Buat anda yang mengalami masalah sembelit, kami mempunyai solusi yang terbaik untuk anda. Disini kami telah berkongsi panduan dan cara atasi sembelit kepada anda. Di negara kita, sembelit juga merupakan masalah kesihatan yang sangat biasa. Satu daripada lima orang mengalami sembelit yang berterusan sehingga menjadikan membuang air besar sukar.
Untuk menghilangkan sembelit, terdapat pelbagai kaedah moden dan tradisional. Anda boleh mencuba kaedah yang kami cadangkan di samping mengambil ubat sembelit tradisional.
Berkenaan Sakit Sembelit dan Cara Atasi Sembelit
Isi Kandungan
- 1 Berkenaan Sakit Sembelit dan Cara Atasi Sembelit
- 1.1 Apa itu Sakit Sembelit?
- 1.2 Cara Atasi Sembelit untuk Dewasa, Kanak-Kanak dan Wanita Bersalin
- 1.3 Doa Hilangkan Sembelit
- 1.4 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذَاقَنِي لَذَّتَهُ، وَأَبْقَى مَنْفَعَتَهُ فِي جَسَدِي، وَأَخْرَجَ عَنِّي أَذَاهُ
- 1.5 Petua Orang Tua Sembelit
- 1.6 Cara Melembutkan Najis yang Keras
- 1.7 Buah Untuk Hilangkan Sembelit
- 2 Soalan FAQs Berkenaan Cara Atasi Sembelit
Apa itu Sakit Sembelit?
Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar. Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawas pembuangan air besar.
Masalah sembelit boleh mendatangkan pelbagai komplikasi lain, antaranya ialah sakit perut dan juga masalah gas
Individu yang meneran terlalu kuat semasa membuang air besar juga berisiko untuk mengalami:
- Buasir.
- Koyakan pada kawasan dubur.
- Prolaps rektum.
Cara Atasi Sembelit untuk Dewasa, Kanak-Kanak dan Wanita Bersalin
Cara Atasi Sembeli Orang Dewasa
- Minum air dengan mencukupi
- minum kopi
- Makanan yang mengandungi probiotik
- Yogurt
- Tempe
- Kimchi
- Tapai
- Ambil herba sebagai cara tradisioanal
- Teh Senna
- Banyakkan bersenam
Cara Atasi Sembelit Kanak-Kanak
- Sediakan banyak sayur dan buah segar
- Bijirin tinggi serat
- roti penuh gandum
- Pelbagai jenis kekacang.
- Makanan yang mengandungi probiotik (yogurt juga boleh merangsang kesihatan penghadaman.)
- Asid lemak omega-3 juga terkenal sebagai sumber perangsang usus yang sihat (cth. sardin, kacang walnut, dan kacang soya)
- Galakkan aktiviti fizikal seperti melakukan sekurang-kurangnya 60 minit senaman berintensiti sederhana sehari (contohnya berjalan pantas, berlari, atau berbasikal)
- Untuk bayi, mereka boleh mendapatkan lebih senaman dengan memberikan lebih masa untuk berbaring secara meniarap (“tummy time”) atau anda boleh membantu melakukan urutan lembut pada perut mereka.
- Berikan kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun 1 atau 2 gelas air kosong sehari. Bagi yang berusia 4 hingga 18 tahun pula, 6 hingga 8 gelas sehari.
Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin
- Minum air suam secukupnya
- Makan makanan berserat tinggi dapat mengelakkan sembelit ketika berpantang (seperti bijirin penuh (wholegrains), kekacang, beras perang, buah-buahan segar dan sayur-sayuran elok diamalkan dalam diet seharian anda. Ambil makanan ini bersama makanan lain untuk mengelakkan gas berlebihan.)
- Banyakkan bergerak (Pastikan anda membuat senaman setiap hari. Duduk atau baring terlalu lama akan membuatkan sembelit lebih teruk. Mulakan dengan senaman yang ringan; mengikut kemampuan)
- Sedari isyarat badan (Jangan abaikan isyarat ‘membuang’ daripada badan anda oleh kerana takutkan luka jahitan yang belum sembuh.)
- Posisi mirip mencangkung (kedudukan sewaktu anda ‘melabur’. Mencangkung adalah posisi paling ideal untuk membuang air besar.)
Doa Hilangkan Sembelit
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذَاقَنِي لَذَّتَهُ، وَأَبْقَى مَنْفَعَتَهُ فِي جَسَدِي، وَأَخْرَجَ عَنِّي أَذَاهُ
Bacaan rumi: Alhamdu lillahil ladzii adzaaqonii ladzdzatahuu wa abqoo manfa’atahuu fi jasadii wa akhroja ‘annii adzaahu.
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah merasakan kepadaku kelezatan makanan, dan melestarikan manfaatnya dalam tubuhku, dan mengeluarkan dariku keburukan atau penyakitnya.”
Petua Orang Tua Sembelit
Berikut merupakan beberapa petua tradisional untuk menghilangkan sembelit yang anda boleh ikuti :
- Minum teh halia
- Tambahkan bawang putih dalam masakan
- Amalkan minyak kelapa dara dalam diet anda
- Cuba makan madu
- Elakkan makanan yang manis dan tinggi sodium
- Perbanyakkan makanan berserat
- Perbanyakkan makan sayur hijau
- Minum air suam setiap pagi
- Pastikan badan terhidrat dengan baik
- Amalkan pengambilan herba
- Urutan minyak
Cara Melembutkan Najis yang Keras
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk membantu melawaskan najis adalah dengan mengambil makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, serta banyakkan minum air kosong.
Sekiranya masih sukar membuang air besar, ubat seperti laxatif boleh membantu anda. Namun, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat perubatan dan rawatan yang betul.
Buah Untuk Hilangkan Sembelit
anda juga memerlukan makanan untuk sembelit yang tinggi serat. Contoh yang paling bagus adalah variasi jenis buah-buahan sama ada dari jenis tempatan atau tidak.
Tidak hanya sarat dengan serat, pelbagai jenis vitamin dan mineral juga tinggi di dalam contoh buah seperti di bawah:
- Pisang
- Betik
- Mangga
- Tembikai
- Anggur
- Avokado
- Epal
- Pir
- Prun
- Kiwi
Soalan FAQs Berkenaan Cara Atasi Sembelit
Kenapa jadi sembelit?
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering.
Kenapa najis susah nak keluar?
Najis susah keluar mungkin juga disebabkan oleh Kurang serat dalam diet, kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua), pengambilan ubat, penyalahgunaan julap dan sebagainya
Kenapa buang air besar rasa tidak puas?
Kebiasaannya pengaruh gaya hidup seperti Pola makan yang kurang sihat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air, Menunda buang air besar, Pengaruh ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit.
Kenapa kerap membuang air besar?
Jika anda kerap membuang air besar, ianya mungkin disebabkan oleh stress, kegelisihan, Pengambilan kafein berlebihan seperti kopi atau teh, Sindrom iritasi usus, Penyakit radang usus,Jangkitan usus (virus, kuman atau parasit).