Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan KPDNHEP Mac 2024

Pengambilan Jawatan KPDNHEP Mac 2024

Info terbaru diterima mengenai pengambilan jawatan KPDNHEP Mac 2024 yang telah dibuka untuk bulan 3. Mohon para calon ambil cakna dan ambil inisiatif untuk ketahui lebih lanjut sebelum membuat permohonan jawatan kosong terbaru ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempelawa orang ramai membuat permohonan dengan kadar segera. Namun sebelum itu, para calon yang ingin membuat permohonan perlu mengetahui beberapa maklumat untuk membuat permohonan.

Makluman Pengambilan Jawatan KPDNHEP Mac 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ialah kementerian yang ditugaskan untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang dijual di pasaran mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan. KPDNHEP menyiasat aduan pengguna, memantau harga barang, dan memastikan pengguna dilindungi daripada penipuan dan penyelewengan.

image 28
Pengambilan Jawatan KPDNHEP Mac 2024

Selain itu, KPDNHEP juga bertanggungjawab untuk mengawal dan mengawasi harga barang keperluan harian seperti makanan, barangan runcit, dan perkhidmatan asas. KPDNHEP juga memantau pasaran untuk memastikan harga berada pada tahap yang berpatutan dan melaksanakan mekanisme kawalan harga jika diperlukan.

Maklumat Pengambilan Jawatan KPDNHEP Mac 2024

Disenaraikan beberapa pengambilan jawatan KPDNHEP Mac 2024 yang dibuka untuk pengetahuan anda. Untuk itu, anda boleh membuat rujukan maklumat berkaitan dibawah:

Jawatan KosongSkop Kerja
PERSONEL MYSTEP (SEKSYEN PPDN) – KPDN MELAKA– Boleh bekerja lebih masa pada hari Sabtu dan Ahad;
-Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum serta dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang singkat dan bekerja berpasukan.
PERSONEL MYSTEP – KPDN SABAH (KUDAT)– Bertanggungjawab membantu pelaksanaan Program Jualan Rahmah di KPDN Cawangan Kudat, Sabah
PERSONEL MYSTEP – KPDN (BKSP, SBKS)– Melaksanakan tugas merangkumi pemantauan dan pentadbir sistem di Bahagian
– Mempunyai kemahiran dalam penyediaan slides menggunakan Microsoft Powerpoint
PERSONEL MYSTEP (UNIT IT)-KPDN MELAKA– Mahir mengendalikan rangkaian internet dan menyelenggara peralatan ICT;
– Berkebolehan menggunakan perisian media seperti Adobe Photoshop, Adobe Premier Pro, Canva dan lain-lain;
PERSONEL MYSTEP – KPDN PERAK– Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi yang merangkumi aspek pentadbiran dan pengurusan pejabat di KPDN Perak.
PERSONEL MYSTEP – KPDN CAWANGAN RAUB– Membantu program Jualan Rahmah dan tugasan-tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan adalah dibuka bermula sekarang. Untuk pengambilan jawatan kali ini, ia mempunyai tempoh permohonan dan tarikh tutup permohonan. Bagi pengambilan jawatan bulan Mac ini dibuka sehingga antara 14 Mac hingga 31 Mac 2024.

Diharapkan para calon melakukan permohonan dengan kadar segera dan perlu mengelakkan keterlambatan dalam membuat permohonan.

Syarat Kelayakan Mohon Kerja di KPDNHEP Februari 2024

Beberapa maklukat mengenai syarat kelayakan kerja yang perlu anda ketahui. Berikut adalah syarat-syarat untuk mohon kerja:

  • Calon mestilah mereka yang berwarganegara Malaysia.
  • Calon merupakan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas.
  • Calon juga mempunyai kelayakan akademik minima SPM, Diploma dan Ijazah.
  • Mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi, menggunakan komputer dan lain-lain.

Bagi membuat permohonan seterusnya, anda boleh merujuk kepada kaedah permohonan kerja dibawah.

Prosedur Mohon Kerja KPDNHEP Mac 2024

Maklumat Tawaran Kerja KPDNHEP

Screenshot 20240311 104300

Disarankan untuk para calon bagi membuat semakan dan rujukan iklan terkini jawatan kosong yang dibuka oleh KPDNHEP. Untuk membuat semakan mengenai iklan pengambilan jawatan KPDNHEP Mac 2024, anda boleh merujuk pautan dibawah yang disertakan sekali syarat-syarat dan info lengkap:

Cara Mohon Jawatan Kosong yang Dibuka KPDNHEP

Untuk membuat permohonan jawatan kosong KPDNHEP seluruh Malaysia bulan Mac 2024, para pemohon boleh mohon melalui secara atas talian di website. Ikuti cara mohon kerja di KPDNHEP:

  • Sila layari laman permohonan kerja Myfuturejob.
  • Calon boleh melihat paparan senarai kerja yang dibuka oleh KPDNHEP.
  • Pastikan calon meneliti terlebih dahulu segala maklumat yang tertera.
  • Sekiranya calon telah memahami dan berpuas hati berkenaan syarat-syarat, gaji dan lain-lain, calon boleh mengemukakan permohonan segera.
  • Bagi membuat permohonan, para calon boleh klik sahaja ” Apply Now”.
  • Kemudian, calon perlu membuat log masuk dan lengkapkan permohonan.

Apabila selesai anda mengikuti syarat-syarat dan arahan dalam proses permohonan, boleh sahkan permohonan anda. Pihak KPDNHEP akan membuat perincian dan memberi maklum balas sekiranya anda terpilih. Makluman kebiasaannya akan dimaklumkan melalui penghantaran emel.

3 KOMEN

  1. Saya sangat berminat dengan kekosongan jawatan ini, memastikan setiap permis memaparkan lesen jualan murah, lesen harga promosi dan sentiasa memastikan bahawa peniaga tiada kes manipulasi harga yang sudah ditetapkan.

  2. Berminat dengan kerja ni.Memang pun cita cita saya.Membantu negara menyelesaikan barang yang tak ada cukai,barang tiruan dan lain lain lagi

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati