Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lafaz Zikir Hari Jumaat dan Selawat Nabi serta Fadhilatnya

zikir hari jumaat
Lafaz Zikir Hari Jumaat dan Selawat Nabi serta Fadhilatnya 4

Tahukah anda tentang zikir hari Jumaat yang afdal dibaca? Hari Jumaat adalah hari yang berlakunya hari kiamat dan sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau pada malamnya, Allah SWT catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid. Justeru itu, dalam artikel ini penulis akan menerangkan zikir yang boleh anda amalkan pada hari Jumaat nanti, dan fadhilat mengamalkan zikir tersebut bersama-sama selawat Nabi.

Apakah Zikir Hari Jumaat?

Zikir hari Jumaat adalah zikir harian yang boleh dilakukan pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah hari yang mempunyai kemuliaan dan keistimewaan tersendiri. Hari Jumaat dikenali dengan panggilan Saiyyidul Ayyam yang bermaksud penghulu bagi segala hari. Zikir pada hari Jumaat yang boleh dilakukan adalah menyebut ‘Ya Allah’ sebanyak 1000 kali diikuti selawat ke atas Nabi 1000 kali. Anda boleh membahagikan 1000x kali zikir dan selawat nabi kepada 5 kali zikir selepas waktu solat. Setiap kali selepas solat pada hari Jumaat anda zikir 200 kali ‘Ya Allah’ dan 200 kali selawat ke atas Nabi.

Berdasarkan hadis berikut daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

خير يوم طلعت عليه الشمس يوم الجمعة. فيه خلق آدم و فيه أدخل الجَنَّةَ و فيه أخرج منها و فيه ساعة لا يوافقها عبد مسلم و هو قائم يصلى يسأل الله تعالى شيئا إلا أعطاه إياه


Maksudnya: Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam Syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut (Hadith riwayat al-Bukhari:935)

Lafaz Zikir Hari Jumaat

Zikir hari jumaat adalah ‘Ya Allah’ sebanyak 1000 kali berserta 1000 kali selawat ke atas baginda Rasulullah SAW.

 يا الله

Lafaz Rumi: "YA ALLAH"

Maksudnya: WAHAI ALLAH
301622304 2257599327741274 4436959716748121041 n
Lafaz Zikir Hari Jumaat dan Selawat Nabi serta Fadhilatnya 5

Selawat Nabi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد

Maksudnya: Ya Allah, selamat sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda.
297253072 5297558926998176 926558191869349325 n 1
Lafaz Zikir Hari Jumaat dan Selawat Nabi serta Fadhilatnya 6
Amalan memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda SAW adalah digalakkan dalam Islam, terutamanya pada hari jumaat. Perkara ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ، فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ

Maksudnya: Sesungguhnya antara hari yang paling baik ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.
Hadis daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من صلى علي في يوم ألف مرة لم يمت حتى يرى مقعده في الجنة

Maksudnya: Sesiapa yang berselawat seribu kali sehari, dia tidak akan mati sehingga dia melihat tempatnya di dalam syurga.

Fadhilat Zikir Hari Jumaat berserta Selawat Nabi

Kelebihan zikir hari jumaat dan selawat Nabi (1000x)
1. Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat
2. Meningkatkan keimanan
3. Menjadi seorang yang berusaha
4. Merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.
5. Jika anda berselawat 1000kali sehari, dia tidak akan mati sehingga dikhabarkan kepadanya dengan syurga.
6. Hajatnya akan dimakbulkan Allah SWT
7. Matinya dalam husnul khatimah
8. Dipermudahkan bertemu Nabi SAW
9. Hidupnya sentiasa bahagia
10. Dikurniakan keberkatan pada keturunannya
11. Dimurahkan rezekinya
12. Dikeluarkan daripada kesempitan dunia
13. Kedudukannya hampir dengan Nabi S.A.W.
14. Mendapat perlindungan khusus daripada Allah S.W.T.
15. Hidupnya diredhai oleh Allah SWT

Fadhilat Hari Jumaat

  • Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Pada hari Jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah SWT
  • Pada hari Jumaat akan berlaku kiamat
  • Pada hari Jumaat Allah menciptakan Nabi Adam AS
  • Pada hari Jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah SWT akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang daripada seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau pada malamnya, Allah SWT catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari Jumaat dan malamnya, dia terselamat daripada seksa kubur.

Soalan FAQs Zikir Hari Jumaat

Apakah zikir hari jumaat?

‘Ya Allah’

Berapakah kali perlu menyebut zikir pada hari Jumaat?

1000 kali ‘Ya Allah’

Adakah selawat Nabi afdal pada hari jumaat?

Ya, selawat Nabi paling digalakkan pada hari Jumaat, malah pada semua hari juga adalah sunat diamalkan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati