Pernahkah anda mendengar mengenai istidraj? Kita perlu berhati-hati terhadap Istidraj! Ini kerana jika kita sedar ia boleh membawa kepada kekufuran. Istidraj adalah meninggalkan suruhan Allah swt, berterusan dengan maksiat dan derhaka kepada Allah swt, namun tetap diberikan nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah, tidak sakit dan bersenang-senangan.
Allah SWT berfirman:
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ
Maksudnya: Ketika mereka tidak mengambil pelajaran dari kemiskinan dan sakit yang Kami timpakan kepada mereka, Kami uji mereka dengan rezeki yang banyak. Kami bukakan semua pintu untuk memperoleh rezeki tersebut. Hingga, pada saat mereka senang dan tidak bersyukur dengan apa yang Kami berikan kepada mereka, datanglah azab dengan tiba-tiba. Maka mereka lalu bingung, putus asa, dan tidak mendapatkan jalan keselamatan.
Firman Allah swt:
سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qalam; 44)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.”
Artikel ini menerangkan apa itu istidraj, contoh-contoh istidraj, tanda-tanda serta kesan istidraj pada kehidupan anda.
Apa itu Istidraj?
Isi Kandungan
Dalam Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyah, istidraj secara bahasa adalah diambil daripada perkataan da-ra-ja (درج) yang ertinya adalah naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya. Bagaimanapun, istidraj daripada Allah SWT terhadap hambaNya difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit atau tidak diberikan langsung iaitu Allah SWT membiarkan seseorang dengan perbuatannya dan tidak disegerakan azabnya.
Dalam maksud yang lebih mudah, istidraj adalah pemberian nikmat Allah swt kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Manusia istidraj adalah manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah SWT menyayanginya .
Contoh-contoh Istidraj
Berikut merupakan situasi seseorang itu terkena istidraj:
Situasi Istidraj |
---|
1. Tidak solat tetapi cemerlang dalam peperiksaan. |
2. Tidak solat tetapi gaji berlipat-lipat |
3. Tidak tutup aurat tetapi perniagaan bertambah maju. |
4. Tidak puasa tetapi rumah ada lebih dari satu. |
5. Tidak bayar zakat, tetapi selalu dinaikkan pangkat. |
6. Derhaka kepada kedua ibu bapa tetapi duit beribu-ribu. |
7. Ditunda hukuman supaya terus melakukan dosa dan kemudian dikurniakan azab yang sangat berat. |
8. Dikurniakan umur yang panjang, tetapi semakin tergelincir dari landasan Tuhan. |
Tanda-tanda Istidraj Pada Diri Anda
Tanda-tanda Istidraj |
---|
1. Seseorang mendapat banyak nikmat di dunia tetapi tahap keimanan semakin menurun dan sering melakukan maksiat |
2. Seseorang itu sukar melakukan ibadah |
3. Tidak dapat mengawal hawa nafsu dan terjerumus ke lembah maksiat |
4. Jarang-jarang sakit dan ada masalah |
5. Tidak mahu mendengar nasihat orang sekeliling untuk bertaubat dan berubah. |
Kesan Istidraj Pada Kehidupan Anda
Kesan istidraj jangka masa panjang adalah sangat berat jika seseorang itu tidak sedar dan bertaubat dengan segala kesalahan dan kemaksiatan yang dilakukannya. Antara kesan-kesan buruk istidraj adalah seperti berikut:
- Ditangguhkan bertaubat
- Bertambah dosa
- Bertambah sesat
- Terus melakukan dosa
- Kehilangan rahmat Allah swt
- Tidak dikurniakan ketenangan
- Sentiasa merasa gelisah
- Tidak merasa cukup dengan apa yang dikurniakan walaupun melimpah ruah
- Meninggal dalam keadaan kufur
Soalan FAQs Berkenaan Istidraj
Apakah maksud istidraj?
Istidraj daripada Allah SWT terhadap hambaNya difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit atau tidak diberikan langsung iaitu Allah SWT membiarkan seseorang dengan perbuatannya dan tidak disegerakan azabnya.
Apakah contoh-contoh istidraj?
Tidak solat tetapi cemerlang dalam peperiksaan; Tidak solat tetapi gaji berlipat-lipat; Ditunda hukuman supaya terus melakukan dosa dan kemudian dikurniakan azab yang sangat berat; Derhaka kepada kedua ibu bapa tetapi duit beribu-ribu.; Dikurniakan umur yang panjang, tetapi semakin tergelincir dari landasan Tuhan.
Apakah kesan-kesan buruk istidraj?
Kehilangan rahmat Allah swt;
Tidak dikurniakan ketenangan;
Sentiasa merasa gelisah;
Tidak merasa cukup dengan apa yang dikurniakan walaupun melimpah ruah;
Meninggal dalam keadaan kufur