Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa

DAGING MASAK
4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa 6

Daging masak hitam adalah salah satu lauk kegemaran rakyat Malaysia. Di bulan Ramadhan yang berkat ini, pasti ramai yang terfikir apakah masakan yang mudah dan cepat disediakan serta mengenyangkan untuk seisi keluarga di rumah. Masakan daging adalah salah satu lauk yang boleh dimasak untuk seisi keluarga bagi meraikan bulan Ramadhan ini.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Dalam bulan Ramadhan, banyak pahala jika seseorang itu memberi makanan dan memasakkan makanan kepada orang yang berbuka. Malah dengan memberikan makanan orang berbuka, ianya juga berkait rapat dengan amalan bersedekah.

Di antara keutamaan lainnya bagi orang yang memberi makan berbuka adalah doa dari orang yang menyantap makanan berbuka. Jika orang yang menyantap makanan mendoakan orang yang memberikan makanan, maka sesungguhnya doa itu akan dikabulkan. Ini kerana doa orang berbuka puasa adalah doa yang mustajab.

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallampernah bersabda;

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang terzalimi.”

Artikel ini bertujuan untuk menyenaraikan 4 resepi daging masak yang mudah dan cepat untuk juadah berbuka atau bersahur di Bulan Ramadhan ini.

4 Resepi Daging Masak Yang Menyelerakan

Daging Masak Hitam

Bahan-bahan untuk perapan:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

Bahan-bahan untuk tumbuk halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging masak hitam:

  • Daging (500g)
  • 1 batang serai, ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • kicap manis secukupnya
itam
4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa 7

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
  2. Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  6. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  7. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

Daging Masak Merah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging masak merah:

  • Daging secukupnya
  • 1 sudu makan pewarna merah
  • Beberapa hiris halia
  • 4 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 biji bawang holland – hiris
  • 6-7 biji cili padi – hiris
  • 1 sudu makan cili kisar – cili yang siap dikisar bersama bawang besar dan bawang putih
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
merah
4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa 8

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Masukkan daging ke dalam periuk dan isi air secukupnya. Masukkan juga pewarna merah.
  2. Tambahlan hirisan halia. Masak hingga daging empuk.
  3. Bila daging sudah empuk, angkat dan toskan.
  4. Hiris daging yang direbus tadi.
  5. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
  6. Goreng daging yang dihiris tadi seketika.
  7. Bila nampak daging masak sempurna, angkat dan ketepikan.
  8. Dalam kuali yang sama, tumis bahan hiris dan tumbuk tadi hingga naik bau.
  9. Masukkan cili kisar. Tumis seketika.
  10. Tambahkan sos tiram dan sos tomato, dan sedikit gula
  11. Kemudian masukkan daging. Gaul seketika dan perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
  12. Sedia untuk dihidangkan.

Daging Masak Kunyit

Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging masak kunyit:

  • Daging
  • Bawang besar 2 biji
  • Cili padi (ikut kepedasan)
  • Kacang buncis sikit
  • Serbuk kunyit
  • Garam
kunit
4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa 9

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Pastikan potong nipis dan ikut lawan urat daging.
  2. Bila dah siap hiris nipis daging, goreng daging tanpa minyak supaya air daging keluar dan kering
  3. Lumurkan daging dengan garam dan kunyit.
  4. Kemudian goreng daging macam biasa menggunakan minyak. Masak sekejap sahaja dalam 3 hingga 5 minit.
  5. Masak sekejap sahaja supaya daging tak kecut dan berjus macam ni. Angkat daging dan ketepikan.
  6. Dengan menggunakan minyak daging tadi, tumis bawang hingga garing dan masukkan cili. Masukkan kacang buncis dan daging yang dah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap!

Kredit: Nana Ismail

Daging Masak Kicap

Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging masak kicap:

  • 1kg daging batang pinang
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang holland
  • Daun limau purut
  • Bunga lawang/kayu manis/buah pelaga
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 tangkai cili merah – potong serong untuk buat hiasan
icap
4 Resepi Daging Masakan Untuk Juadah Berbuka Puasa 10

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Tumis bawang kisar sampai garing dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar,tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga.
  4. Masukkan daging batang pinang,serai, daun limau purut . Gaul rata sampai mendidih.
  5. Masukkan kicap, sos cili dan biarkan sekejap. Bila dah peka, tambah lagi air sedikit demi sedikit, tambah lagi kicap.
  6. Daging batang pinang ini cepat lembut, jadi tak perlu direbus dulu. Bila dah mendidih, masukkan bawang holland, cili merah hiris, cili padi. Gaul rata, masak sampai dia jadi agak pekat. Dah siap masak, boleh tutup api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Kredit: Homemadebyroselyza

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Daging Masak

Apakah bahan utama dalam resepi masakan daging?

Daging

Apakah 4 resepi masakan daging yang digemari orang Malaysia?

Daging masak hitam, daging masak kicap, daging masak kunyit, daging masak merah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati