Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan

zakat fitrah
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan 7

Pelbagai cara bayar zakat online yang boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin membayar zakat di Malaysia. Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat Fitrah adalah zakat yang terikat dengan tempoh waktu iaitu hanya di bulan Ramadan sahaja dan berdosa jika tidak menunaikannya. Dalam artikel ini, penulis akan menerangkan cara bayar zakat online iaitu secara atas talian bagi memudahkan orang Malaysia untuk menjalankan rukun wajib ini.

Pengenalan Zakat Fitrah

Berdasarkan sumber dari laman web Pusat Pengutusan Zakat (PPZ), Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah memutuskan bahawa hukum Zakat Fitrah adalah wajib sekiranya telah memenuhi syarat wajib.

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Berikut adalah syarat wajib zakat fitrah. Orang Islam yang merdeka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

“Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RMXXXX.XX yang wajib bagi diriku/tanggunganku/bagi pihak pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Nilai Taksiran Fitrah

Satu (1) Fitrah sebanyak satu (1) gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras bernilai RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ringgit Sahaja).

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  • Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Waktu Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
  • Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Cara Bayar Zakat Online

A. Cara Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi MAE

Aplikasi MAE menyediakan platform untuk pembayaran Zakat Fitrah. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke MAE.
  2. Klik ‘Pay bills’ pada paparan ‘Quick Actions’.
  3. Klik ‘Zakat’.
  4. Pilih Badan Zakat dan jenis zakat.
  5. Pilih jenis beras anda dan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.
  6. Masukkan nombor telefon bimbit.
  7. Semak butiran anda, kemudian lafaz niat yang tertera dan tekan ‘Bayar Sekarang’.
173784597 5735435536496582 6706778747814113712 n
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan 8

B. Cara Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi Boost

Aplikasi Boost menyediakan platform untuk membayar Zakat Fitrah. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Klik ‘Zakat’ pada laman utama.
  2. Klik ‘ Add New Zakat Account’ atau ikon pada atas kanan skrin.
  3. Pilih Badan Zakat.
  4. Klik simbol + pada bawah kanan kad Badan Zakat.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan diikuti nama penuh dan nombor telefon.
  6. Pilih jenis beras.
  7. Masukkan jumlah bayaran zakat.
  8. Klik ‘Pay Zakat’.

C. Cara Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi CIMBCLICKS

Anda juga boleh menggunakan aplikasi CimbClicks untuk membayar zakat secara online. Anda mempunyai dua cara:

  1. Dengan FPX
    Anda boleh membayar melalui pilihan FPX di laman web Majlis Negeri anda.
  2. Dengan Pay Bill
    Langkah 1: Log masuk ke laman web CIMB Clicks › Klik ‘Pay and Transfer’ › Klik ‘Pay Bill’
    atau log masuk Aplikasi CIMB Clicks › Tekan pada ‘Payments’ › Tekan pada ‘Pay Bill’
    Langkah 2: Masukkan ‘Biller name’ (sila rujuk kepada ‘Pejabat Zakat’ di jadual atas)
    Langkah 3: Untuk meneruskan pembayaran, anda perlu menyertakan maklumat seperti dibawah:
    -Nama pembayar
    -Nombor I/C
    -Jenis Zakat (taip Zakat Fitrah di Aplikasi CIMB Clicks/pilih ‘Zakat Fitrah’ dari pilihan yang tertera di lawan web CIMB Clicks)
    -Tahun membayar zakat
    -Nombor telefon
    -Alamat kediaman
94355452 132340915073372 3713666643834961920 n
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan 9

D. Cara Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi Bank Islam, Bank Rakyat dan BSN

Melalui aplikasi pada Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank BSN, anda juga boleh menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim. Semua aplikasi ini memudahkan pengguna untuk menjalankan rukum agama Islam ini.

94262221 132341111740019 3538345224113750016 n
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan 10
94231924 132341255073338 4570233549591937024 n
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan 11
94350652 132341138406683 7362315325418766336 n
5 Cara Bayar Zakat Online Di Bulan Ramadan 12

E. Cara Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi MyEG

Aplikasi atau Portal MyEG menyediakan platform untuk membayar Zakat Fitrah. MyEG juga menyediakan kemudahan untuk proses pembayaran pelbagai jenis zakat termasuklah zakat pendapatan peribadi, zakat perniagaan (syarikat) dan Zakat Fitrah.

Soalan FAQs Mengenai Bayar Zakat Online

Apakah hukum membayar zakat secara online?

Hukum membayar zakat adalah wajib.

Apakah aplikasi online yang boleh digunakan untuk membayar zakat fitrah?

MAE, Cimbclicks, Bank Rakyat, BSN dan Bank Islam

Apakah waktu haram menunaikan zakat fitrah?

Waktu Haram adalah selepas terbenam matahari satu Syawal.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati