Sebenarnya masih ramai yang tidak dapat beza planta dan marjerin. Ini adalah kerana ia kelihatan agak sama dari rupa bentuknya dan rasanya juga adalah lebih kurang sama. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat beza planta dan marjerin yang amat ketara sekali!
Jika kita mendalami lebih jauh lagi, maka kita akan dapat temui jalan keluar untuk membezakan diantara planta dan marjerin yang sebenarnya. Selain itu, anda juga boleh merungkai kekeliruan berkenaan produk makanan yang lain dalam kebiasaan masyarakat kita.
Apa Beza Planta dan Marjerin dan Kegunaannya
Isi Kandungan
Apa itu Planta?
Planta adalah merupakan satu nama produk yang berasaskan Marjerin namun yang lebih berkualiti dan lebih sihat berbanding marjerin biasa. Planta boleh dikatakan jenis marjerin yang premium atau Vip kerana teksturnya sangat sedap dan tidak berminyak seperti kebiasaan marjerin lain.
Rakyat Malaysia memanggil planta sebagai ‘planta’ biarpun ia sejenis marjerin, namun untuk membezakan kualiti. Itulah dipanggil sehingga sekarang. Planta adalah planta dan tidak sama dengan marjerin.
Apa itu Marjerin?
Marjerin atau panggilan lain Margarin ialah sejenis mentega buatan yang dihasilkan dari minyak sayur atau minyak haiwan. Ia juga mengandungi susu saringan, garam dan pengemulsi. Marjerin juga lebih banyak mehgandungi lemak berbanding mentega sehinggakan marjerin lebih banyak digunakan dalam menggantikan mentega yang biasanya harga lebih mahal dari marjerin. Namun, terdapat juga marjerin yang ‘rendah kalori’ dan mengandungi lemak sedikit.
Beza Planta dan Marjerin Yang Perlu Kita Ketahui
Ramai yang pening dan tidak dapat beza planta dan marjerin yang sebenarnya. Jikalau kita teliti balik, orang kita selalu bahasakan produk berbanding nama bahan yang sebetulnya. Seperti situasi Planta, ia adalah merupakan jenis butter. Namun, namanya sudah terbiasa sehingga kita tidak dapat kenal pasti bahawa terdapat perbezaan jauh plantan dan marjerin.
Berikut adalah beza planta dan marjerin:
Planta | Marjerin | |
---|---|---|
Bahan Utama | Minyak kelapa sawit, Minyak haiwan dan Emulsifier | Minyak sayur, Minyak haiwan dan Emulsifier |
Proses Pembuatan | Hydrogenation dimana proses cecair menjadi pepejal | Hydrogenation dimana proses cecair menjadi pepejal |
Rasa | Lebih rasa creamy | Lemak yang lebih tinggi, rasa masin |
kandungan Nutrisi | Mempunyai minyak yang baik dan terdapat 9 vitamin | Mempunyai kandungan minyak yang lebih |
Harga | Kebiasaanya lebih mahal dengan kualitinya antara RM19 bagi 1kg | Kebiasaannya lebih murah antara RM7 bagi 1kg |
Kekeliruan Jenama Produk Oleh Rakyat Malaysia
Kekeliruan Antara Marjerin dan Butter
Selain kes planta dan marjerin, ada juga kekeliruan yang terjadi diantara Marjerin dan Butter. Untuk memahami perbezaan dan menghilangkan kekeliruan, berikut adalah penerangan mengenai Marjerin dan Butter yang berbeza.
Penerangan Mengenai Butter (Mentega)
Butter adalah ‘Mentega’. Butter diperbuat daripada sumber pepejal susu lembu yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi. Ia juga mengandungi nutrisi asid lemak omega 3 yang sangat baik untuk jantung manusia.
Contoh Jenama Butter Di Pasaran
Terdapat jenama butter yang berada di pasaraya, kedai-kedai dan lain-lain. Berikut adalah senarai jenama butter:
- Golden Churn
- Lurpark
- KerryGold
- SCS
- Anchor
- Tatura
Penerangan Mengenai Marjerin
Marjerin adalah merupakan bahan yang diperbuat daripada lemak sayuran, lemak haiwan dan lain-lain. Marjerin adalah jenis bahan masakan yang tidak sihat dan tidak disarankan untuk diguna selalu. Ini adalah kerana marjerin boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti:
- Menganggu kesuburan
- Menganggu sistum imun badan
- Penyebat penyakit kencing manis. diabetes dan kanser
- Risiko tersumbat arteri
- Meningkatkan kolestrol jahat dalam badan
- Menyebabkan masalah jantung
- Mempunyai lemak trans yang tinggi
Contoh Jenama Marjerin Di Pasaran
Berikut adalah senarai jenama marjerin:
- Daisy
- Naturel
- Planta
- Pelangi
- Emborg cook and bake
- Farmcow
- Butterlite
- Buttercup
Buttercup Bukan Butter!
Jenama Buttercup adalah sebenarnya bukanlah butter. Ia hanyalah sekadar nama tetapi ia adalah jenis marjerin. Jadi, jangan pula anda terkeliru pula.
Kekeliruan Produk Lain Oleh Rakyat Malaysia
Dalam kehidupan kita sebagai masyarakat kita pasti sudah terbiasa dengan satu perkara atau sebutan umm. Pernah terfikir kenapa rakyat Malaysia panggil Maggi untuk mi segera? Colgate untuk semua jenis ubat gigi? Pampers untuk semua jenis lampin bayi? Milo untuk semua jenis minuman coklat?
Contoh nama produk lain panggil nama lain di kalangan rakyat Malaysia:
- Air coklat – Milo
- Ubat gigi – Colgate
- Pad – kotex / roti kering
- Lampin budak – pampers
- Deodorant -odorono
- Mee segera – maggi
- Pelembut baju – soflan
- Peluntur – klorok
- Makanan ringan – cekedis/jajan
- Semburan serangga – ridsect
- Pewangi umah – febreze
- Correction tape – liquid paper
- Pengilat kasut – kiwi
- Stesen minyak – Shell
Berikut adalah penerangan kenapa rakyat Malaysia panggil nama lain untuk produk lain:
- Nama popular jadi semua jenis produk akan ada satu nama sahaja.
- Dahulu tiada saingan, produk siapa yang datang dulu. Produk itulah akan kekal namanya dipanggil hingga hari ini.
- Rakyat Malaysia sudah sebati dengan budaya orang kita yang santai.
- Keunikan yang berbeza namun dapat difahami. Orang Malaysia sangat kreatif dalam panggilan produk yang menjadi kebiasaan.
Demikianlah celoteh rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai ragam dan identiti sendiri. Uniknya rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai kaum. Jadi, apa-apa sekalipun, kita mesti mengetahui perbezaan seperti beza planta dan marjerin dan lain-lain.