Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong KEMAS 2024

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong KEMAS 2024

Makluman berkenaan jawatan kosong KEMAS 2024 kini telah dibuka untuk permohonan oleh orang ramai. Ini adalah merupakan peluang pekerjaan yang dibuka secara besar-besaran oleh pihak KEMAS yang merupakan nadi dalam menggerakkan sosio-ekonomi dan pertumbuhan serta perkembangan kemajuan penduduk malaysia.

Peluang jawatan kosong KEMAS 2024 ini harus diikuti rapat oleh para mohon yang berminat untuk membuat permohonan kerja secara atas talian. Penting untuk para pemohon mengikuti beberapa maklumat berkenaan dengan syarat-syarat kelayakan, permohonan, dan makluman iklan rasmi daripada pihak KEMAS.

Makluman Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong KEMAS 2024

Sehubungan itu para pemohon boleh mengikuti beberapa maklumat seperti senarai jawatan kosong yang telah dibuka oleh pihak KEMAS untuk membuat permohonan dengan kadar segera.

Selepas itu para pemohon boleh ikuti maklumat syarat-syarat kelayakan permohonan dan panduan permohonan yang lengkap kami sediakan untuk anda.

jawatan kosong KEMAS 2024

Senarai Jenis Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Bagi pengambilan jawatan kosong KEMAS 2024 ini dibuka jawatan kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang mempunyai pengkhususan 10 jenis jawatan untuk diisi oleh para pemohon. Berikut adalah merupakan penerangan dalam bentuk jadual:

Jenis Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19Deskripsi Kerja
Pemaju Masyarakat Pendidikan
Kemahiran Dandanan Diri
– Melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut Modul Dandanan
Diri.
– Bertanggungjawab dalam
Pentadbiran dan asas pengurusan
kewangan serta menjalankan aktiviti &
program bersama masyarakat dan
agensi berkaitan.
Pemaju Masyarakat Pendidikan
Kemahiran Jahitan
– Melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut Modul Jahitan.
– Bertanggungjawab dalam pengurusan
pentadbiran serta kewangan.
Pemaju Masyarakat Pendidikan
Kemahiran Masakan
– Melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada kumpulan sasaran
mengikut Modul Masakan.
– Bertanggungjawab dalam pengurusan
pentadbiran serta kewangan.
Pemaju Masyarakat Pendidikan
Kemahiran Seni Tangan
– Melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut Modul Seni
Tangan.
– Bertanggungjawab dalam
Pentadbiran dan asas pengurusan
kewangan serta menjalankan aktiviti &
program bersama masyarakat dan
agensi berkaitan.
Pemaju Masyarakat Pendidikan
Kesejahteraan Keluarga
– Melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut kurikulum yang
telah ditetapkan melibatkan kekeluargaan,kesihatan,
pengurusan sumber dan
kesedaran sivik.
Pemaju Masyarakat Pendidikan
Kemahiran Literasi Komputer
– Melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut Modul Literasi
Komputer.
– Bertanggungjawab dalam
Pentadbiran dan asas pengurusan
kewangan serta menjalankan aktiviti &
program bersama masyarakat dan
agensi berkaitan.
Pemaju Masyarakat Bina Insan– Mengajar kumpulan sasar dan
pengurusan kelas, aktiviti dan program
pembangunan insan di Unit
Pembangunan Insan yang telah
ditetapkan dengan cekap dan berkesan
selaras dengan misi dan visi jabatan
Pemaju Masyarakat Ekonomi Desa– Mengenalpasti usahawan yang
berpotensi untuk dibimbing di bawah
Program Pembangunan Usahawan
KEMAS.
– Melaksanakan aktiviti ekonomi
dan keusahawanan kepada usahawan
bimbingan KEMAS atau penerima
bantuan daripada KEMAS dan KKDW
Pemaju Masyarakat Pusat Sumber– Menyelaras dan melaksana pengurusan
Pusat Sumber/e-READ KEMAS di
Bahagian Pembangunan Komuniti bagi
memastikan perkhidmatan Pusat
Sumber/e-READ KEMAS dapat berjalan
dengan efisien dan efektif serta memberI
impak kepada masyarakat.
Pemaju Masyarakat Khas / Pengurusan– Melaksanakan tugas pengurusan dan
perkhidmatan personel di pejabat-pejabat
KEMAS.

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong KEMAS 2024

Untuk permohonan kali ini, permohonan adalah dibuka secara atas talian dan wajib diisi melalui cara online sahaja oleh para pemohon. Oleh itu para pemohon perlu membuat isian permohonan online sebelum tarikh 30 April 2024.

Permohonan perlulah mengikuti panduan lengkap yang kami sediakan dibawah. Untuk merujuk maklumat lanjut berkenaan iklan rasmi KEMAS, boleh ikuti pautan dibawah:

Syarat Kelayakan Permohonan KEMAS 2024

Berikut adalah merupakan syarat-syarat jawatan kosong KEMAS 2024 :-

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Kelebihan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Pegawai Latihan Vokasional (VTO) dan sijil berkaitan mengikut bidang gelaran jawatan
  • Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan
  • Indeks jisim tubuh (BMI) tidak melebihi 3.00
  • Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.

Cara Mohon Jawatan Kosong KEMAS 2024

Bagi para pemohon perlu membuat permohonan berdasarkan langkah-langkah seperti dibawah:

  • Permohonan di Laman Web KEMAS hendaklah dibuat secara dalam talian mulai 1 April 2024 (Isnin).
  • Pemohon hanya dibenarkan untuk mengisi satu (1) jawatan sahaja mengikut jawatan yang diiklankan.
  • Permohonan lewat atau tidak mengikut syarat seperti dinyatakan akan ditolak.
  • Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja akan diproses.

Diharapkan semua para pemohon boleh membuat permohonan yang betul berdasarkan ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak KEMAS.

21 KOMEN

  1. Umur sy dah 40 thun..tp sy ade pengalaman sbg tenaga pengajar bidang hotel dan kulinari..sy ada diploma in foodservicen management..boleh ke nk apply sbg tanaga pengajar masakan?

  2. Saya berminat dengan jawatan kosong Khas dan Pengurusan. Saya berminat dengan jawatan yang dimohon kerana ia adalah bidang yang dipelajari dan telah saya menjalani kursus dalam bidang tersebut.
    Saya berharap permohonan saya diterima oleh pihak KEMAS .

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati