Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 12

Memandangkan bulan puasa hampir tiba, mesti para ibu di rumah sedang berfikir menu apa yang sesuai dimasak untuk seisi keluarga. Setiap bulan puasa mesti ramai para ibu, isteri ataupun bujang yang suka membeli makanan diluar atau makan diluar untuk berbuka.

Menu juadah berbuka puasa dan bersahur ini sangatlah mudah untuk dibuat di rumah. Kepada yang buntu atau kerap memasak hidangan yang sama untuk berbuka boleh cuba memasak menu resepi-resepi yang disediakan ini.

Bukan sahaja di bulan puasa, menu ini juga boleh dilakukan pada bila-bila hari dan senang untuk dilakukan. Anda yang baru belajar memasak juga boleh cuba resepi yang simple ini untuk tingkatkan lagi kemahiran memasak anda.

Himpunan Menu Juadah Berbuka Puasa

1. Ketam Masak Lemak Cili Api

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 2
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 13

Bahan-Bahan

  • 250g ketam (dibersihkan)
  • 7 biji cili hijau
  • 1½ cawan santan kelapa yang di parut
  • 1 keping asam gelugur
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu besar garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil perasa

Cara-Cara Memasak

  1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
  2. Masak selama 5-7 minit.
  3. Siap, angkat dan hidangkan.

2. Daging Goreng Merah 

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 1
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 14

Bahan-Bahan

  • 300gm daging rebus | hiris nipis 
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1  sudu teh sos tomato
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara-Cara Memasak

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.

3. Ayam Sos Lemon Madu

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 3
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 15

Bahan-Bahan

  • dada ayam 500g (potong ikut suka)
  • tepung serbaguna (secukupnya)
  • telur sebiji (kacau)
  • madu 4 sudu besar
  • lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-Cara Memasak

  1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
  4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

4. Ayam Goreng Kunyit

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 4
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 16

Bahan-Bahan

  • isi ayam – 250-300g (dipotong dadu)
  • bawang besar – 1 biji (dipotong bulat)
  • bawang putih – 2-3 ulas (dihiris kasar)
  • kacang panjang – 2-3 batang (di potong)
  • cili merah – 1 biji (dihiris)

Cara-Cara Memasak

  1. Perap ayam dengan kunyit, garam dan aji.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih dengan api yang sederhana.
  3. Bila bawang dah naik bau baru masukkan ayam.
  4. Bila ayam dah sedang elok masak, masukkan kacang panjang dan cili merah. Kacau seketika dan tutup api.

5. SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 5
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 17

Bahan-Bahan

  • ikan bilis 300g
  • petai 2 papan
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • cili merah sebiji (ditumbuk)
  • cili padi 20 biji (ditumbuk)
  • garam secukup rasa

Cara-Cara Memasak

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam, gaul sebati.
  4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

6. Ikan Pari Asam Pedas

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 6
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 18

Bahan-Bahan

  • 6 biji bawang merah  – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih  – ditumbuk
  • 1 inci halia  – ditumbuk ½ inci kunyit – ditumbuk
  • 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
  •   ½ cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 250g ikan pari (dipotong kecil)
  • 2 tangkai daun kesum
  • bendi
  • 3 sudu minyak masak
  • garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-Cara Memasak

  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
  3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
  4. Masukkan ikan pari dan air. Biarkan mendidih dan kecilkan api.
  5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
  6. Masukkan bendi dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

7. Paprik Sotong

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 7
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 19

Bahan-Bahan

  • 300gm sotong | bersihkan dan hiris bulat
  • 1batang serai | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 6 biji cili padi | titik
  • Sedikit hirisan batang seleri
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara Memasak

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang seleri.
  4. Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan.

8. Tom Yam Thai

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 8
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 20

Bahan-Bahan

  • 1 paket perencah tomyam
  • 4 biji tomato
  • 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
  • 3 batang serai – diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 1 cm lengkuas
  • Lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
  • 2 sudu besar sos tiram – optional
  • 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-Cara Memasak

  1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
  2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan pula lobak merah.
  4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
  5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
  6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
  7. Siap untuk dihidang

9. Ayam Goreng Madu

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 9
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 21

Bahan-Bahan

  • ayam 8 ketul (direbus)
  • bawang merah 5 biji (dikisar)
  • bawang putih 6 ulas (dikisar)
  • halia 1 inch (dikisar)
  • kicap cair 1 sudu besar
  • kicap pekat 1 sudu besar
  • sos tiram 1 sudu besar
  • madu 1 sudu besar
  • minyak untuk menggoreng.

Cara-Cara Memasak

  1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
  2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
  3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
  4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
    sudah separuh masak.
  5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

10. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 9 1
10 Menu Juadah Berbuka Puasa dan Bersahur 22

Bahan-Bahan

  • 1kg siput sedut
  • 5 ulas bawang merah – kisar halus
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup – kisar halus
  • 2 inci halia – kisar halus
  • 15 tangkai cipi padi – kisar halus
  • 2 batang serai – di titik
  • 500ml santan

Cara-Cara Memasak

  1. Siput sedut diberus hingga bersih.
  2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
  3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
  5. Masukkan santan, serai dan siput.
  6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
  7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati