Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah untuk Hari Raya

Resepi Popia Kacang
Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah untuk Hari Raya 4

Resepi popia kacang merupakan resepi yang sangat mudah untuk dibuat sempena hari raya Aidilfitri. Popia kacang hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk penyediaannya. Popia kacang juga merupakan sejenis makanan yang digemari ramai kerana ianya seperti ala-ala ‘kuih batang buruk’.

Tahukah anda Popia Kacang ada berbagai jenis ? sebagai contoh, popia kacang tumbuk, popia kacang hijau, popia kacang Nestum dan sebagainya. Di bawah ini kami telah kongsikan senarai resepi popia kacang untuk anda yang ingin mencubanya sendiri.

Senarai Resepi Popia Kacang

Resepi Popia Kacang
Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah untuk Hari Raya 5

Resepi popia kacang pada masa kini telah bertambah dengan bermacam-macam jenis resepi. Di sini kami sediakan 3 resepi popia kacang untuk anda.

Resepi Popia Kacang Tumbuk

Bahan-bahan Popia Kacang tumbuk :

  • Kulit popia
  • Kacang tanah
  • Gula

Cara buat inti:

Goreng kacang tanah dan buang kulit kemudian dikisar halus. Seterusnya, campurkan dengan gula halus yang juga dikisar

Cara-Cara buat Popia Kacang Tumbuk :

  1. Gunting kulit popia ikut saiz pembaris dan gulung guna maker pen atau guna straw besar (straw ABC).
  2. Cara nak lekatkan, guna tepung gandum dan bancuh dengan sikit air.
  3. Kulit popia digulung guna straw dan dijemur bagi keras.
  4. Apabila kulit popia menjadi keras, anda boleh goreng dan biarkan ia sejuk.
  5. Selepas itu bolehlah sumbatkan kacang tumbuk tadi ke dalam kulit popia tersebut.
  6. Siap
Resepi Popia Kacang
Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah untuk Hari Raya 6

Resepi Popia Kacang Hijau

Bahan-bahan Popia Kacang Hijau :

  • 1 bungkus kulit popia
  • 400 gram Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose
  • 10 sudu besar gula

Cara-cara buat Popia Kacang Hijau :

  1. Sangai serbuk kacang Hijau terlebih dahulu tanpa minyak dan biarkan sejuk
  2. Gulung kulit popia guna straw. Hujung kulit popia sapu sedikit telur putih untuk melekatkan kulit popia supaya tidak terlerai 
  3. Seterusnya gunting kulit popia sepanjang 1 inci
  4. Goreng kulit popia sehingga kekuningan dan tos minyak terlebih dahulu
  5. Kemudian campurkan kulit popia dengan serbuk kacang hijau yang telah disangai serta masukkan gula dan gaul sehingga sebati.

Resepi Popia Kacang Nestum

Bahan-bahan Popia Kacang Nestum :

  • 2 paket kulit popia saiz besar
  • 1 batang straw

Bahan Pelekat :

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 5 sudu besar air
  • 1 kilo minyak masak untuk menggoreng

Bahan Salut :

  • 1 1/2 cawan kacang tanah (disangai dan dikisar halus)
  • 1 cawan nestum (dikisar halus)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/4 sudu kecil garam

Cara-cara buat Popia Kacang Nestum :

  1. Ambil sekeping kulit popia dan tutup kulit popia yang selebih nya dengan kain tuala lembap supaya kulit popia tidak kering.
  2. Ambil straw dan letakkan di atas kulit popia tadi. (Tinggalkan sedikit bahagian straw keluar dari kulit popia supaya mudah untuk menarik keluar nya nanti.)
  3. Gulungkan kulit popia tersebut. Sebelum itu campurkan tepung gandum dan air untuk dijadikan gam.
  4. Sapu bahan pelekat di hujung kulit popia dan tutup rapat. Tarik keluar straw tadi.
  5. Buat hingga habis, gunting serong. Jika kulit popia masih terasa lembap kerana gam, jemurkan sekejap untuk mengeringkan nya.
  6. Panaskan minyak masak dengan api yang kecil dan goreng kulit popia hingga masak.
  7. Angkat dan toskan minyak. Sementara itu sangai kacang tanah dan biarkan sejuk dahulu sebelum dikisar halus.
  8. Kisar juga nestum dan gula. Satukan bahan salut dengan sebati. kemudian gaul rata bersama kulit popia tadi, tampi-tampikan biar sekata.
  9. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Anda boleh mencuba ketiga-tiga resepi tersebut dirumah dan boleh juga dibuat bersama ahli keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan resepi popia kacang ini kepada rakan-rakan anda.

Soalan FAQs Resepi Popia Kacang

Dimanakah boleh beli popia kacang?

Popia kacang boleh dibeli di mana-mana kedai kek dan biskut atau kedai dalam talian seperti Shopee, Facebook, Lazada, dan sebagainya.

Berapakah harga popia kacang?

Sebalang popia kacang berharga lebih kurang RM20 tetapi ianya bergantung kepada kualiti dan kuantiti popia kacang tersebut.

Bagaimana rasa popia kacang hijau?

Popia kacang hijau mempunyai rasa yang sedap ditambah pula kulit popia yang rangup.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati