua bahan kecuali tepung sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul dengan rata.
  3. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar dengan suhu 190 C selama 15 minit.
  4. Kuih siap untuk dihidangkan.

Resepi Kuih Bahulu Tradisional

kuih bahulu tradisional

Menu yang satu ini merupakan resepi tradisional yang tidak diubah dari zaman dulu di mana tidak ada perisa tambahan yang diletakkan atau dicampurkan di dalam adunan kuih tersebut. Ianya hanya menggunakan tepung dan bahan-bahan yang penting sahaja kemudiannya dihidangkan bersama teh atau kopi panas semasa jamuan minum petang.

Tanpa melengahkan masa, saya sediakan bahan-bahan untuk membuat kuih ini beserta langkah-langkah menghasilkannya yang mudah dan amat ringkas. Sesiapa sahaja boleh mencubanya di rumah!

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula
  • Esen vanilla
  • 1 cawan tepung

Cara penyediaan:

  1. Masukkan 5 biji telur dan 1 cawan gula ke dalam mixing bowl kemudian pukul hingga gebu.
  2. Masukkan esen vanilla ke dalam campuran telur tadi.
  3. Masukkan 1 cawan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.
  4. Sapu minyak ke dalam acuan kemudian panaskan acuan selama 10 minit.
  5. Tuang adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan.
  6. Bakar selama 15 hingga 20 minit.
  7. Keluarkan bahulu dari acuan.
  8. Sedia untuk dimakan.

Resepi Kuih Bahulu Biscoff

bahulu pandan

Menu yang berikutnya adalah versi moden yang telah diubah untuk memenuhi kehendak pasaran dan memperkenalkan lagi kuih ini dengan variasi yang menarik. Perisa Biscoff yang terkenal dengan rasa kacang dan krim biskut memberikan lagi rasa yang manis kepada adunan kuih ini. Kombinasi antara kacang dengan karamel menghasilkan padanan yang memuaskan bagi pencinta makanan manis.

Bahan-bahan:

  • 200g gula castor
  • 4 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Biscoff spread secukupnya

Cara Pembuatan:

  1. Masukkan 4 biji telur dan pukul hingga naik buih.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi.
  3. Masukkan tepung gandum dan ayak tepung tersebut.
  4. Gaul adunan dan masukkan perisa vanila.
  5. Sapukan sedikit minyak ke dalam acuan dan panaskan acuan.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan campurkan biscoff spread sebagai inti.
  7. Bakar adunan pada suhu 180 degree selama 15 hingga 20 minit.
  8. Keluarkan kuih dari acuan menggunakan lidi.
  9. Kuih siap untuk dihidangkan.

Sekian penulisan kali ini. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.

Apakah itu kuih bahulu?

Kuih bahulu adalah sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lain. Ia dibuat daripada campuran tepung, telur, gula dan bahan-bahan lain yang dibakar dalam acuan khas.

Bagaimanakah cara membuat kuih bahulu?

Proses pembuatan kuih bahulu melibatkan proses memukul telur dan gula hingga kembang kemudian dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam acuan bahulu yang dipanaskan terlebih dahulu dan dibakar sehingga kekuningan.

Apakah variasi moden kuih bahulu?

Kuih bahulu mempunyai pelbagai variasi rasa termasuklah tradisional seperti rasa vanila dan pandan serta inovasi moden seperti coklat, keju, karamel dan biscoff. Beberapa kuih bahulu juga diisi dengan kacang dan coklat.

Bagaimanakah menjaga kualiti kuih bahulu?

Ia perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau pembungkusan plastik yang rapat untuk mengelakkan kuih menjadi lemau. Kuih bahulu boleh disimpan pada suhu bilik selama beberapa hari atau dalam peti sejuk agar tahan lama.

Adakah kuih bahulu sesuai untuk disajikan dalam majlis atau perayaan?

Ya kerana ianya amat dinanti-nantikan semasa Hari Raya, perkahwinan dan sambutan tradisional lain. Ia juga dianggap sebagai simbol kegembiraan dan kemakmuran dalam budaya Melayu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati