Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Program DPLI 2018 Universitiy Of Malaya Kini Dibuka sehingga 30 Julai 2018

Program DPLI 2018 Universiti Malaya (UM) Kini Dibuka sehingga 30 Julai 2018
Program DPLI 2018 Universitiy Of Malaya

Program DPLI 2018 Universitiy Of Malaya Kini Dibuka sehingga 30 Julai 2018. Berita baik kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan) yang ingin menjadi guru, permohonan Program DPLI 2018 Universiti Malaya kini dibuka iaitu untuk Ambilan September 2018 sehingga 31 Julai ini.

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini adalah program yang ditawarkan kepada mana-mana pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat untuk menjadi guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia termasuk Sekolah Berasrama Penuh.

Program DPLI 2018 Universitiy Of Malaya

UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEKELIRUAN, PROGRAM INI ADALAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT), BUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). HARAP MAKLUM.

Program DPLI 2018 Universitiy Of Malaya
Program DPLI 2018 Universitiy Of Malaya

DPLI berbeza dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) — PISMP dikhaskan kepada pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi guru manakala DPLI adalah untuk mereka yang sudah memiliki Ijazah.

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

DPLI adalah salah satu laluan bagi melayakkan anda menjadi guru. Kursus ini melibatkan 3 semester bagi menggantikan KPLI (2 semester). Walau bagaimana pun banyak program DPLI telah dimansuhkan disebabkan lambakan guru lepasan ijazah sarjana muda pendidikan yang masih belum mendapat tempat mengajar.

Namun peluang menyertai program DPLI 2018 anjuran Universiti Malaya jangan disia-siakan begitu sahaja. Jika anda layak dan berminat untuk menjadi guru, pastikan anda mohon sekarang!

Mod pembelajaran bagi program ini adalah SEPENUH MASA secara KERJA KURSUS.

Bidang yang Ditawarkan

11 bidang pengkhususan yang ditawarkan dalam Program DPLI 2018 oleh UM ini adalah seperti berikut:

  1. Bahasa Malaysia
  2. Matematik
  3. Kimia
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Teknologi Pengajaran
  7. Kejuruteraan
  8. Sains Komputer
  9. Pendidikan Islam
  10. Pendidikan Tahfiz
  11. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan Program DPLI 2018 Universitiy Of Malaya adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
  5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
  6. Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
    Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  7. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  8. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

Cara Membuat Permohonan

BACA LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM DPLI UM AMBILAN SEPTEMBER 2018 DI SINI

Untuk maklumat lanjut dan cara membuat permohonan, sila layari https://pgadmission.um.edu.my/

Admin dimaklumkan bahawa yuran keseluruhan bagi Program DPLI UM Ambilan September 2018 ini adalah sebanyak RM10,000.

KEMAS KINI TERKINI >>> Untuk makluman semua, ini adalah program DPLI-UM tiada ikatan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan kalau ambil program ini tidak semestinya dijamin kerja di bawah KPM cuma hanya layak mendapat lesen mengajar dan masuk dalam bidang pendidikan sahaja. Pesanan program ini juga tiada biasiswa/elaun mcm program kendalian KPM dahulu yg dikenali KPLI/DPLI. Harap maklum.

Sekiranya anda ada sebarang maklumat terkini berkaitan program ini, sila HUBUNGI KAMI.

34750825 10209396065376997 7185769706874208256 n 1

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Program DPLI 2018 Universiti Malaya (UM) Kini Dibuka sehingga 30 Julai 2018 bermanfaat buat semua. Semoga berjaya daripada kami, warga Sistem Guru Online. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati