Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tips Hilangkan Sakit Gerd di Bulan Puasa

Tips Hilangkan Sakit Gerd di Bulan Puasa

Bagaimana tips hilangkan sakit gerd? Sakit gerd adalah sakit yang boleh menyebabkan seseorang itu mampu hilang fokus dan rasa yang pedih di dalam perut. Ramai yang mencari tips hilangkan sakit gerd. Bahkan ia menjadi mimpi ngeri bagi seorang penghidap sakit gerd apabila tibanya bulan puasa.

Bulan puasa adalah bulan yang mewajibkan bagi muslim yang mukallaf berpuasa penuh selama sebulan. Pastinya menjadi cabaran bagi mereka yang mempunyai sakit gerd. Melalui perkongsian artikel kali ini berkenaan tips hilangkan sakit gerd di bulan puasa akan dapat membantu anda mencari kelegaan dan boleh mempunyai fokus semasa untuk beribadah dengna baik.

Tips Hilangkan Sakit Gerd di Bulan Puasa

Untuk membantu anda menghilangkan sakit gerd, berikut adalah perkongisan berkenaan tips hilangkan sakit gerd di bulan puasa:

1.Elakkan Pengambilan Makanan Pedas, Berminyak, Bergoreng dan Berlemak

image 38
Tips Hilangkan Sakit Gerd di Bulan Puasa 5

Bagi mengelakkan sakit gerd, anda perlu mengelakkan pengambilan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti:

  • Makanan pedas
  • Berempah
  • Berminyak
  • Bergoreng
  • Berlemak
  • Makanan yang mempunyai asid tinggi seperti limau, oren dan tomato.

Anda juga perlu elakkan makanan dalam tin kerana ia mempunyai kandungan asid yang tinggi. Untuk minuman, penghidap gerd perlu mengurangkan atau mengelakkan minuman yang mengandungi kafein dan bergas ketika bulan puasa.

2. Cukupkan Minum Air Kosong Dua Liter Setiap Malam

image 36
Tips Hilangkan Sakit Gerd di Bulan Puasa 6

Disarankan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya dua liter sepanjang malam pada Ramadan, dua gelas susu atau jus buah-buahan yang tidak berasid contohnya seperti pisang sewaktu bersahur.

Dalam masa yang sama, penghidap Gerd ini juga perlu menjalani gaya hidup sihat termasuk berhenti merokok kerana asap boleh memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut.

3. Dilarang Tidur Selepas Bersahur atau Makan Malam

Dilarang untuk terus tidur selepas sahur atau makan malam. Dinasihatkan supaya jangan terus makan dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka atau sahur selain tidak melewat-lewatkan berbuka. Ini adalah kerana gastrik boleh menyerang mereka yang berpuasa kerana cara pemakanan yang tidak teratur ketika menunaikan ibadah itu.

4. Elakkan Mengambil Makanan Berkalori Tinggi

image 37
Tips Hilangkan Sakit Gerd di Bulan Puasa 7

Ketika berpuasa, pesakit juga digalakkan untuk bersahur di akhir waktu dan tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi dalam kuantiti yang banyak semasa berbuka.

Disamping itu, jenis makanan juga perlu cakna, yang mana ia akan mempengaruhi risiko yang boleh menyebabkan pesakit untuk mengalami masalah gerd dan menghalang daripada anda tidak mengikuti tips hilangkan sakit gerd.

Demikianlah tips hilangkan sakit gerd ketika di bulan puasa. Anda disarankan untuk mengikuti tips dengan disiplin untuk membantu anda mengurangkan sakit gerd ketika puasa. Ingat, gerd adalah dipengarahui oleh gaya hidup dan pola pemakanan anda.

Soalan FAQs Berkenaan Tips Hilangkan Sakit Gerd

Siapa Golongan Berisiko untuk Terkena Gerd

erdapat beberapa golongan berisiko tinggi terkena gerd ketika berpuasa iaitu:
– Ibu hamil
– Golongan yang lanjut usia (melebihi 60 tahun) terutama yang menghidap masalah kesihatan lain seperti diabetes mellitus dan sakit jantung koronari.
– Pesakit yang mempunyai masalah gastrik kronik juga adalah berisiko untuk menghidap gerd ketika bulan puasa.

Golongan diatas adalah cenderung untuk menerima serangan gerd ketika puasa. Sekiranya anda tergolong dalam golongan diatas, dinasihatkan untuk anda sentia

Apakah ubat untuk sakit gerd?

Terdapat jenis ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk mereka yang mempunyai sakit gerd. Ubat tersebut dinamakan sebagai ‘antacids’ yang boleh didapati di farmasi berdekatan.

Adakah sakit gerd berpanjangan bahaya?

Walaubagaimanapun, sekiranya gejala masih tidak berkurangan atau tidak berubah, pesakit perlu terus mendapatkan rawatan serta-merta di jabatan kecemasan dengan kadar segera. Bahaya dan mempunyai kesan jangka panjang penyakit gastrik sekiranya tidak dirawat termasuk luka (ulser) pada bahagian dinding perut dan pendarahan pada ulser (bleeding stomach ulcer).

Kesan bahaya abaikan sakit gerd?

Selain itu, boleh berlaku kebocoran (perforation) dinding perut dan kanser perut pada pesakit. Dinasihatkan juga supaya semua pesakit terutama mereka berusia 50 tahun untuk menjalani ujian endoskopi seandainya mempunyai gejala gerd yang berpanjangan dan mengalami gejala gejala lain seperti hilang selera makan dan mengalami penurunan berat badan mendadak.
Ini adalah penting untuk mengenal pasti pesakit mungkin menghidapi penyakit lain seperti kanser perut atau esophagus. Pesakit perlu menjaga disiplin dari segi pemakanan dan minuman untuk mengelakkan masalah gerd terus berpanjangan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati