Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Lengkap YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Wanita Pertama Malaysia

YB FADHLINA SIDEK

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, adalah seorang tokoh politik yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi dan penglibatan politik yang aktif. Beliau kini bertindak selaku menteri pendidikan Malaysia ke-22 dan wanita yang pertama dalam sejarah Malaysia dilantik sebagai menteri pendidikan.

Berikut adalah kami kongsikan kepada anda beberapa maklumat biodata, kerjaya, pendidikan dan lain-lain.

Maklumat Lengkap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

fadhlina sidek

Biodata Fadhlina Sidek

Fadhlina Sidek adalah merupakan anak kepada Allahyarham Siddiq Fadzil, bekas Presiden Persatuan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Kajang, Selangor pada tahun 1994.

Beliau juga melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), di mana beliau menerima LLB dan Ijazah LLB (Syariah) pada tahun 2002, dan LLM beliau dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2008.

Berikut adalah maklumat lengkap biodata Fadhlina Sidek:

BiodataMaklumat
Nama PenuhFadhlina Binti Sidek
Jawatan Sebelum IniSenator Dewan Rakyat
Jawatan Dalam Kerajaan (Kini)Menteri Pendidikan
ParlimenNibong Tebal
NegeriPulau Pinang
Tarikh Lahir16 Oktober 1977 (45 Tahun)
StatusBerkahwin dengan Muhd Fadzli Arsad (Mempunyai 6 orang anak)
Pendidikan✔Ijazah Sarjana Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (2008)
✔Ijazah Sarjana Muda LL(B) dan LL (B) (Syariah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(2002)
✔Sekolah Agama Menengah Batu 10, Kajang, Selangor (1994)
Alamat Surat Menyurat (KPM)Pejabat Menteri Pendidikan Aras 10 Blok E8,Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Media SosialFB : fadhlina.datosidek
Twitter :FadhlinaSiddiq
IG : fadhlinasidekcomms

Tahap Pendidikan Tinggi

Fadhlina Sidek mempunyai latar belakang pendidikan tinggi yang kukuh. Beliau memperoleh Sarjana Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Beliau juga menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Selangor.

Penglibatan Politik Oleh YB Fadhlina Sidek

fadhlina sidek

Karier Sebelum Terlibat Dengan Politik

Sebelum terlibat dengan politik, Fadhlina sidek adalah merupakan peguam undang-undang yang aktif. Beliau telah bekerja sebagai peguam dan mempunyai firma guamanya iaitu tetuan Fadhlina Siddic & Assoc . Dalam masa yang sama, beliau juga bergerak sebagai pejuang aktivis.

Jawatan yang Disandang Dalam PKR

Fadhlina memulakan karier politiknya pada 2020 apabila menyertai parti PKR dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Undang-undang dan Pembangunan Masyarakat Wanita. Beliau juga dipilih sebagai Ketua Wanita parti pada Julai tahun yang sama. Pada September 2021, beliau dilantik ke Dewan Negara untuk mewakili negeri Pulau Pinang.

Kerjaya politik Fadhlina Sidek;

  • Senator ahli dewan negara latikan DUN Pulau Pinang
  • Ketua wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Pada pilihan raya umum 2022 , beliau adalah calon PKR bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal dan berjaya menewaskan penyandangnya, Mansor Othman daripada PN, dengan kelebihan 16,293 undi. Kini, bermula 3 Disember 2022 beliau berjaya dilantik sebagai menteri pendidikan Malaysia yang baharu

Dasar KPM Dibawah YB Fadhlina Sidek

yb fadhlina sidek

Usaha Memperkemaskan Sistem Pendidikan Negara

Selaku menteri pendidikan, YB Fadhlina telah menerangkan dasar yang beliau bakal bawakan dengan matlamat jelas iaitu untuk memperbaikkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Dengan pelbagai inisiatif dan perancangan, Yb Fadhlina telah menetapkan beberapa usaha yang KPM perlu cakna.

Berikut adalah antara dasar dan usaha yang KPM sedang usahakan untuk komuniti pendidikan negara:

1. Meningkatkan Kualiti Guru dan Pendidikan Karakter

KPM memberi komitmen untuk mempertingkatkan kualiti guru dan pendidikan karakter. Ini bermaksud pendidikan di Malaysia harus merangkumi aspek holistik seperti jasmani, intelektual, dan nilai-nilai karakter. Fadhlina Sidek menegaskan bahawa pendidikan bukan hanya mengenai aspek akademik semata-mata, tetapi juga memahami dan memperkukuhkan nilai-nilai kehidupan yang mencerminkan keharmonian dan keamanan dalam masyarakat.

2. Penjagaan Keseluruhan Ekosistem Pendidikan

Fadhlina Sidek ingin memastikan bahawa keseluruhan ekosistem pendidikan dilaksanakan mengikut proses yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996 serta peraturan berkaitan. Ini melibatkan penyelarasan dan pematuhan kepada perundangan yang sedia ada, memastikan penyelenggaraan pendidikan berada dalam garis panduan yang sesuai dan sah.

3. Keutamaan KPM: Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera

KPM menekankan keutamaan dalam mencapai kesinambungan dan kejayaan dalam pendidikan. Matlamat utama adalah untuk memastikan murid gembira, guru bahagia, sekolah yang cemerlang, dan negara yang sejahtera. Ini adalah visi dan misi yang menjadi fokus KPM dalam usaha memajukan pendidikan di Malaysia.

4. Intervensi untuk Generasi yang Hilang (Lost Generation)

Penting untuk KPM untuk memberi tumpuan kepada generasi yang mungkin tercicir atau memerlukan intervensi yang khusus. Menurut Fadhlina Sidek, langkah-langkah akan diambil untuk mengatasi isu ini. Ini termasuk kerjasama dengan pihak lain seperti NGO dan aktivis dalam menangani isu ‘lost generation’.

5. Penerusan Dasar Pendidikan Terdahulu

Fadhlina Sidek berjanji untuk meneruskan dasar-dasar pendidikan sedia ada yang telah digariskan oleh pentadbiran sebelum ini. Ini termasuk Transformasi Pendidikan yang telah dirangkum dalam usaha untuk memastikan kecekapan dan keberkesanannya. Namun, penambahbaikan dalam proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan akan dilaksanakan untuk memastikan pendidikan yang lebih baik.

6. Perundingan dan Musyawarah

Fadhlina Sidek menekankan bahawa penambahbaikan dalam sistem pendidikan tidak akan dilakukan secara sembrono. Sebaliknya, ia akan melibatkan proses perundingan dan musyawarah dengan rakan strategik dan semua pihak berkepentingan. Ini memastikan bahawa setiap langkah yang diambil akan memenuhi keperluan dan kehendak semua pihak yang terlibat dalam pendidikan.

7. Pengkajian Semula Takwim Persekolahan

Takwim persekolahan akan disemak semula dan dikembalikan kepada takwin yang asal. Bagaimanapun, Fadhlina Sidek mengingatkan bahawa keputusan mengenai takwim tersebut akan bergantung kepada beberapa faktor termasuk kebajikan guru dan murid serta peperiksaan dan faktor ekonomi negara yang boleh memberi impak kepada proses pendidikan. Oleh itu, secara rasminya KPM telah menetapkan sesi persekolahan akan mula bermula januari bermula 2026.

8. Peperiksaan SPM

Fadhlina Sidek juga menyentuh mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau menekankan bahawa justifikasi terhadap penjadualan peperiksaan ini perlu dilihat semula. Ini termasuk mengambil kira faktor seperti musim banjir yang boleh memberi kesan kepada pelajar.

Dengan itu, jelaslah dasar yang dibawa oleh YB Fadhlina untuk membawa dan memacu negara sistem pendidikan ke arah yang lebih baik.

Sumbangan Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia

YB Fadhlina Sidek amatlah komited dalam menerajui pendidikan negara Malaysia. Beliau kini sedang merancang untuk memulihkan sistem pendidikan negara setaraf negara-negara maju. Terdapat banyak sumbang beliau dalam membangunkan dan memberi inisiatif kepada pendidikan negara.

Berikut adalah sumbangan dan peranan YB Fadhlina Sidek kepada pendidikan negara:

Menyeru Hentikan Budaya Memperlekeh Agama dan Keharmonian Kaum

Salah satu isu yang menjadi tumpuan Fadhlina Sidek adalah isu budaya memperlekeh agama yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama. Beliau telah mengambil langkah berani untuk memastikan bahawa agama tidak boleh dijadikan persendaan. Tindakan awal termasuk siasatan terhadap dakwaan guru yang meminta murid menukar agama, adalah contoh nyata penglibatan beliau dalam melindungi hak kebebasan beragama dan keharmonian dalam sistem pendidikan.

Kemudahan Pendidikan yang Lebih Baik

Fadhlina Sidek juga mengambil tindakan proaktif dalam memperbaiki kemudahan pendidikan di Malaysia. Beliau memerhati isu kerosakan kantin di Sekolah Kebangsaan Kampung Awah, Maran, Pahang, yang menyebabkan pelajar terpaksa makan di tepi longkang.

Projek pembinaan semula kantin dan kemudahan lain yang mencukupi telah dimasukkan dalam senarai projek untuk tahun 2023. Ini menunjukkan komitmen beliau dalam meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan.

Kelestarian Kesihatan dan Kesejahteraan Guru

Fadhlina Sidek juga memberi perhatian kepada kesihatan dan kesejahteraan guru, yang memainkan peranan penting dalam pendidikan. Beliau telah melaksanakan inisiatif segera untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh guru, seperti memansuhkan pertandingan dan sambutan yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid.

Beliau juga memberi autonomi yang lebih kepada guru dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bilik darjah.

Memastikan Kemudahan Perjalanan Bagi Guru

Selain itu, Fadhlina Sidek juga memahami keperluan guru yang ingin pulang ke negeri Sabah dan Sarawak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Beliau telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian dalam mendapatkan tiket penerbangan bagi guru-guru yang ingin pulang ke kampung halaman mereka.

YB Fadhlina Sidek, dalam peranannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap peningkatan sistem pendidikan negara. Sumbangan beliau melalui tindakan berani dan perancangan yang teliti adalah penting dalam memastikan masa depan pendidikan Malaysia yang lebih baik.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati