Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gaji Minimum Maksimum Penjawat Awam Perkhidmatan Sains Effective 2016

Perkhidmatan Sains
Perkhidmatan Sains

Jadual Terkini Gaji Minimum Maksimum Penjawat Awam Perkhidmatan Sains ini adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 yang mana merupakan pekeliling yang berkuat kuasa sehingga kini.

Sejajar dengan Transformasi Perkhidmatan Awam dalam memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai modal insan yang kompeten untuk merealisasikan wawasan negara, maka rasionalisasi skim perkhidmatan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa.

Urusan rasionalisasi ini juga bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu.

Hasil kajian menyeluruh terhadap kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud dan dimansuhkan. Terdapat juga skim perkhidmatan yang dikekalkan kerana masih relevan dan menepati keperluan perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah sebanyak 240 skim perkhidmatan

Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM).

Pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu.

Gaji Skim Perkhidmatan Sains

Sehubungan dengan itu,  berikut dikongsikan jadual minimum gaji mengikut gred dalam perjawatan awam bagi perkhidmatan sains.

SILA ZOOM IN PADA GAMBAR/JADUAL UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS

GAJI Page 012

SILA CLICK PADA KLASIFIKASI PERKHIDMATAN YANG INGIN ANDA BACA DAN BUKAN PADA GRED

1

Pengangkutan (Gred A, AB, AL, AT) baru 1

2

Bakat dan Seni (Gred B)baru 1

3

Sains (Gred C)baru 1

4

Pendidikan (Gred DG, DH, DM, DS, DU, DUF, DUG, DV)baru 1

5

Ekonomi (Gred E)baru 1

6

Sistem Maklumat (Gred F, FA, FT)baru 1

7

Pertanian (Gred G, GV)baru 1

8

Kemahiran (Gred H)baru 1

9

Kejuruteraan (Gred J, JA)baru 1

10

Keselamatan dan Pertahanan Awam (Gred KA, KB, KP)baru 1

11

Perundangan dan Kehakiman (Gred L, LA, LS)baru 1

12

Tadbir dan Diplomatik (Gred M)baru 1

13

Pentadbiran dan Sokongan (Gred N, NP, NT)baru 1

14

Penyelidikan dan Pembangunan (Gred Q)baru 1

15

Sosial (Gred S)baru 1

16

Perubatan dan Kesihatan (Gred U, UD, UF, UG)baru 1

17

Kewangan (Gred W, WA, WK)baru 1

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Jadual Terkini Gaji Minimum Maksimum Penjawat Awam Perkhidmatan Sains memberikan manfaat kepada kita semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati