Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PERMOHONAN KERJA KOSONG TNB TENAGA NASIONAL BERHAD 2022

Kerja Kosong TNB
Kerja Kosong TNB

Kerja kosong TNB Tenaga Nasional Berhad. Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan syarikat milik kerajaan (GLC). Syarikat bekalan tenaga eletrik Malaysia yang beribu pejabat di Kuala Lumpur telah mengeluarkan iklan beberapa jawatan kosong yang perlu diisi dengan kadar segera.Permohonan jawatan kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh dipohon oleh rakyat Malaysia dengan mengikuti kelayakan yang telah ditetapkan oleh syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu sendiri.

Permohonan Kerja Kosong TNB Tenaga Nasional Berhad

Permohonan kerja kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dialukan untuk memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan kerja untuk mengisi kekosongan jawatan tetap / kontrak seperti berikut :-

Calon yang berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan :

1. PEMBANTU TADBIR / SETIAUSAHA (Kontrak) KS2

  • Gaji Pokok bermula dari : RM1,450 (sebulan)
  • Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan
  • Taraf Jawatan : 2 tahun Kontrak

2. EXECUTIVE / ENGINEER (Kontrak) KE12

  • Gaji Pokok : RM3,200 (sebulan)
  • Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan
  • Taraf Jawatan : 2 tahun Kontrak

3. TECHNICIAN (Kontrak), Gred KT3

  • Gaji Pokok : RM2,050 (sebulan)
  • Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan
  • Taraf Jawatan : 2 tahun Kontrak

4. SENIOR ASSISTANT TECHNICIAN (Kontrak), Gred KT2

  • Gaji Pokok : RM1,550 (sebulan)
  • Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan
  • Taraf Jawatan : 2 tahun Kontrak

Maklumat Jawatan Kosong:

  • Tarikh tutup permohonan :20 Mac 2022
  • Lokasi :Pelbagai Negeri
  • Sektor :Syarikat Milik Kerajaan (GLC)
  • Kelulusan Minimum :Ijazah, Diploma/STPM dan Sijil
  • Status Pelantikan :kontrak

Lantikan adalah di bawah Terma & Syarat TNB Power Generation Sdn. Bhd. (GenCo). Permohonan adalah secara online melalui portal rasmi online Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau borang yang telah ditetapkan di Jobtnb. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Kerja Kosong TNB 1
kerja kosong tnb

Permohonan boleh dilakukan dengan merujuk laman web rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Jobtnb.

Pemohon akan diminta membuka daftar akaun baru bagi mereka yang kali pertama memohon secara online jawatan kosong di laman web Jobtnb.

Kemudahan yang disediakan di laman web Jobtnb amatlah mesra pengguna. Pemohon boleh membuat permohonan bersesuaian dengan ciri dan kelayakan yang ada pada diri pemohon. Pemohon boleh meninjau dibahagian jawatan kosong serta boleh mengetahui jawatan kosong yang masih sedia ada di lokasi pemohon.

Bagi bakal pemohon yang berminat dengan jawatan yang disenaraikan. Anda dikehendaki dan disarankan membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

Untuk sebarang maklumat lanjut serta mempunyai pertanyaan berkenaan kerja kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) pemohon boleh merujuk laman sosial rasmi TNB :-

“Semoga Permohonan Kerja Di TNB Anda Berjaya” 

Berkenaan Jawatan kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) pemohon hanya boleh memohon melalui secara online sahaja. Apa-apa permohonan yang dilakukan secara manual tidak akan dilayan oleh pihak TNB kerana lantikan adalah di bawah Terma & Syarat TNB Power Generation Sdn. Bhd. (GenCo). Untuk pengetahuan kepada semua, iklan kerja/jawatan kosong ini hanya sah pada tarikh yang dipaparkan sahaja. Sila rujuk artikel ini dengan betul serta teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan serta salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan kerja/jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati