Kenyataan terbaru yang dikeluarkan daripada KPM berkenaan garis panduan KPM musim panas 2024. Perkara ini telah dikeluarkan secara lansung oleh KPM ekoran cuaca panas melampau atau fenomena ‘el-nino’ kini sedang melanda negara dan dunia serantau.
Ekoran itu, pihak KPM mengambil cakna akan keadaan semua pihak dibawah institusi KPM. Para guru dan ibu bapa boleh merujuk garis panduan KPM musim panas 2024.
Berkenaan Garis Panduan KPM Musim Panas 2024
Isi Kandungan
- 1 Berkenaan Garis Panduan KPM Musim Panas 2024
- 1.1 KPM Keluarkan Makluman Terbaru Sesi 2024/2025
- 1.2 KPM Benarkan Pakaian Sukan Semasa Cuaca Panas
- 1.3 Amaran Gelombang Haba Oleh METMalaysia
- 1.4 Apa itu Gelombang Haba?
- 1.5 Bila Ia Berlaku?
- 1.6 Kesan Gelombang Haba
- 1.7 Perkara yang Anda Perlu Lakukan Ketika Gelombang Haba
- 1.8 Tips untuk Ibu Bapa Menjaga Anak Ketika Gelombang Haba
KPM Keluarkan Makluman Terbaru Sesi 2024/2025
Institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta untuk memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan seluruh warga semasa menghadapai cuaca panas.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangka.
Justeru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
- Menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas
- Memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
- Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa/murid bukan Islam.
- Menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.
- Membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.
- Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
Semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Institusi pendidikan juga perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan.
KPM Benarkan Pakaian Sukan Semasa Cuaca Panas
KPM turut menyeru semua institusi pendidikan untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa
cuaca panas berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
KPM mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.
Untuk merujuk makluman penuh makluman KPM, anda boleh merujuk pada pautan dibawah:
Amaran Gelombang Haba Oleh METMalaysia
Apa itu Gelombang Haba?
Ia adalah merupakan takrifan untuk suhu PANAS 37′c selama 3 hari berturut-turut menurut METMalaysia.
Bila Ia Berlaku?
Kebiasaannya berlaku pada fasa-fasa terakhir Monsun Timur Laut sehingga ke pertengahan je fasa peralihan monsun (Feb – Mei).
Kesan Gelombang Haba
Terdapat kesan dimana yang disebabkan oleh gelombang haba, berikut adalah senarai kesan gelombang haba:
- Jerebu
- Kemarau
- Strok Haba
- Penyusutan Air Empangan
- Kebakaran hutan atau premis bangunan
Perkara yang Anda Perlu Lakukan Ketika Gelombang Haba
Semasa fenomena gelombang haba berlaku, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan bagi memastikan diri anda sentiasa dalam keadaan baik dan tidak terkesan dengan gelombang haba. Berikut adalah perkara yang anda perlu lakukan ketika gelombang haba:
- Minum air secukupnya
- Hadkan aktiviti di luar, pakai payung atau topi jika perlu berada di luar panas terik.
- Pakaian yang selesa dan boleh menyerap peluh
- Elakkan pembakaran terbuka
- Simpan air secukupnya
Tips untuk Ibu Bapa Menjaga Anak Ketika Gelombang Haba
Bagi cuaca panas yang berlaku dalam negara Malaysia, dinasihatkan kepada golongan ibu bapa untuk sentiasa memantau keadaan anak. Terdapat beberapa perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk memastikan keadaan anak dalam terbaik semasa cuaca panas.
Berikut adalah tip untuk ibu bapa jaga anak ketika cuaca panas:
- Sediakan air minum yang secukupkanya kepada anak.
- Jika anak berpuasa, pastikan anak mendapatkan air yang secukupnya semasa bersahur.
- Selalu buka penghawa dingin sekiranya suhu rumah terlampau panas. Penting untuk pastikan suhu rumah berada dibawah suhu 35 darjah.
- Mandikan anak sekiranya keadaan sangat panas dan keadaan anak dalam keadaan lesu.
Sebagai ibu bapa anda juga perlu mengambil beberapa langkah untuk anak memandangkan cuaca panas melanda negara. Selain itu, anda juga perlu pastikan untuk ikuti garis panduan KPM musim panas 2024.