Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Penyet Sedap dan Simple

Ayam Penyet
Resepi Ayam Penyet

Merupakan sebagai salah satu hidangan kegemaran di Indonesia, ayam penyet telah menjadi pilihan utama bagi orang ramai yang menyukai hidangan yang pedas dan lazat. Dengan rasa yang khas dan tesktur yang ranggup, ayam penyet telah menjadi simbol dalam dunia makanan terutamanya di Indonesia.

Dalam perkongsian menu hari ini, saya akan menjelaskan tentang asal usul ayam penyet, bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dan cara menyediakan sajian yang memukau selera ini.

Sejarah Ayam Penyet

sejarah ayam penyet
Sejarah Ayam Penyet

Walaupun tidak ada bukti kuat yang mencatat tentang sejarah ayam penyet ini namun hidangan ini diyakini berasal daripada Jawa Tengah atau Jawa Timur di Indonesia. Pada awalnya, ayam penyet mungkin hanya bermula sebagai ayam goreng biasa sahaja namun keunikan hidangan ini terletakn pada proses penyetan yang memberikan tekstur dan rasa yang berbeza dari ayam lainnya.

Pada awalnya, proses penyetan dilakukan dengan cara manual iaitu dengan menggunakan lesung batu atau alat khusus lainnya untuk menghancurkan daging ayam goreng sehingga lembut. Teknik ini dilakukan bagi memastikan bumbu dan sambal meresap dengan baik ke dalam daging ayam. Hidangan ini kemudiannya menjadi popular di warung-warung makan di berbagai kota di Indonesia dan akhirnya menyebar ke berbagai negara di Asia Tenggara.

Seiring dengan peredaran waktu, ayam penyet telah menjadi salah satu hidangan utama di Indonesia dan dikenali secara meluas di pentas dunia. Keunikan rasa, tekstur dan sambal pedasnya membuatkan ayam penyet menjadi pilihan yang terkenal di kalangan pencinta makanan Indonesia dan penggemar makanan pedas.

Resepi Ayam Penyet Indonesia

ayam penyet indo
Resepi Ayam Penyet Indonesia

Tanpa membuang masa, saya akan kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan ayam penyet Indonesia yang mudah untuk dipelajari. Walaupun langkah penyediaan banyak namun hasilnya lumayan.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 2 inci kunyit hidup
  • Setengah inci lengkuas
  • Seinci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil biji jintan manis
  • 1 sudu kecil biji jintan putih
  • Tauhu
  • Tempeh
  • 5 tangkai cili merah yang dikisar kasar
  • 3 ulas bawang putih yang telah dipotong dua
  • 10 tangkai cili padi
  • 5 biji bawang merah yang dibelah empat
  • 2 biji belacan
  • Sebiji tomato dibelah empat

Cara Penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan sehingga lumat dan masukkan sedikit air.
  2. Potong ayam yang telah dicuci bersih.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar dan gaul rata bersama ayam.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
  5. Masukkan ayam dan rempah perapan ke dalam periuk dan masak selama 30 minit menggunakan api yang kecil.
  6. Masukkan sebatang serai dan sehelai daun limau purut dan daun salam.
  7. Masukkan sedikit air kemudian tutup periuk.
  8. Setelah beberapa minit, balikkan ayam agar rempah menyerap dengan sekata.
  9. Tutup kembali periuk.
  10. Angkat dan biarkan ayam sejuk.
  11. Potong tempeh dan tauhu kepada kepingan kecil kemudian masukkan ke dalam kuali sama yang digunakan untuk ayam tadi.
  12. Tutup periuk dan masak selama 20 minit di atas api kecil.
  13. Keluarkan tempeh dan tauhu dari kuali.
  14. Tapiskan kuah perahan dan masukkan 8 sudu besar tepung beras ke dalam kuah perapan.
  15. Masukkan sebiji telur dan gaul rata.
  16. Celupan ayam ke dalam bancuhan tepung.
  17. Goreng ayam sehingga lapisan luarnya garing.
  18. Angkat ayam dan tapiskan minyak.
  19. Celupkan tauhu dan tempeh ke dalam bancuhan tepung kemudian goreng sehingga garing.
  20. Angkat tauhu dan tempeh kemudian tapis.
  21. Gorengkan lebihan bancuhan tepung untuk menghasilkan kerak kriuk yang ranggup.
  22. Angkat dan tapis minyak.
  23. Tekan atau penyetkan ayam menggunakan batu lesung.
  24. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan cili merah, bawang putih, cili padi, bawang merah, belacan dan tomato sehingga semua bahan layu di atas api yang kecil.
  25. Angkat dan tapis minyak daripada sambal.
  26. Masukkan secubit garam ke dalam batu lesung kemudian masukkan bahan tumisan tadi.
  27. Lenyekkan sehingga lumat.
  28. Masukkan satu sudu gula merah ke dalam bahan tumisan tadi.
  29. Masukkan perahan jus limau nipis atau limau kasturi kemudian gaul hingga sebati.
  30. Hidangan siap.

Resepi Ayam Penyet Sambal Hijau

ayam penyet sambal hijau

Untuk penggemar sambal hijau, resepi ini amat sesuai untuk anda hidangkan untuk diri sendiri mahupun keluarga dan rakan. Ayam penyet sangat sesuai untuk disajikan dengan apa jua jenis sambal dan sambal hijau merupakan salah satu daripada kombinasi yang terbaik.

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara penyediaan untuk menghasilkan ayam penyet yang enak dan menjilat jari.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Minyak masak
  • 10 biji cili hijau besar
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil ajinamoto
  • 1 sudu kecil gula pasir

Langkah-langkah:

  1. Panaskan kuali dan tuang minyak kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih.
  2. Goreng ayam dan tunggu sehingga ayam bertukar warna coklat keemasan.
  3. Tumis bawang sehingga layu kemudian tapis minyak yang tersisa.
  4. Goreng lada hijau besar dan cili padi hijau di atas api kecil kemudian tapiskan minyak.
  5. Campurkan lada yang telah digoreng bersama dengan bawang yang telah ditumis.
  6. Masukkan garam, ajinamoto dan gula pasir ke dalam campuran lada dan bawang tadi.
  7. Masukkan sedikit minyak ke campuran lada tadi.
  8. Kemudian lenyekkan campuran lada hingga halus dan masukkan ayam yang telah digoreng.
  9. Penyetkan ayam yang telah digoreng bersama campuran lada hijau.
  10. Hidangan sedia untuk dinikmati.

Berakhirlah perkongsian saya pada hari ini, saya berharap anda semua mempelajari hal yang baru hari ini. Sekarang, anda juga boleh memasak ayam penyet sendiri di rumah bersama keluarga. Jangan lupa kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan.

Darimanakah datangnya ayam penyet?

Ayam penyet berasal dari Indonesia terutamanya di daerah Jawa Timur. Ia merupakan hidangan terkenal di kalangan masyarakat Indonesia dan kemudiannya tersebar ke seluruh negara-negara lain seperti Malaysia dan Singapura.

Apakah keistimewaan ayam penyet?

Ayam penyet mempunyai ciri khas dari segi kulit ayam yang dipenyetkan sehingga menjadi garing sambil diperap dengan rempah-rempah untuk memberikan cita rasa yang kaya dan lazat. Selain itu, ianya juga sering disajikan dengan sambal pedas yang menambahkan lagi kelazatan hidangan ini.

Bagaimanakah cara yang betul untuk menikmati ayam penyet?

Mulakan dengan memakan potongan ayam yang lembut dan garing kemudian ambil sambal pedas yang secukupnya dan makan dengan nasi putih yang panas.

Apakah bahan utama yang digunakan dalam pembuatan ayam penyet?

Bahan utama dalam pembuatan ayam penyet ialah ayam, tepung gandum dan rempah seperti kunyit, lengkuas dan serai serta minyak untuk menggoreng. Sambal pedas juga merupakan komponen yang penting untuk menikmati hidangan ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati