Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Resepi Pasta Western yang Simple untuk Open House Hari Raya

pasta
3 Resepi Pasta Western yang Simple untuk Open House Hari Raya 5

Western food atau masakan barat adalah salah satu masakan yang mulai membanjiri negara ini sejak dekad kebelakangan ini. Masakan ini kebanyakannya dibawa masuk daripada negara seperti Itali, United Kingdom atau United States. Masakan Western kebiasaannya mudah dan cepat untuk dimasak.

Makanan Western ini telah mula digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya yang lazat dan senang disediakan. Resepi pasta Western antara resepi yang digemari dan juga dijadikan hidangan semasa hari raya dan open house hari raya. Artikel kali ini bertujuan untuk menunjukkan resepi pasta Western yang anda boleh cuba sempena hari raya dan open house hari raya.

Resepi Pasta Western untuk Open House Hari Raya

Antara resepi pasta western yang boleh digunakan untuk open house hari raya adalah spaghetti Aglio Olio, makaroni fruit salad, dan spaghetti Creamy Tuna.

Resepi Pasta Spaghetti Aglio Olio

Resepi spaghetti Aglio Olio adalah resepi pasta bergoreng yang paling mudah disediakan. Dalam resepi spagetti aglio olio ini, anda boleh masukkan seafood, hirisan isi ayam atau daging.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi spaghetti Aglio Olio:

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
  • 2 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 mangkuk besar udang, dibuang kulit
  • 4 ekor sotong, dibuang lapisan kulit
  • capsicum hijau
  • capsicum merah
  • tomato kecil, dipotong dua
  • daun ketumbar atau daun parsley, dihiris nipis.
DSC 5032
3 Resepi Pasta Western yang Simple untuk Open House Hari Raya 6

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato.
  6. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan.
  8. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.
TIPS PENTING.
Untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap “al dente” atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.

Kredit: CheNom

Resepi Pasta Makaroni Fruit Salad

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi makaroni fruit salad:

  • 1 bungkus makaroni
  • 1 botol besar mayonaise
  • 1 kotak kecil Nestle Cream (pilihan)
  • 1 tin susu pekat (guna separuh)
  • 1 tin buah campuran dlm tin (tos dan buangkan airnya)
  • Sedikit kismis
  • sedikit hirisan daun pasley
  • Sedikit kacang tanah atau gajus goreng dicincang
macaroni salad 27 768x1152 1
3 Resepi Pasta Western yang Simple untuk Open House Hari Raya 7

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Rebus makaroni sampai lembut (jangan terlalu lembut nanti cepat hancur)
  2. Toskan dan sejukkan sebentar.
  3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan-bahan tadi dan gaulkan sebati.
  4. Masukkan pula makaroni dan gaul sehingga rata.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk semalaman dan siap.

Kredit: MyResipi

Resepi Pasta Spaghetti Creamy Tuna

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi spaghetti creamy Tuna:

  • 220 pasta Linguine (direbus ikut arahan pada paket) selama 11 minit
  • 1 tin tuna flakes
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • 2 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang kasar)
  • 3 sudu besar olive oil
  • sedikit hirisan daun pasley
  • 2 sudu kecil dry oregano
  • 1/2 cawan susu segar
  • Nota: Jika nak lebih creamy boleh tukarkan susu segar pada whipping cream dan gantikan serbuk parmesan cheese pada cream cheese
nnn
3 Resepi Pasta Western yang Simple untuk Open House Hari Raya 8

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Rebus spaghetti, tos dan ketepikan.
  2. Dalam fry pan, panaskan olive oil dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan tuna flakes dan kacau sehingga sebati, dan masukkan juga sedikit oregano.
  4. Selepas itu, masukkan susu, serbuk parmesan cheese dan sedikit lada sulah.
  5. Biarkan mendidih dan masukkan spaghetti, kacau sebati, sesuaikan dengan sedikit garam.
  6. Sedia untuk dihidangkan, taburkan sedikit dry pasley dan serbuk parmessan cheese.
  7. Selamat mencuba.

Kredit: Rosmarlina

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Pasta Western

Apakah resepi pasta yang sesuai dijadikan hidangan open house Hari Raya?

Spaghetti creamy tuna, spaghetti Aglio Olio dan makaroni fruit salad

Apakah minyak yang digunakan dalam masakan spaghetti creamy tuna dan spaghetti Aglio Olio?

Minyak zaitun (olive oil)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati