Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral

6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral
6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral 8

Resepi Puding Beraneka kali ini bukan biasa-biasa. Tmbahan musim panas macam ni, makanan atau minuman sejuk semestinya menjadi pilihan. Nikmatnya tekak dapat telan benda yang sejuk, kan?

Yang mana hujung minggu ini tak kemana-mana, bolehlah cuba menu pencuci mulut puding beraneka dari saya ini. Confirm anak-anak suka! Bukan je sedap, malah berkhasiat! Jom cuba.

Himpunan Resepi puding Beraneka Yang Mudah, Sedap dan Viral

1. Puding Cermin Buah-Buahan

Senarai Resepi Puding Beraneka 1
6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral 9

Bahan-bahan

  1. 10 gram serbuk agar-agar
  2. 1 liter air
  3. 200 gram gula putih
  4. 2 sudu besar selasih -sudah direndam
  5. 6 biji strawberry-dibelah 2
  6. 10 biji atau lebih blueberry
  7. 1 biji buah kiwi hijau-dibelah 4-potong kecil
  8. 3 Ketul peach dalam tin-belah 3
  9. 1 cawan laici dalam tin
  10. 1 sudu teh paste strawberry

Cara Memasak

  1. Satukan gula, serbuk agar-agar dan air masak atas api sehingga mendidih.
  2. Tuang sedikit di dalam loyang bulat kemudian masukkan selasih yang sudah dikembangkan.Susun buah-buahan yang sudah dipotong tadi. Tuang lagi adunan agar-agar sehingga 3/4 bahagian loyang kemudian susun semua huah-buahan sehingga habis.
  3. Ambil satu mangkuk adunan agar-agar dicampurkan dengan paste strawberry. Kacau sebati dan tuang sehingga penuh loyang.sejukkan didalam peti ais selama 4 jam.
  4. Sedia di hidangkan.

2. Puding Koktel Buah-Buahan

Senarai Resepi Puding Beraneka 2
6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral 10

Bahan-bahan

  • 500 ml air
  • 6 g agar-agar
  • 250 ml susu sejat
  • 1 sudu esen vanilla
  • 14 paket kecil pemanis Pal Sweet
  • 50 g Buah-buahan campuran di dalam tin, dipotong kecil
  • 50 g Buah laici, dipotong kecil
  • 50 g Nenas, dipotong kecil
  • 50 g Nata de Coco, dipotong kecil

Cara Memasak

  1. Didihkan air dan agar-agar.
  2. Apabila agar-agar telah larut, masukkan susu sejat dan esen vanila. Kacau sebati.
  3. Padamkan api, masukkan Pemanis Pal-Sweet®. Kacau rata dan tapiskan campuran agar-agar.
  4. Letak buah-buahan dan nata de coco di dalam acuan, tuangkan campuran agar-agar, biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam.
  5. Keluarkan pudding dari acuan, sedia untuk dihidang.

3. Puding Tutty Fruity

Senarai Resepi Puding Beraneka 3
6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral 11

Bahan-Bahan

  • 1 liter susu kotak Full Cream
  • 1 paket serbuk agar-agar – 10 gram
  • 2 liter air bertapis
  • 300 gram susu tepung
  • 300 gram coffeemate
  • 200 gram – 230 gram gula / kalau letak filling, elok gula 200 gram sahaja sebab manis filling nanti
  • secubit garam
  • sedikit esen vanilla
  • vanilla powder
  • filling mengikut kesukaan

Cara Memasak

  1. Didihkan air. Kemudian masukkan 1 paket serbuk agar-agar. Masak sehingga serbuk agar-agar larut.
  2. Seterusnya masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  3. Kemudian masukkan coffeemate dan kacau sebati.
  4. Masukkan susu tepung dan kacau sehingga tak berketul. Boleh tapis kalau berketul.

4. Puding Jagung Manis

Senarai Resepi Puding Beraneka 4
6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral 12

Bahan-bahan

  • 1 tin jagung manis ala-cream Adabi
  • 10 g serbuk agar2 Kijang -warna kuning
  • 200 ml susu cair
  • 800 ml air
  • 150 g gula pasir
  • Sedikit perisa jagung- optional
  • Sedikit pewarna kuning- jika perlu
  • Secubit garam

Cara Memasak

  1. Sediakan bahan2. Masukkan air, agar2 dan gula dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga semua larut.
  2. Masukkan ke dalam blender, jagung dan susu cair. Kisar halus. Kemudian ; Masukkan kedalam campuran agar2 tadi; guna api sederhana sentiasa kacau campuran sehingga hampir mendidih. Tutup api. Tapiskan campuran jika suka, supaya puding lebih cantik.
  3. Sediakan acuan. Tuang campuran agar-jagung kedalam acuan. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Keluarkan dari peti ais.
  4. Sedia untuk dihidang sejuk2.

5. Puding Mangga

Senarai Resepi Puding Beraneka 5
6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral 13

BAHAN-BAHAN

  • 1 liter air masak / air tapis
  • Agar-agar tali 20g dibahagi 3 (letak 1 bahagian saja)
  • Susu kotak full cream 1 liter
  • Gula
  • Garam
  • Buah mangga segar dipotong dadu
  • Sunquick mangga

Cara Memasak

  1. Mula-mula masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air. Tunggu sampai agar-agar betul-betul larut dan hancur. Masukkan sedikit gula dan garam.
  2. Bila dah hancur agar-agar tu barulah letak susu kotak full cream 1 liter. Tunggu sampai meruap dah boleh padamkan api ya. Tak perlu sampai gelegak sebab nanti susu tu tak cantik.
  3. Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu kejap biarkan ia memejal.
  4. Untuk topping tu cuma campurkan mangga yang dipotong dadu dan bersama Sunquick perisa mangga. Tak perlu masak, terus campurkan saja. Ikutlah banyak mana nak guna, boleh agak-agak ikut kita nak manis macam mana.
  5. Bila dah siap, inilah hasilnya. Mudah kan? Nampak warnanya pun menarik.

6. Puding Milo Oreo

Senarai Resepi Puding Beraneka 6
6 Senarai Resepi Puding Beraneka Yang Viral 14

Bahan-bahan

  • Serbuk agar2 clear 10gm
  • Air 4 cup
  • Gula pasir 1/2 cup (suka makan manis letak 1 cup)
  • susu cair 1 tin
  • oreo 1 paket (krim jangan buang)
  • milo 1 cup (campur serbuk koko sikit*)

Cara Memasak

  1. Larutkan agar2 dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
  2. Masuk susu, kacau sampai didih. Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
  3. Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi. Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.
  4. Tunggu sehingga layer tu keras, garit2 kan pakai garfu diatas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih .Patahkan dua biskut oreo tu, dan susun biskut ikut suka byk mana atas layer putih tu.
  5. Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam2 boleh masuk dalam esbok, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selamat mencubaaaa

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati