Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Biskut Arab Suji Lembut dan Cair di Mulut

Resepi Biskut Arab
Himpunan Resepi Biskut Arab Suji Lembut dan Cair di Mulut 5

Setiap kali hari raya menjelma, resepi biskut Arab pastinya menjadi tumpuan. Bukan hanya kerana memiliki rasa yang sedap, namun cara penyediaannya juga sangat mudah. Biskut Arab atau juga popular dengan panggilan suji sangat digemari ramai termasuklah kanak-kanak.

Tahukah anda bahawa resepi biskut arab ini adalah salah satu resepi yang mudah untuk dibuat? Rugi kalau anda tidak mencubanya lebih-lebih lagi untuk dijadikan aneka biskut raya yang bakal menjelma nanti.

Senarai Resepi Biskut Arab

Kami telah menyediakan beberapa resepi biskut Arab untuk memudahkan anda mencubanya sendiri di rumah. Lebih menarik lagi, semua resepi yang kami kongsikan tidak terlalu rumit. Oleh itu, anda boleh rujuk resepi yang disediakan.

Resepi Biskut Arab susu

Resepi Biskut Arab
Himpunan Resepi Biskut Arab Suji Lembut dan Cair di Mulut 6

Bahan-bahan

  • 2 cawan Susu tepung
  • 2 cawan minyak sapi (tak perlu di cairkan dulu)
  • sedikit garam
  • 7 cawan tepung gandum (di ayak)
  • Ceri merah secukupnya (potong kecil-kecil)
  • Gula aising (untuk gaul biskut bila sudah masak sahaja)

Cara buat biskut arab susu :

  1. Campurkan susu tepung,minyak sapi dan sedikit garam. Kemudian gaul sebati
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil, hias dengan ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
  4. Bila sudah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising.
  5. Siap dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Arab Kristal

Resepi Biskut Arab
Himpunan Resepi Biskut Arab Suji Lembut dan Cair di Mulut 7

Bahan-bahan :

  • 250gm tepung gandum
  • 125gm gula halus
  • 125gm minyak sapi (agak-agak sampai tepung tu boleh jadi doh, jangan terlalu lembik atau keras nanti susah nak bentuk bulat-bulat)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.

Cara-cara buat biskut Arab Kristal

  1. Masukkan tepung gandum (yang sudah ditapis), gula dan minyak sapi. Pastikan minyak sapi telah dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu.
  2. Gaulkan hingga menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau dan kuning. Jangan masukkan pewarna terlalu banyak.
  4. Ambil sedikit doh dari setiap bahagian dan gulung memanjang. Kemudian potong doh tadi mengikut saiz yang dikehendaki..
  5. Kemudian bulatkan dan letak di dalam mangkuk kertas.
  6. Bakar dalam suhu 180’C selama 15 minit (ikut oven masing-masing)
  7. Bila dah masak, gaulkan dengan gula kastor.
  8. Kemudian bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Arab Badam

Resepi Biskut Arab
Himpunan Resepi Biskut Arab Suji Lembut dan Cair di Mulut 8

Bahan-bahan :

  • 1kg tepung gandum
  • 300gm gula kastor
  • 400gm ghee @ minyak sapi
  • 100gm serbuk badam

Cara buat biskut Arab Badam :

  1. Pukul gula dengan minyak sapi terlebih dahulu.
  2. Kemudian baru masukkan tepung gandum dan serbuk badam.
  3. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius, panaskan dahulu oven dan bakar selama 30 minit.
  4. Siap kemudian simpan di dalam beks kedap udara.

Resepi Biskut Arab 3 Bahan

Bahan-bahan :

  1. 2 cawan tepung gandum -sangai
  2. 1 cawan minyak sapi
  3. 1 cawan gula kastor

Cara buat biskut Arab 3 bahan :

  1. Campurkan minyak sapi dan tepung dalam bekas, gaul sampai semuanya mesra dan sebati. Lembut tidak melekit. (Tepung lebih elok disangai terlebih dahulu dan diayak.)
  2. Ambil sedikit adunan & bentukkan menjadi bebola.
  3. Susun atas tray yang disapu dengan sedikit butter atau marjerin.
  4. Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu.
  5. Bakar dalam oven selama 180c 20 – 25 minit.
  6. Tips : Biskut akan sedikit merekah menandakan ia sudah masak.
  7. Dah masak sejukkan terlebih dahulu, kemudian salut dengan gula kastor atau gula halus.
  8. Siap. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Biskut Arab

Bagaimana rasa biskut Arab Susu?

Biskut Arab Susu mempunyai rasa yang rangup, gebu dan manis berlemak.

Resepi biskut Arab manakah yang paling mudah?

Anda boleh mencuba buat biskut Arab dengan mengikuti resepi yang hanya menggunakan 3 bahan sahaja iaitu tepung gandum, minyak sapi dan gula kastor.

Berapa harga sebotol biskut Arab di pasaran?

Sebotol biskut arab biasanya berharga RM17-RM25 untuk 50 biji biskut arab tetapi harganya juga bergantung kepada jenis dan bahan yang digunakan.

Adakah minyak sapi yang digunakan dalam biskut arab perlu dicairkan ?

minyak sapi boleh dicairkan atau boleh juga terus diambil dari dalam tin.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati