Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Azan dan Iqamah Bayi Baru Lahir

Cara Azan dan Iqamah Bayi

Tahukah anda cara azan dan iqamah bayi yang baru lahir? Menurut Islam, bayi yang baru lahir, disunatkan bayi tersebut supaya diazankan. Namun, terdapat beberapa cara azan dan iqamah bayi mengikut tertibnya yang betul.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, bayi perlu dibersihkan terlebih dahulu dari segala lendir dan darah dalam perut ibu. Kemudian diserahkan kepada bapa kandung atau wakil keluarga lelaki untuk diazankan setelah bayi dibersihkan. Disini, kami menyedia cara azan dan iqamah bayi mengikut tertib.

Berkenaan Cara Azan dan Iqamah Bayi Baru Lahir

Apa Itu Azan Bayi Baru Lahir?

Bacaan azan bayi dan iqamah di telinga mereka ini merupakan sunnah yang dianjurkan oleh nabi kita, Muhammad SAW. Perkara ini telah dilihat dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketas Husein bin Ali.

Hadis azan di telinga bayi yang baru lahir merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya. ʻAsim bin Ubaidillah meriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abu Rafiʻ, Ubaidillah bin Abu Rafi’ meriwayatkan daripada ayahnya (Abu Rafiʻ RA) bahawa beliau berkata:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ

Maksudnya: Aku melihat Rasulullah SAW azan di telinga al-Hasan bin ‘Ali apabila beliau dilahirkan oleh Fatimah dengan azan solat.

Hukum Azan Bayi

Ulama hadis berbeza pandangan dalam menilai hadis ini. Sebahagian mereka menilai hadis ini da’if (lemah) disebabkan terdapat seorang perawi yang berstatus da’if dalam sanadnya iaitu ‘Asim bin Ubaidillah. Namun, keda’ifan hadis ini tidak parah.

Sebahagian yang lain menilai hadis ini sebagai sahih, bahkan Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hasan sahih. Meskipun begitu, dari sudut fiqhnya, Hukum azan bayi mengikut mazhab al-Syafie, disunatkan untuk azan di telinga bayi yang baru dilahirkan agar dihindari daripada gangguan syaitan.

Panduan Cara Azan dan Iqamah Bayi Baru Lahir

Cara Azan Bayi Lelaki

Cara Azan dan Iqamah Bayi

Berikut merupakan cara azan bayi lelaki :

  1. Angkat bayi separas mulut
  2. letakkan mulut ke telinga kanan bayi dan azan dengan suara yang sederhana. Jangan terlalu kuat kerana gegendang telinga bayi yang bru lahir adalah sensitif
  3. Selesai diazankan, letakkan semula bayi ke tempat asalnya

Cara Sambut Bayi Perempuan Dalam Islam

Cara Azan dan Iqamah Bayi

Terdapat banyak kaedah sambut bayi perempuan megikut islam. Oleh itu kami telah menyediakan beberapa cara sambut bayi perempuan dalam islam :

  1. Azan dan iqamah
  2. Doa
  3. Tahnik
  4. Namakan bayi pada hari pertama atau ketujuh
  5. Cukur rambut
  6. Aqiqah
  7. Berkhatan
  8. Menghebahkan dan ucapan tahniah tanda gembira

Teks Iqamat Bayi Perempuan Rumi

Cara Azan dan Iqamah Bayi

Berikut merupakan teks iqamat bagi bayi perempuan beserta terjemahannya :

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH,
HAIYA ‘ALAL-SALAH,
HAIYA ‘ALAL-FALAH,
QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH.…

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kemenangan.
Telah hampir untuk solat, telah hampir untuk solat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada tuhan melainkan Allah.

Bagi ibu bapa yang belum tahu cara azan dan iqamah bayi yang baru lahir, anda boleh merujuk perkongsian yang kami sediakan. Perkongsian ini bertujuan untuk memudahkan urusan ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Soalan FAQs Berkenaan Cara Azan dan Iqamah Bayi

Kenapa bayi kena azan?

Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hasan sahih dan Imam al-Hakim juga turut mensahihkan hadis ini. Dalam mazhab al-Syafie, disunatkan untuk azan di telinga bayi yang baru dilahirkan agar dihindari daripada gangguan syaitan.

Siapa yang boleh azankan bayi?

Sebagai Muslim, bayi yang baru lahir disunatkan untuk azan di telinganya. Kebiasaannya, azan akan dilaungkan oleh lelaki yang merupakan ayah kandung.

Apa hukum azan bayi baru lahir?

Hukum azan yang baru lahir adalah sunat mengikut mazhab al-Syafie.

Bagaimana jika sebelum ini bayi tidak diazankan?

Bagi ibi bapa yang tidak sempat mengazankan bayi, tidak mengapa kerana hukum mengazankan bayi adalah sunnah sahaja. Tujuan bayi diazankan adalah untuk melindungi mereka daripada gangguan syaitan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati